Presiden Timor Leste

Presiden Timor Leste, secara rasminya Presiden Republik Demokratik Timor Leste (Bahasa Portugis: Presidente da República Democrática de Timor-Leste, Tetum: Prezidente Republika Demokratika Timor-Leste), ialah ketua negara di Timor Leste, yang dipilih oleh rakyat untuk tempoh lima tahun. Presiden adalah ketua ex officio Majlis Negara Timor Leste. Presiden juga mempunyai kuasa eksekutif yang terhad. Presiden boleh melaksanakan veto terhadap undang-undang negaranya. Selepas pilihan raya, presiden biasanya melantik ketua parti majoriti atau gabungan majoriti sebagai Perdana Menteri. Sebagai ketua kerajaan, perdana menteri akan mengetuai kabinet. Selain itu, presiden juga merupakan komander tertinggi Angkatan Pertahanan Timor Leste.

Presiden
Republik Demokratik Timor Leste
Portugis: Presidente da República
Tetum: Prezidente Republika
Coat of arms of East Timor
Flag of East Timor
Penyandang
José Ramos-Horta
sejak 20 Mei 2022
GelaranHis Excellency
StatusKetua negara
Bidang kuasaTimor Leste Edit the value on Wikidata
KediamanNicolau Lobato Presidential Palace
PusatDili
Dilantik olehPilihan raya presiden
Tempoh jawatan5 tahun
Diperbaharui sekali sahaja[1]
Surat cara pembentukanPerlembagaan Timor Leste
PeloporGabenor Timor Leste
Dibentuk28 November 1975
20 May 2002
Pemegang pertamaFrancisco Xavier do Amaral
Xanana Gusmão
Gaji30,000 USD (tahunan)[2]
Tapak webpresidenciarepublica.tl Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Timor Timur semasa perang kemerdekaan

No.PotretNama
(Lahir-Mati)
Pilihan rayaTempoh pentadbiranParti politikGabungan politik
Memulakan jawatanMeninggalkan jawatanTempoh mentadbir
1 Francisco Xavier do Amaral
(1939–2012)
28 November 19757 Disember 19759 hariFretilinMarxist
2 Nicolau dos Reis Lobato
(1946–1978)
7 Disember 197531 Disember 19783 tahun, 24 hariFretilinMarxist

Presiden Timor Leste selepas kemerdekaan

No.PotretNama
(Lahir-Mati)
Pilihan rayaTempoh menjawatParti politik
Memulakan jawatanMeninggalkan jawatanTempoh mentadbir
3 Xanana Gusmão
(l. 1946)
200220 Mei 200220 Mei 20075 tahun, 0 hariBebas
4 José Ramos-Horta
(l. 1949)[a]
200720 Mei 200720 Mei 20125 tahun, 0 hariBebas
Vicente Guterres
(l. 1956)
Interim
11 Februari 200813 Februari 20082 hariCNRT
Fernando de Araújo
(1962–2015)
Interim
13 Februari 200817 April 200864 hariPD
5 Taur Matan Ruak
(l. 1956)
201220 Mei 201220 Mei 20175 tahun, 0 hariBebas
6 Francisco Guterres
(l. 1954)
201720 Mei 201720 Mei 20225 tahun, 0 hariFretilin
7 José Ramos-Horta
(l. 1949)
202220 May 2022Penyandang1 tahun, 338 hariCNRT

Pilihan raya terkini

Pusingan pertama pilihan raya telah diadakan pada 19 Mac 2022, namun kedua-dua calon gagal memperoleh sekurang-kurangnya 50% undian. Oleh itu, pusingan kedua pilihan raya diadakan pada 19 April 2022. Pertandingan antara José Ramos-Horta, bekas presiden, dan penyandang presiden Francisco Guterres diteruskan. Dalam pusingan ini, Ramos-Horta menerima 62.09% undi dan berjaya menewaskan Guterres, yang menerima 37.91% peratus undi.[3]

Nota

Rujukan