Sinar kosmos

Sinar kosmos ialah sinaran dari angkasa lepas yang tiba ke Bumi, biasanya dari luar Sistem Suria[1] malah dari galaksi lain yang berdekatan.[2] Ia biasanya menghentam bahagian atas atmosfera dan menghasilkan zarah-zarah sekunder. Istilah "sinar" sebenarnya merupakan nama yang tidak kena, kerana zarah kosmos tiba secara individu, bukan dalam bentuk sinaran atau pancaran zarah.

Komposisi

Hampir 90% sinar kosmos yang mendatang terdiri dari proton, kira-kira 9% merupakan nucleus helium (zarah alfa) dan kira-kira 1% lagi elektron (zara beta minus). Satu pecahan kecil dari komposisi sinar sebegini ialah antijirim seperti positron atau antiproton, namun sifat sebenar pecahan ini masih dalam pengkajian yang berterusan.

Tenaga

Sinar kosmos banyak menarik perhatian secara praktikalnya kerana kebolehan menyebabkan kerosakan pada mikroelektronik dan hidupan luar suatu atmosfera dan medan magnet, dan secara saintifiknya kerama tenaga sinar kosmos bertenaga ultra tinggi (ultra-high-energy cosmic rays) telah dicerapkan mencecah 3 × 1020 eV,[3] iaitu sekitar 40 juta kali ganda tenaga zarah yang dipecutkan Pelanggar Hadron Besar.[4] Sinar kosmos jenis bertenaga ini pada 50 J[5] mampu mempunyai tenaga yang setara dengan tenaga kinetik yang dibawa sebiji bola besbol yang dibaling pada kelajuan 90 km sejam. Oleh sebab penemuan inilah, kajian terhadap sinar kosmos yang mempunyai tenaga lebih tinggi semakin mendapat perhatian.[6] Sungguhpun begitu, kebanyakan sinar kosmos tiada tenaga ekstrem sebegini; pengagihan tenaga dari sinar-sinar ini pun memuncak pada 0.3 gigaelectronvolt (4.8×10−11 J).[7]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno