Seni khat

Seni khat ("khat" pinjaman Arab: خط, rumi: khaṭ, lit.'garisan'[1]) atau kaligrafi (dari bahasa Yunani κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan") ialah sejenis seni visual berkaitan dengan penulisan melibatkan gaya lenggok pergerakan menanda kertas (sama ada menggunakan berus,pena atau benda tirus seperti kalam) dengan dakwat.[2]:17. Takrifan semasa bagi amalan khat adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni dan kemahiran".[2]:18 Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan estetika dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan kekangan material dipnunyai seseorang, masa dan tempat.[3]:441 Gaya penulisan digelar skrip, atau huruf (Fraser and Kwiatkowski 2006; Johnston 1909: Plate 6).

Ijazah yang ditulis dalam bahasa Arab mengesahkan kemampuan menulis seni khat Islam, 1206 AH/1791 AD

Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk berfungsi kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya.[2] Khat klasik berbeza dari tipograf dan tulisan tangan klasik-baru, melalui khat mungkin mencipta semua ini; huruf berdisplin segi sejarah akan tetapi mengalir dan spontan, diperkemas ketika menulis.[4][5][6][7]

Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis, reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal logo, seni keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan imej bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan (sebagai contoh lihat Letter Arts Review; Propfe 2005; Geddes and Dion 2004).[8][9]

Galeri contoh

Lihat juga

Rujukan

Sumber utama

  • Anderson, D. M. (2008), Indic calligraphy, Encyclopedia Britannica 2008.
  • Brown, M.P. (2004) Painted Labyrinth: The World of the Lindisfarne Gospel. Revised Ed. British Library.
  • Child, H. ed. (1985) The Calligrapher's Handbook. Taplinger Publishing Co.
  • Fraser, M., & Kwiatowski, W. (2006) Ink and Gold: Islamic Calligraphy. Sam Fogg Ltd. London
  • Henning, W.E. (2002) An elegant hand : the golden age of American penmanship and calligraphy ed. Melzer, P. Oak Knoll Press New Castle, Delaware
  • Johnston, E. (1909) Manuscript & Inscription Letters: For schools and classes and for the use of craftsmen, plate 6. San Vito Press & Double Elephant Press 10th Impression
  • Lamb, C.M. ed. (1956) Calligrapher's Handbook. Pentalic 1976 ed.
  • Letter Arts Review
  • Mediavilla, Claude (2006) Histoire de la Calligraphie Française. Albin Michel, France.
  • Mediavilla, C. (1996) Calligraphy. Scirpus Publications
  • Propfe, J. (2005) SchreibKunstRaume: Kalligraphie im Raum Verlag George D.W. Callwey GmbH & Co.K.G. Munich
  • Reaves, M., & Schulte, E. (2006) Brush Lettering: An instructional manual in Western brush calligraphy, Revised Edition, Design Books New York.
  • Marns, F.A (2002) Various, copperplate and form, London