Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Edisi ke-24 Sukan Olimpik Musim Sejuk, di Beijing, China pada Februari 2022

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (Cina ringkas: 第二十四届冬季奥林匹克运动会pinyin: Dì Èrshísì Jiè Dōngjì Àolínpǐkè Yùndònghuì) dan biasanya dikenali sebagai Beijing 2022 (Cina ringkas: 北京2022), ialah acara pelbagai sukan musim sejuk antarabangsa yang telah berlangsung dari 4 hingga 20 Februari 2022, di Beijing dan bandar-bandar di kawasan berdekatan wilayah Hebei di Republik Rakyat China.[1]

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV
Hos BandarBeijing, China
Cogan kataBersama untuk Masa Depan Bersama
bahasa Inggeris: Together for a Shared Future
Cina ringkas: 一起向未来
Negara91
Atlet2,871
Acara109 dalam 7 sukan
Pembukaan4 Februari
Penutupan20 Februari
Dibuka oleh
Kawah Obor
Dinigeer Yilamujiang
Zhao Jiawen
StadiumStadium Nasional Beijing
Musim Sejuk
← PyeongChang 2018Templat:Zero width joiner
Musim Panas
Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022

Beijing telah dinobatkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2022 pada Julai 2015 semasa Sesi IOC ke-128 yang diadakan di Kuala Lumpur. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 merupakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama di China dan Sukan Olimpik yang ketiga di negara tersebut, selepas Sukan Olimpik 2008 dan Sukan Olimpik Belia 2014. Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi terakhir daripada tiga Sukan Olimpik yang diadakan secara berturut-turut di Asia Timur (selepas Sukan Olimpik 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun). Buat kali yang pertama, Beijing menjadi bandar raya yang pertama untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Empat buah tempat acara sedia ada yang asalnya dibina untuk Sukan Olimpiik 2008 juga menganjurkan pertandingan semasa Beijing 2022 manakala Stadium Nasional Beijing telah menjadi lokasi upacara perasmian dan penutupan. Antara kebimbangan dan kontroversi berkaitan dengan Beijing 2022 termasuklah boikot diplomatik yang disertai oleh 10 buah negara.

Pembidaan

Sebanyak 6 bandar telah menyerahkan pembidaan mereka kepada IOC, iaitu Almaty, Beijing, Kraków, Lviv, Oslo dan Stockholm.[2] Pada 7 Julai 2014, IOC mengumumkan bahawa tinggal hanya tiga bandar sahaja yang akan layak ke proses pencalonan tuan rumah Sukan Olimpik 2022, iaitu Almaty, Beijing dan Oslo.[3] Pada 1 Oktober 2014, Olso telah menarik diri daripada pembidaan temasya tersebut setelah salah satu parti politik dalam blok kerajaan Norway, Høyre, membantah pembidaan tersebut.[4]

Beijing telah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 semasa Sesi IOC ke-128 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 31 Julai 2015. [5]

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
BandarNegaraUndi
Beijing  China44
Almaty  Kazakhstan40

Persediaan

Pingat

Reka bentuk pingat Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 26 Oktober 2021. Konsep reka bentuknya adalah berdasarkan ilmu falak dan ilmu nujum tradisional Cina kerana temasya tersebut diadakan semasa Tahun Baru Cina.[6]

Baju seragam penyampai pingat semasa upacara penyampaian pingat telah diumumkan pada Januari 2022.[7] Baju seragam tersebut direka bentuk oleh Akademi Pusat Seni Halus China dan Institut Teknologi Fesyen Beijing.[7]

Larian obor

Larian obor Beijing 2022 telah bermula pada 18 Oktober 2021 in Yunani. Pada 20 Oktober 2021, pihak penganjur Beijing 2022 telah mengumumkan bahawa laluan China akan bermula pada 2 Februari dan tamat pada 4 Februari 2022. Larian obor tersebut hanya akan melalui ketiga-tiga kluster tempat acara Sukan Olimpik 2022, yakni Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.[8][9]

Pengangkutan

Laluan kereta api antara bandar Beijing-Zhangjiakou telah dibuka pada akhir tahun 2019. Laluan tersebut bermula dari stesen kereta api Utara Beijing dan tamat di stesen Zhangjiakou. Pembukaan laluan tersebut telah memendekkan masa perjalanan antara Beijing dan Zhangjiakou sehingga ke 50 minit.

Projek pemanjangan Beijing Subway masih dijalankan dan jumlah jaraknya dijangka akan mencapai 781.5 km (485.6 bt) pada akhir tahun 2021.[10]

Sebuah lapangan terbang baharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, telah dibuka pada tahun 2019 untuk menggantikan Lapangan Terbang Nanyuan Beijing. Lapangan terbang tersebut diusahakan bersama dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.[11]

Bajet

Anggaran bajet bagi penganjuran temasya ini ialah US$3.9 bilion.[12]

Tempat acara

Berikut merupakan tempat acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.[13]

Kluster Beijing

Di kawasan Olympic Green

TempatSukanKapasiti
Stadium Nasional BeijingUpacara pembukaan dan penutupan80,000
Pusat Akuatik Nasional BeijingCurling4,000
Stadium Tertutup Nasional BeijingHoki ais18,000
Pusat Luncur Laju NasionalLuncur laju12,000
Pusat Persidangan NasionalPusat Penyiaran Antarabangsa-
Kampung Olimpik--

Di kawasan lain

TempatSukanKapasiti
Stadium Tertutup UtamaLuncur ais berbunga, luncur laju balapan pendek15,000
Pusat Sukan WukesongHoki ais10,000
Big Air ShougangLuncur papan salji (Big Air), Ski gaya bebas (Big Air)4,912

Kluster Yanqing

TempatSukanKapasiti
Pusat Ski Alp NasionalSki Alp15,000
Pusat Gelongsor NasionalLumba kereta gelongsor, skeleton, luge5,000
Yanqing MMCPusat Penyiaran Antarabangsa-
Kampung Olimpik Yangqing--

Kluster Zhangjiakou

TempatSukanKapasiti
Pusat Ski Rentas Desa NasionalSki rentas desa, gabungan Nordik15,000
Pusat Lompat Ski NasionalLompat ski10,000
Pusat Biatlon NasionalBiatlon15,000
Hotel GentingPusat Penyiaran Antarabangsa-
Taman Ski GentingLuncur papan salji, ski gaya bebas5,000
Kampung Olimpik Zhangjiakou--

Pemasaran

Kapat terbang Boeing 737-800 milik Air China yang menampilkan logo dan maskot.

Logo rasmi temasya ini, "Impian Musim Sejuk" (冬梦) telah diumumkan pada 15 Disember 2017 di Pusat Akuatik Nasional Beijing. Logo tersebut menampilkan tulisan bergaya bagi aksara "冬" (Musim Sejuk) yang berilhamkan salji dan mempunyai motif reben. Bahagian atas logo tersebut menyerupai seorang pemain ski manakala bahagian bawahnya menyerupai seorang pemain luncur. Logo tersebut juga menampilkan warna pada logo Olimpik (selain warna hitam) dan warna pada bendera China. Logo tersebut direka bentuk oleh Lin Cunzhen yang turut merupakan pereka bentuk bagi logo Nanjing 2014.[14]

Slogan

Pada 17 September 2021, pihak penganjur Beijing 2022 mengumumkan slogan bagi Sukan Olimpik 2022: "Bersama untuk Masa Depan Bersama" (bahasa Inggeris: Together for a Shared Future!, Bahasa Cina: 一起向未来!Yīqǐ xiàng wèilái!).[15] Sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama turut dikeluarkan. Lagu tersebut mempunyai dua versi, satu versi dinyanyikan oleh Jackson Yee manakala versi yang lain dinyanyikan oleh penyanyi Hong Kong, William Chan dan Tia Ray (Yuan Yawei).[16]

Maskot

Maskot rasmi Sukan Olimpik 2022 telah diumumkan pada 17 September 2019 di Arena Hoki Ais Shougang. Maskot tersebut, "Bing Dwen Dwen" (Bahasa Cina: 冰墩墩pinyin: Bīng Dūn Dūn) merupakan seekor panda dan direka oleh Cao Xue.[17] Bing Dwen Dwen memakai topi keledar yang menandakan salji dan ais dalam sukan musim sejuk. Namanya, merupakan kombinasi perkataan "Bing" yang bermaksud "ais" dan "Dwen Dwen" yang bermaksud tegap dan bersemangat. Maskot tersebut turut berpakaian suit sukan ais agar kelihatan lebih cergas. Reka bentuknya turut melambangkan kemajuan teknologi baharu dan hijau yang mempunyai kemungkinan yang tidak terhad. Pada tapak tangan kirinya, terdapat satu bentuk hati yang melambangkan bahawa bandar tuan rumah mengalu-alukan semua atlet dari seluruh dunia.[18] Maskot Sukan Paralimpik turut diumumkan pada hari yang sama[19][20]

Penajaan

Senarai penaja Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022[21]
Rakan kongsi Olimpik sedunia:
Rakan Kongsi Rasmi:
Penaja Rasmi:
  • Kumpulan Beijing Beiao
  • Beijing Cultural Investment Development Group
  • Beijing Yanjing Brewery
  • Kumpulan Hengyuanxiang(HYX)[22]
  • Qianxin
  • Shunxin Agriculture
  • Tsingtao Brewery
  • Jinlongyu Cooking Oils
  • Yuanfudao
  • Yum China
Pembekal Ekslusif Rasmi
  • EF Education First
  • iFlytek
  • China Post
  • Hylink
  • Snickers
  • Hongyuan
  • 3trees
  • Sankeshu Paint
Pembekal Ekslusif

Temasya

Upacara pembukaan

Upacara penutupan

Acara sukan

Sebanyak tujuh sukan yang merangkumi 109 acara dalam 15 disiplin telah dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[23] Tujuh acara baharu telah diwujudkan dalam Sukan Olimpik 2022, iaitu monobob perempuan, big air lelaki dan perempuan dalam ski gaya bebas, berganti-ganti campuran dalam luncur laju balapan pendek serta acara berpasukan dalam lompat ski, ski gaya bebas aerials dan luncur papan salji snowboard cross. Penambahan ini bertujuan untuk mengimbangkan bilangan atlet lelaki dan perempuan, di samping demi menarik minat golongan muda.[24]

  1. Biatlon
  2. Lumba kereta gelongsor
  3. Curling
  4. Hoki ais
  5. Luge
  6. Luncur ais
  7. Ski

Penyertaan

  Negara-negara yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
  Debut negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk
  Bulatan kuning ialah bandar tuan rumah (Beijing)
Negara mengikut saiz pasukan
Pasukan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai Beijing 2022
NOCs yang telah menyertai Sukan Olimpik 2018 tetapi tidak menyertai edisi 2022.NOCs yang menyertai Sukan Olimpik 2022 tetapi tidak menyertai edisi 2018.
  •  Bermuda
  •  Kenya
  •  Korea
  •  Korea Utara (NOC Digantung)
  •  Singapura
  •  Afrika Selatan
  •  Togo
  •  Tonga
  •  Samoa Amerika
  •  Haiti
  •  Peru
  •  Arab Saudi
  •  Trinidad dan Tobago
  •  Kepulauan Virgin

Takwim

OCUpacara pembukaanAcara pertandingan1Acara berpingatEGPesta pameranCCUpacara penutupan
Februari 20222
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
7
Isn
8
Sel
9
Rab
10
Kha
11
Jum
12
Sab
13
Aha
14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
Acara
UpacaraOCCC
Ski alp211111111111
Biatlon11111211211
Lumba kereta gelongsor11114
Ski rentas desa112111121112
Curling1113
Luncur ais berbunga11111EG5
Ski gaya bebas1111111212113
Hoki ais112
Luge11114
Gabungan Nordik1113
Luncur laju balapan pendek1211229
Skeleton112
Lompat ski111115
Luncur papan salji1121211211
Luncur laju11111111211214
Acara berpingat harian00066910687674986575109
Jumlah kumulatif000612213137455258656978869297104109
Februari 20222
Rab
3
Kha
4
Jum
5
Sab
6
Aha
7
Isn
8
Sel
9
Rab
10
Kha
11
Jum
12
Sab
13
Aha
14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
Jumlah Acara


Jadual pingat

  *   Tuan rumah

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022[116]
KedudukanJOKEmasPerakGangsaJumlah
1  Norway1681337
2  Jerman1210527
3  China*94215
4  Amerika Syarikat810725
5  Sweden85518
6  Belanda85417
7  Austria77418
8  Switzerland72514
9  ROC6121432
10  Perancis57214
11  Kanada481426
12  Jepun36918
13  Itali27817
14  Korea Selatan2529
15  Slovenia2327
16  Finland2248
17  New Zealand2103
18  Australia1214
19  Great Britain1102
20  Hungary1023
21  Belgium1012
 Republik Czech1012
 Slovakia1012
24  Belarus0202
25  Sepanyol0101
 Ukraine0101
27  Estonia0011
 Latvia0011
 Poland0011
Jumlah (29 JOK)109109109327

Penyiaran

Kebimbangan dan kontroversi

Ekoran daripada isu Kertas Xinjiang, tunjuk perasaan Hong Kong, diplomasi Wolf Warrior dan genosid Uyghur, terdapat pihak yang menggesa negara-negara Barat agar memboikot edisi Sukan Olimpik ini.[117][118][119][120] Ahli politik dan pemimpin beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,[121] Kanada dan Australia[122] telah mencadangkan kerajaan mereka agar tidak menghantar kontijen ke temasya tersebut. Selain itu, terdapat juga individu yang mengharapkan temasya ini boleh dianjukan di tempat lain,[123][124] manakala ada yang mengharapkan pemimpin dan pegawai kerajaan negaranya untuk melakukan "boikot diplomatik" dengan tidak menghadiri Beijing 2022.[125] Terdapat juga beberapa alternatif lain yang dicadangkan seperti menarik balik penajaan kepada Sukan Olimpik 2022 dan tidak menyiarkan acara Olimpik. [126][127]

