Pilihan raya Gabenor Bangkok 2022

Pilihan raya pada tahun 2022 ialah pilihan kesebelas bagi jawatan gabenor Bangkok yang diadakan pada tarikh 22 Mei 2022.[1] Ia berlaku 9 tahun selepas pilihan raya ke-10 pada 2013, pilihan raya ke-11 yang semestinya digalakkan pada 2017 tertangguh akibat rampasan kuasa 2014.[2] [3]

Pilihan raya gabenor Bangkok 2022

← 201322 Mei 20222026 →
Pengundi hadir60.73% ( 3.25 pp)
 
Chadchart May 2022.jpg
Suchatvee Suwansawat 14 Oct 2022.jpg
วิโรจน์_ลักขณาอดิศร.jpg
CalonChadchart SittipuntSuchatvee SuwansawatWiroj Lakkhanaadisorn
PartiAhli politik bebasParti Demokratik (Thailand)Parti Langkah Jauh
Undian popular1,386,769254,723253,938
Peratusan52.29%9.60%9.57%

 
Sakoltee Phattiyakul (2018).png
Aswin Kwanmuang 2019.png
CalonSakoltee PhattiyakulAswin Kwanmuang
PartiAhli politik bebasAhli politik bebas tetapi disokong Parti Rak Krung Thep
Undian popular230,534214,805
Peratusan8.69%8.10%

Peta hasil undian pilihan raya gabenor. Palet warna hijau menunjukan jumlah peratus undian yang didapat Chadchart dalam setiap pekan Bangkok

Gabenor sebelum pilihan raya

Aswin Kwanmuang
Ahli politik bebas

Terpilih

Chadchart Sittipunt
Ahli politik bebas

Chadchart Sittipunt, seorang calon bebas yang mendapat sokongan dana dari Parti Pheu Thai, memenangi pilihan raya dengan hasil melampau jauh dibanding lawan-lawanya. Dalam undian itu Beliau memperoleh lebih daripada 1.38 juta surat undi, melampaui rekod Sukhumbhand Paribatra sebelumnya tahun 2013. Chadchart berjaya memenangi majoriti langsung — lebih 1 juta undi berbanding calon kedua paling popular, Suchatvee Suwansawat sebagai wakil bagi Parti Demokratik.[4] [5] [6] [7]

Kempen Politik

Kain rentang kempen politik Chadchart di pekan Bang Bon. Chadchart menyatakan bahawa bahan kain rentangnya cinta alam, kemudian dapat diasas sebagai beg selepas masa undian.[8]

Chadchart Sittipunt, seorang bekas ahli Menteri Pengangkutan semasa jawatan Yingluck Shinawatra dan Rosana Tositrakul, bekas ahli senat, telah mengumumkan rancangan mereka untuk kerusi Bangkok sejak akhir 2019. Calon yang lain pun menyertai langkah keduanya dan kempen politik rasmi dimulai pada akhir 2021 selepas berkurangnya mangsa Pandemik COVID-19. Sebagaimana pilihan raya lain di Thailand, calon gabenor menggalakan kempen politik mereka dengan mengadakan sudut pidato, meletakkan kain rentang di kedai, pohon atau tempat strategik lain, serta melancarkan tunjuk perasaan.[9][10][11] Acara perbahasan juga diadakan beberapa minggu sebelum tarikh undi.[12][13][14]

