Pertempuran El Alamein Kedua

Pertempuran El Alamein Kedua (23 Oktober–11 November 1942) adalah satu pertempuran Perang Dunia II yang berlangsung dekat perhentian keretapi El Alamein di Mesir. Dengan kemenangan pihak Bersekutu, ia menjadi titik perubahan dalam Kempen Gurun Barat. Pertempuran El Alamein Pertama telah menghalang kuasa Paksi dari mara jauh kedalam Mesir. Pada Ogos 1942, Leftenan Jeneral Sir Bernard Law Montgomery mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Kelapan selepas pemecatan Jeneral Claude Auchinleck dan kematian penggantinya Leftenan Jeneral William Gott dalam satu nahas udara.

Pertempuran El Alamein Kedua
Sebahagian daripada Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II

24 Oktober 1942: Askar-askar dari Divisyen Ke-9 Infantri Australia dalam gaya menyerang. (Jurugambar: Len Chetwyn)
Tarikh23 Oktober – 11 November 1942
Lokasi
El Alamein, Mesir
KeputusanKemenangan pihak Bersekutu
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
 Itali

 United Kingdom

 Australia
 New Zealand
Afrika Selatan
Perancis Bebas
 Kerajaan Yunani
 Amerika Syarikat (bantuan udara)[1][2]
Komandan dan pemimpin
Jerman NaziGeorg Stumme 
Jerman Nazi Erwin Rommel
Jerman Nazi Ritter von Thoma #
Kerajaan Itali (1861–1946) Ettore Bastico
United Kingdom Bernard Montgomery
Kekuatan
116,000 askar[3][a]
547 kereta kebal[b]
192 kereta perisai[4]
770[6] – 900 pesawat (480 dapat digunakan)[c]
552 laras artileri[8]
496 meriam anti kereta kebal[d] – 1,063[10]
195,000 askar[4]
1,029 kereta kebal[e]
435 kereta perisai[4]
730[f] – 750 pesawat (530 dapat digunakan)[g]
892[8] – 908 laras artileri[4]
1,451 meriam anti-kereta kebal[4][h]
Kerugian dan korban
36,939 hingga 59,000 askar (9,000 terbunuh atau hilang, 15,000 cedera, 35,000 tawanan)
s. 500 kereta kebal
254 meriam
64 pesawat Jerman dan 20 Itali
13,560 askar (4,810 terbunuh atau hilang, 8,950 cedera)
332–s. 500 kereta kebal
111 meriam
77 pesawat British dan 20 AS [12]

Kemenangan British mengubah arus Kempen Afrika Utara dan menamatkan ancaman Paksi ke Mesir, Terusan Suez dan medan minyak Timur Tengah dan Parsi melalui Afrika Utara. Pertempuran El Alamein Kedua menghidupkan kembali semangat pihak Sekutu, menjadi kejayaan besar pertama terhadap pihak Paksi semenjak Operasi Crusader pada akhir tahun 1941. Pertempuran ini serentak dengan penyerbuan Bersekutu ke atas Afrika Utara Perancis dalam Operasi Torch, yang bermula pada 8 November, serta Pertempuran Stalingrad dan Kempen Guadalcanal.

Lihat juga

Nota kaki

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Bright, John, penyunting (1951). The Ninth Queen's Royal Lancers 1936–1945: The Story of an Armoured Regiment in Battle. Aldershot: Gale & Polden. OCLC 3732838.
  • Carell, Paul (1962). The Foxes of the Desert. New York: Bantam Books. OCLC 721200796.
  • Carver, Field Marshal Lord (2000) [1962]. El Alamein (ed. pbk.). Ware: Wordsworth Editions. ISBN 978-1-84022-220-3.

Pautan luar

Templat:Externalimage

Templat:Tank battles

28°57′E / 30.833°N 28.950°E / 30.833; 28.950
Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan