Putera Hisahito

Yang Amat Mulia Diraja Putera Hisahito dari Akishino (B. Jepun: 秋篠宮悠仁親王 Akishino no miya Hisahito shinnō), lahir 6 September 2006, merupakan anak ketiga kepada Putera dan Puteri Akishino, dan merupakan anak lelaki yang pertama.[1][2] Beliau telah dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo. Mengikut urutan anggota keluarga diraja yang terkini, dia berada di barisan ketiga untuk menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun. Hal ini disebabkan Parlimen Jepun masih belum memutuskan sama ada akan menggubal peraturan baru bagi membenarkan seorang perempuan, iaitu anak tunggal Putera Makhota Naruhito, Puteri Aiko menaiki takhta.

Putera Hisahito dengan bondanya, Puteri Kiko

Putera Hisahito mempunyai dua orang kakak, Puteri Mako dari Akishino (lahir 23 Oktober 1991) dan Puteri Kako dari Akishino (lahir 29 Disember 1994).

Kelahiran

Beliau dilahirkan pada 8:27 a.m. (2327 GMT) dan beratnya ialah 2556 g (5 lb 10 oz). Namanya mempunyai maksud "ketenangan dan ukuran moral tertinggi, menurut Agensi Anggota Diraja. Namanya dipilih oleh ayahandanya yang juga meletakkan sejenis kotak kayu di tepi bantal anaknya. Kotak yang diperbuat daripada kayu paulownia itu berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun.


Rujukan

Pautan luar

Didahului oleh
Putera Akishino
Barisan takhta diraja JepunDiikuti oleh:
Putera Hitachi