Sauh

Sauh (Jawi: ساءوه)[1] atau jangkar[2] (Jawi: جڠکر, serapan kata Portugis ancora[3]) ialah sejenis objek besar keras daripada logam atau batu yang digunakan untuk menambat kapal yang berlabuh di dasar suatu perairan (seperti sungai atau laut) lalu ia kekal di kedudukannya tanpa dihanyut berpindah tempat kerana hembusan angin, arus ataupun ombak.[1] Alat ini dihubungkan sama ada dengan rantai yang dibuat dari besi ke kapal ataupun dengan tali pada kapal kecil atau perahu.

Sauh dari kapal samudera RMS Empress of Asia di Muzium Negara Singapura.

Kewujudan sauh berkembang dari pengkhususan bahan pemberat seperti bongkah batu untuk menahan perahu dan kapal dari terhanyut arus sejak Zaman Gangsa lagi.[4] Sauh ini telah menjadi simbol bagi hampir semua kegiatan yang berkaitan dengan lautan ataupun maritim.

Gambaran umum

Terdapat pelbagai jenis sauh yang digunakan mengikut bentuk permukaan yang hendak dicengkam baik yang berpasir, berumput, berlumpur mahupun yang berkerikil.[5] Jenis-jenis yang didapati antaranya:[6]

  • sauh paten/tak bertongkat: 2 lengan besi - salah satunya tetap tidak dapat digerakkan, dipasangkan pada kapal besar dengan alat pengendali khas
  • sauh bertongkat: dengan 2 lengan lengan tetap besi, bersaiz dari kecil hingga sederhana untuk kapal seukuran, menggunakan tali besi atau manila
  • sauh luku: selengan, sesuai untuk kapal kecil
  • sauh sekoci: empat lengan besi berdiameter 10-15 sm, untuk kapal kecil

Galeri

Rujukan