Pandan wangi
Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam pengelasan genus Pandanus. Daunnya sering digunakan dalam menambahkan aroma masakan di Asia Tenggara, sekitar kawasan di India dan China ;[1]
Pandan wangi ڤندن واڠي | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | Pandanales |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. amaryllifolius |
Nama binomial | |
Pandanus amaryllifolius | |
Sinonim | |
|
Spesies pandan ini jarang terdapat tumbuh secara meliar dan ditanam secara meluas untuk diproses sebagai perisa dalam masakan.
Taksonomi
Nama amaryllifolius diambil dari bahasa Latin menggabungkan amaryllis yakni suatu genus tumbuhan menggolongkan tumbuhan dikenali dengan nama "pandan suasa" dan folius "daun" lalu bermaksud "daun seperti pandan suasa".[2]
Botani
Spesies ini jenis renek hijau menegak berketinggian 1-1.6 m dengan daun panjang halus seperti bilah membentuk jambak. Batangnya tegak, berkebolehan memunculkan dahan dan mempunyai akar udara berkayu. Dedaun jenis pandan ini menonjol dan boleh dikenalpasti dari jenis pandan lain semacam rasau-rasaudan pandan hutan. dari ukuran yang relatif kecil. Ia juga mengeluarkan berbau lebih wangi memberi nama kepada jenis pandan ini.[2]
Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, melainkan hanya jambak bunga jantan dapat ditemui berbentuk duri dengan seludang berwarna putih. Pokok pandan wangi tidak dapat menghasilkan buah lantaran ketiadaan bunga betina. Pokok ini sangat mudah untuk hidup dan membiak melalui keratan.
Kegunaan
Dalam makanan
Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat), beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam pandan, atau gai hor bai toey (ไก่ห่อใบเตย), ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk menaikkan rasa santan yang dimasak.
Daun ini turut digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.
Dalam tujuan lain
Daun pandan turut digunakan untuk dibuat hiasan, dan pengharum dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Ia juga merupakan pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India.
Sifat kimia
Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.[3][4] Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-asetil-1-pirolina yang turut memberi bau roti putih, beras jasmin dan beras basmati, dan bunga kerak nasi (Vallaris glabra).[5]
- Rumpun pandan
- Pokok pandan dalam pasu.
Rujukan
- Van Wyk, Ben-Erik (2005). Food Plants of the World. Portland, Oregon: Timber Press, Inc. ISBN 0-88192-743-0
Pautan luar
- (Inggeris) Spices: P. amaryllifolius
- Profil spesies di SIstem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara SIngapura
- Gambar Pandanus amaryllifolius