Ciri kempen calon

Chadchart yang berfahaman liberal dalam pidatonya mempunyai misi akan menyejahterakan rakyat dengan menaikkan taraf kelayakan hidup, menghijaukan semula hutan, dengan mengguna kekuatan teknologi baharu dan strategik ekonomi rancangannya.[15] Rosana yang mempunyai fahaman hampir sama dengan Chadchart mempunyai pandangan ingin membina pengairan bagi menghalau banjir ketika badai dan berjanji akan mempekerjakan balur liat dalam pembinaan projek saat dirinya telah rasmi sebagai gabenor baharu. Dia juga berjanji akan mengajak kepada penggunaan panel fotovoltan, mengkongsikan tanah bagi rakyat Bangkok kelas bawah untuk bertani organik, kemas kini semula tata bandar dan mengurangi lesen bagi syarikat agar peniaga kecil boleh sejahtera.[16] Suchatvee yang berfaham moderat dalam kempemnya berkata akan membina bandar yang lebih aman, menubuhkan depot-depot air bawah tanah seperti di Jepun bagi mengawasi tebatan banjir atau kekontangan, membina makmal di setiap sekolah pada setiap pekannya, dan menyarankan agar Bangkok menjadi pangkalan acara Sukan Olimpik Musim Panas 2036 dan Sukan Komanwel 2026 bersama dengan bandar Victoria di Australia.[15][17] Kempen Wiroj ialah membina satu keazaman bagi melencongkan pendanaan kepada komuniti individu, membuat semula gedung yang sudah tidak diguna menjadi taman awam, menubuhkan bangunan baharu bagi kegunaan rakyat di pusat bandar, dan memburu penjenayah rasuah dalam aktiviti pentadbiran.[18][19] Aswin Kwanmuang yang berfaham konservatif dan Gabenor sebelumnya ialah ahli politik yang paling fokus menggalakan kempen tebatan banjir. Dalam pidatonya ia mengkritik keras dirinya sendiri bahawa zon pokok hijau yang telah diazamkan masih belum memuaskan. Selain daripada limpahan air Sungai Ping yang menjadi masalah pada masa itu, ia berjanji akan merancangkan moda pengangkutan baharu dan meneruskan beberapa keazamannya sebelum ini.[20] Sakoltee menjanjikan pembinaan kecerdasan buatan bagi mengatasi masalah jem di jalan-jalan Bangkok, penubuhan jalur pengangkutan awam baharu ke pekan-pekan kecil, mengazam armada bas elektrik awam yang lebih besar, dan mengemas kini taman bandar yang sudah ditubuhkan sebab beberapa kemudahan di sana yang belum sedia.[21][22] Sita Tiwaree dalam kempennya berikrar akan mengguna teknologi blok rantai bagi kelayakan kualiti organisasi pentadbiran, penambahbaikan kaliber sekolah BMA, pembinaan kenderaan elektrik dan mengazamkan sistem hadiah agar masyarakat awam sentiasa bersemangat membantu aktiviti penguatkuasaan.[23]

Berpakat melawan Chadcart

Chadchart begitu popular kerana fahaman liberal yang ia galakkan dan menyapadankan diri sebagai ahli politik bebas tanpa pengaruh dari mana-mana parti sedikitpun meski ditaja oleh Pheu Thai. Ketulusan Gabenor yang sebelumnya berbuah pahit ketika kepopularannya terjejas hebat dari pengakuan keazaman yang kurang efektif mengenai perkara tebatan banjir.[24] Mendekati tarikh undi, sokongan kepada Chadchart semakin ramai dari pelbagai kelas sosial. Faksi konservatif dan faksi anti-Thaksin mula membina satu pakatan rahsia bagi menewaskannya ketika tarikh undi nanti meski mereka tidak bersetuju mana-mana calon yang akan menjadi pemimpin bagi melawan Chadchart.[25] Hal ini kerana selain Chadchat, tidak ada satupun di antara mereka yang mampu menyamai sokongan yang ia dapat. Suthep Thaugsuban, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengatakan bahawa kalau mental masyarakat Bangkok masih afiat mereka seharusnya lebih mengundi kepada Sakoltee. Hal ini membuat Aswin marah dan calon-calon pemimpin dari faksi itu saling berbalah, amarah mereka seakan bahan hiburan bagi rakyat Bangkok." Mejar Jeneral Nanthadech Mechsawasd, bekas Ketua Timbalan Pasukan Khas Pelindung Pusat Angkatan Bersenjata membuat satu maklumat di akaun Facebook miliknya, mengajak kepada rakyat agar menjauh dari pengaruh negatif Thaksin Shinawatra dan mengundi kepada Sakoltee.[26] Sebelum tarikh undi bermula, Rosana daripada parti liberal yang bersaing melawan pakatan Pheu Thai, mula menunjukkan aksinya. Perempuan itu berkata bahawa rakyat Bangkok yang setia pada sang Raja tidak akan mungkin mahu menyokong seorang penipu.[27]

Seminggu mendekati tarikh undi, pesan berisi jemputan mengundi kepada Suchatvee, calon dari parti demokratik tular di antara netizen. Pemangku jurucakap parti demokratik, Darunwan Chanpipattanachai menegaskan bahawa parti tidak tahu apapun tentang pesan jemputan itu, siapa yang mengirimnya, misi daripada jemputan itu apa dan dari mana pesan jemputan internet itu berasal.[28]

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha melawat ke pekan Khlong Ong Ang sebagai bahagian sokongannya kepada Aswin agar memenangi jawatannya yang kedua. Tetapi menurut undang-undang Thailand, Perdana Menteri harus mempunyai pandangan yang netral. Walaupun begitu, Aswin tetap mendapat sokongan dari Palang Pracharat yang khawatir akan keadaan moral masyarakat dan keluarga diraja Thailand jika parti-parti liberal memenangi pilihan raya.[29]

Rujukan