Rebecca Romijn

Rebecca Alie Romijn (lahir November 6, 1972) merupakan pelakon televisyen dan filem dari Amerika Syarikat yang juga bergerak sebagai bekas peragawati fesyen.

Rebecca Romijn
Kelahiran
Rebecca Alie Romijn

(1972-11-06) 6 November 1972 (umur 51)
Ketinggian5 kaki 11 inci (1.80 m)
PasanganJohn Stamos (1997 - 2005)

Latar Belakang

Permulaan hidup

Romijn (sebutan sebagai "Ro-maine") dilahirkan di Berkeley, California hasil perkongsian hidup oleh Jaap Romijn dan Elizabeth Kuizenga. Bapanya merupakan bumiputera Barneveld, seorang berdarah Belanda dan ibunya merupakan generasi kedua Belanda Amerika. [1] Kedua-dua ibu bapanya bertemu ketika bapanya belajar di Eropah.[2] Datuk Romijn (sebelah ibu), Dr. Henry B. Kuizenga, merupakan menteri Presbyterian dan profesor seminari.[3] Semasa belajar muzik di Universiti California, Santa Cruz, beliau terbabit dalam peragaan fesyen [[model dan berhijrah ke Paris, Perancis untuk lebih dari dua tahun.

Kerjaya

Romijn pernah menghiasi Sports Illustrated untuk isu pakaian mandi dan untuk Victoria's Secret. Beliau juga pernah menjadi hos untuk MTV menerusi House of Style bermula 1998 sehingga 2000. Romijn seorang yang fasih dalam Bahasa Belanda dan Bahasa Perancis. Beliau juga pernah disenaraikan antara wanita tercantik oleh majalah Maxim (2003-2006), AskMen.com (2001-,2003, 2005-2006) dan FHM]' (2000-2005[4])

Pada tahun 2000 beliau ditawarkan berlakon menerusi filem X-Men, sebagai "Mystique"; beliau meneruskan watak terbabit menerusi lanjutan filem tebabit X2:X-Men United pada 2003, dan juga X-Men: The Last Stand (2006). Beliau juga pernah membintangi filem seperti Rollerball (2002), The Punisher (2004), dan Godsend. Beliau memegang watak utama dalam siri TV Pepper Dennis.

Pada Januari 2007, Romijn membuat penampilan sulung menerusi siri terbitan ABC, Ugly Betty as a full time regular. Beliau memegang watak seorang lelaki yang telah menukar jantina, Alexis Meade.

Kehidupan peribadi

Romijn merupakan penganut Katholik.[5] Beliau mengahwini pelakon John Stamos pada 19 September 1998. Sepanjang tempoh perkahwinan itu, beliau senang menggunakan nama Rebecca Romijn-Stamos dalam kehidupan peribadi dan kerjayanya. Pasangan ini mengesahkan perpisahan pada 12 April 2004 dan disahkan bercerai pada 1 Mac 2005.

Romijn pernah ditanya oleh majalah Elle pada April 2002 samaada pembikinan Femme Fatale telah memberi beliau idea tentang seksualiti beliau dan beliau menjawab beliau lega beliau seorang yang mempunyai seksualiti yang normal walaupun pada awal dua puluhan beliau risau jika beliau tertarik dengan kaum sejenisnya.("You know, in my early twenties I wondered if I was interested in women and so I kind of, well ... did my homework. And it turns out I'm pretty straight".[6]) Pada September 2005, Romijn dan pelakon Jerry O'Connell mengumumkan pertunangan mereka.[7]

Lakonan

Filem

TahunrTajukPerananNota tambahan
1997Friends Episod:The One With the Dirty GirlCheryl(Siri)
1998Dirty WorkBearded Lady
1999Austin Powers: The Spy Who Shagged MeDiri sendiri
2000X-MenMystique/Raven Darkholme
2002Femme FataleLaure Ash/Lily
S1m0neFaith
RollerballAurora
2003X2: X-Men UnitedMystique/Raven Darkholme
2004The PunisherJoan
Godsend Jessie Duncan
2006X-Men: The Last StandMystique/Raven Darkholme
Man About TownNina Giamoro
The AlibiLola Davis
2009MagnetoMystique/Raven Darkholme(Dalam perbincangan)

Televisyen

TahunTajukPerananNota tambahan
1998, 1999, 2000House of StyleDiri sendiri/hos(Siri)
1999Hefner: UnauthorizedKimberly Hefner(Drama)
1999, 2000Just Shoot Me!Adrienne Barker(Siri)
2000Jack & JillParis Everett(Siri)
2002MADtvDiri sendiri/hos(Siri)
2006Pepper DennisPepper Dennis(Siri)
2007Ugly BettyAlexis Meade(Siri)

Permainan video

TahunTajukPerananNota tambahan
2003Tron 2.0Mercury(suara)
2004Tron 2.0: Killer AppMercury(suara)

Rujukan

Pautan Luar