Pada Februari 2021, syarikat akhbar milik kerajaan China, Global Times, telah mengatakan bahawa negara China akan menyekat mana-mana negara yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[128][129] IOC pula mengatakan bahawa mereka kekal neutral dalam semua isu politik dan tindakan menganugerahi hak penganjuran kepada sesebuah negara tidak bermakna organisasi tersebut menyokong struktur politiknya, keadaan sosialnya atau standard hak asasi manusianya.[130] Pada Sukan Olimpik Tokyo, IOC telah menggantungkan NOC Korea Utara kerana negara tersebut tidak menyertai Sukan Olimpik. Hal ini telah menyebabkan berlakunya spekulasi bahawa IOC juga akan menggantung mana-mana NOC yang memboikot Sukan Olimpik 2022.[131][132]

Impak pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 telah membawa kesan terhadap kelayakan bagi beberapa sukan apabila kejohanan yang berkaitan telah dibatalkan. Persekutuan Curling Dunia mencadangkan agar slot kelayakan curling bagi Sukan Olimpik 2022 diberikan berdasarkan kedudukan atlet dalam kejohanan dunia 2021. Sebuah kejohanan kelayakan khas turut disyorkan sebagai pengganti mata yang dimenangi dalam kejohanan dunia 2020 dan 2021. Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) pula memberikan slot kelayakan bagi acara perempuan berdasarkan Ranking Dunia IIHF apabila Kejohanan Dunia Perempuan 2020 dibatalkan.[133][134]

Pada 29 September 2022, IOC mengumumkan protokol biokeselamatan bagi Sukan Olimpik 2022. Semasa temasya tersebut berlangsung, semua atlet hanya dibenarkan untuk bergerak dalam "gelembung sukan" (bahasa Inggeris: Bio-secure bubble) dan perjalanan mereka turut disekat. Sekiranya seseorang atlet belum divaksinkan, atlet tersebut perlulah berkuarantin selama 21 hari setelah tiba di China. Ujian COVID-19 harian turut akan dilakukan terhadap semua atlet yang bertanding.[135][136]

Pada September 2021, Liga Hoki Kebangsaan (NHL) telah mencapai sebuah persetujuan dengan Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa untuk membenarkan pemain profesional NHL untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2022.[137] Namun pada 23 Disember 2021, NHL mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar pemain ke temasya tersebut atas sebab Pandemik COVID-19 dan varian Omicron.[138][139][140][141]

Pada Januari 2022, disebabkan oleh kemunculan varian Omicron dan peningkatan kes COVID-19 di China, rancangan untuk membenarkan penonton yang berada China masuk ke tempat pertandingan telah dibatalkan. Hanya segelintir penonton yang telah diundang dibenarkan masuk ke tempat pertandingan. Temasya ini merupakan Sukan Olimpik kedua yang melarangkan kehadiran penonton.[142]

Setiap individu yang menyertai temasya ini, termasuk atlet, pegawai dan penonton, telah diwajibkan untuk memasang aplikasi My2022 untuk tujuan penyerahan deklarasi kastam dan rekod keselamatan, pelaporan kesihatan kendiri harian, penyimpanan rekod vaksinasi dan ujian COVID-19 serta penyampaian maklumat. Namun, wujudnya kebimbangan terhadap keselamatan siber aplikasi tersebut. Citizen Lab, sebuah kumpulan kajian keselamatan siber yang berpusat di Kanada, telah mengeluarkan amaran bahawa pengguna aplikasi My2022 akan terdedah terhadap pencerobohan data dan tertakluk kepada dasar penapisan Internet di China.[143] Terdapat beberapa jawatankuasa Olimpik telah mencadangkan hadirinnya menggunakan telefon bimbit prabayar, mencipta akaun e-mel khas untuk penggunaan mereka di China dan tidak membawa telefon pintar dan komputer riba peribadi mereka ke china.[144][145][146]

Boikot diplomatik

Boikot diplomatik bermaksud sesebuah negara tidak akan menghantar pemimpin negara, pegawai atau wakil kerajaannya ke Sukan Olimpik. Namun, atlet-atlet dari negara masing-masing masih boleh bertanding.

Negara-negara berikut telah mengumumkan bahawa mereka akan memboikot Sukan Olimpik 2022 secara diplomatik:

Lihat juga

Rujukan

Nota

Sumber yang dirujuk

Pautan luar

Didahului oleh
PyeongChang
Sukan Olimpik Musim Sejuk
Beijing

Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV (2022)
Diikuti oleh:
Milan-Cortina