Pusat Ski Alp Nasional

Pusat Ski Alp Nasional (Cina ringkas: 国家高山滑雪中心Cina tradisional: 國家高山滑雪中心pinyin: Guójiā Gāoshān Huáxuě Zhōngxīn) merupakan sebuah resort ski alp di Kawasan Pergunungan Xiaohaituo yang terletak di bahagian barat laut Daerah Yanqing, sebuah daerah subbandar di Beijing.[1] Pusat tersebut mempunyai satu cerun yang berpanjang 5km dan dua cerun yang berpanjang 10km,[2] dengan jarak jatuh terbesarnya sebanyak 900m. Zon permulaannya mempunyai kecerunan sebanyak 68 darjah dan merupakan salah satu balapan ski alp yang paling cerun di dunia.[3] Pusat tersebut mempunyai 5 gondola dan 4 lif kerusi.[2]

Pusat Ski Alp Nasional
LokasiDaerah Yanqing, Beijing, China
Koordinat40°32′24″N 115°47′45″E / 40.5401°N 115.7958°E / 40.5401; 115.7958 115°47′45″E / 40.5401°N 115.7958°E / 40.5401; 115.7958
Kapasiti5,000 (duduk)
3,500 (berdiri)

Sejarah

Kawasan Pergunungan Xiaohaituo asalnya merupakan sebahagian daripada Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Songshan. Simpanan tersebut mempunyai ramai spesis yang jarang ditemui dan melindungi penduduk Beijing daripada ribut debu.[4] Keputusan untuk menjadikannya sebagai tempat pertandingan Sukan Olimpik 2022 telah mendapat kritikan daripada ahli biologi dan aktivis alam sekitar dari China dan juga seluruh dunia.[5][6][7] Pada 7 Ogos 2015, timbalan datuk bandar Yanqing telah mengatakan bahawa sempadan simpanan tersebut akan "diubah suai". Menurutnya, kawasan simpanan yang baharu adalah 31% lebih besar daripada simpanan yang asal dan tidak akan wujudnya pertindihan di antara Pusat Ski Alp Nasional, Pusat Gelongsor Nasional dan simpanan tersebut selepas pengubahsuaian dilakukan.[7]

Pusat Ski Alp Nasional telah dibuka pada tahun 2019.[3] Pusat tersebut asalnya dijadualkan untuk menganjurkan Piala Dunia Ski Alp FIS 2019-2020 pada Februari 2020, namun pertandingan tersebut telah dibatalkan ekoran Pandemik COVID-19 di China.[8] Pusat tersebut telah menganjurkan acara ski alp di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[9]

Kemudahan

Pusat tersebut terletak di sebuah hutan yang mempunyai ketinggian sebanyak 1,200 meter (3,900 ka),[10] dan dihubungi oleh kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou.[11]

Disebabkan kekurangan salji di kawasan tersebut, kebanyakan salji di pusat tersebut dihasilkan secara buatan.[10] Namun, kaedah ini tidak mesra alam dan juga akan mengganggu pencapaian atlet.[12]

Pusat Ski Alp Nasional mempunyai dua laluan pertandingan, "Rock" dan "Ice River". Laluan "Rock" direka oleh Bernhard Russi, seorang bekas atlet ski alp downhill berbangsa Swiss dan arkitek laluan yang telah membina enam laluan Olimpik, dan dibantu oleh Didier Defago yang turut merupakan atlet ski alp Switzerland.[13][14]

Laluan Sukan Olimpik 2022 (lelaki)
LaluanJenis
"Rock"Laju
"Ice River"Laju
Laluan Sukan Olimpik 2022 (perempuan)
LaluanJenis
"Ice River"Teknikal

Rujukan

Pautan luar