Pulau buatan
Sebuah pulau buatan atau pulau buatan manusia merupakan hasil pembinaan oleh manusia. Pulau tersebut bukannya tercipta secara semula jadi. Saiz pulau buatan yang wujud berbeza.
Sejarah
Penciptaan pulau buatan mempunyai sejarah yang panjang, termasuk
- Abad ke-14: Tenochtitlan, bandar Aztec dalam tempat bersama dengan Bandar Mexico
- Abad ke-17: Dejima (atau Deshima), diwujudkan dalam bentuk kipas di teluk Nagasaki semasa zaman Edo Jepun[1]
- Abad ke-19: Pulau Ellis, di pelabuhan Bandar New York
- Abad ke-20: Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka[2]
- Abad ke-21: Palm Jumeirah di Dubai;[3] Fiery Cross Reef, Johnson South Reef, dan Mischief Reef di China
Kepulauan buatan terbesar
# | Nama | Saiz (km²) | Negara atau Emirat | Penggunaan |
---|---|---|---|---|
1 | Flevopolder | 970 | Netherlands | bandar, agrikultur |
2 | Yas Island | 25 | Abu Dhabi | Litar Yas Marina |
3 | Palm Jebel Ali | 8 | Dubai | |
4 | Lapangan Terbang Antarabangsa Chūbu Centrair | 6.8 | Jepun | lapangan terbang |
5 | Palm Jumeirah [3] | 6.5[3] | Dubai | perumahan |
6 | Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai | 4 | Jepun | lapangan terbang |
7 | Marina Island Pangkor | 1.2824488 | Malaysia | Pelancongan |
Status politik
Di bawah perjanjian Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), pulau tiruan tidak dianggap berfungsi sebagai pelabuhan (Perkara 11). Pulau-pulau tersebut adalah sebahagian daripada negeri pesisir yang terdekat jika pulau itu berada dalam lingkungan 200 batu nautika (370 km) (Perkara 56).[4]
Pulau tiruan tidak dianggap sebagai pulau untuk tujuan memiliki wilayah perairan atau zon ekonomi eksklusif.
Galeri
- Dejima, tidak dibenarkan hubungan terus dengan berdekatan Nagasaki
- Pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dari ruang angkasa
- Palm Jumeirah di Dubai
- Marina Island Pangkor
Rujukan
Pautan luar
Kategori berkenaan Pulau buatan di Wikimedia Commons
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno