Rumah Putih

Rumah Putih (bahasa Inggeris: White House; Jawi: رومه ڤوتيه) ialah kediaman dan bangunan pejabat rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarganya - selama beliau memegang jawatan tersebut - yang terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C. Sebagai pejabat Presiden AS, istilah "Rumah Putih" juga digunakan sebagai nama ganti kepada pentadbiran Presiden itu sendiri.

Rumah Putih

Rumah ini dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George berdasarkan reka bentuk jurubina dari Ireland bernama James Hoban.[1] Kerja pembinaan terhadap kediaman ini dilakukan daripada 1792 hingga 1 November 1800,[2] di mana ia pertama kalinya didiami oleh John Adams pada tahun yang sama[3] menggantikan bangunan kediaman sebelumnya di Philadelphia.

Bangunan kediaman ini dimiliki oleh Perkhidmatan Taman Kebangsaan (National Park Service) Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Taman Presiden (President's Park).

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar