Siri Dunia

Siri Dunia (bahasa Inggeris: World Series) merupakan siri kejuaraan Major League Baseball (MLB) di Amerika Syarikat dan Kanada yang dianjurkan pada setiap tahun. Siri ini telah mula diadakan sejak tahun 1903 yang dilangsungkan antara pasukan juara American League (AL) dan National League (NL). Pemenang Siri Dunia akan ditentukan melalui format pusingan playoff dan pemenang akan menerima Commissioner's Trophy.[1]

Siri Dunia
Commissioner's Trophy
LigaMajor League Baseball
Mula dianjurkan1903
Anjuran terkini2022
Juara bertahanHouston Astros (2)
Kejayaan terbanyakNew York Yankees (27)
PenajaYouTube TV (2017–2019)
Capital One (2022–kini)

Sebelum AL dan NL dipecahkan kepada divisyen-divisyen pada tahun 1969, mana-mana pasukan yang menghasilkan rekod menang-kalah terbaik di aksi musim dari setiap liga akan secara automatik meraih pennant dan mara ke Siri Dunia tanpa perlu menempuh pusingan playoff seperti kini. Semenjak setiap liga mengadakan League Championship Series (ALCS dan NLCS) bagi menentukan pasukan yang layak ke Siri Dunia, ia juga ditentukan oleh Division Series (ALDS dan NLDS) mulai tahun 1995 manakala aksi atau siri Wild Card di setiap liga pula diperkenalkan pada tahun 2012. Sehingga tahun 2002, home advantage di Siri Dunia akan berselang-seli dari tahun ke tahun antara AL dan NL. Dari tahun 2003 sehingga 2016, home advantage akan dikurniakan kepada pihak liga yang memenangi Perlawanan All-Star. Sejak dari tahun 2017, home advantage akan diberikan kepada pasukan juara liga yang mempunyai rekod menang-kalah terbaik. Siri Dunia telah dilangsungkan sebanyak 118 kali sehingga tahun 2022 dan pasukan dari AL memenanginya 57 kali manakala NL pula merangkulnya 51 kali.

Siri Dunia telah bermula pada tahun 1903 sejurus selepas tamatnya pertelingkahan antara NL dan AL yang baru dibentuk pada masa itu. Pasukan Boston Americans (AL) telah menewaskan Pittsburgh Pirates (NL) 5-3 dalam penentuan sembilan terbaik. Jumlah kehadiran penonton pada masa itu telah mencecah 100,000 orang. Pada edisi 1904, New York Giants (NL) menolak untuk beraksi menentang Boston yang sekali lagi membawa status sebagai juara AL. Siri diteruskan pada tahun 1905 dan diadakan setiap tahun sehingga 1994 apabila berlaku mogok dalam kalangan pemain sehingga memaksa kepada pembatalan siri pada tahun yang sama. Format tujuh perlawanan telah diselaraskan sejak tahun 1992. Bermula pada tahun 1995, hanya seorang pemain sahaja akan diundi sebagai Pemain Terbaik bagi tiap-tiap siri dan dilihat sebagai penghargaan tinggi dalam besbol. Pasukan Montreal dan Toronto telah diterima sebagai pasukan MLB masing-masing pada tahun 1969 dan 1977 sekali gus menjadi wakil pasukan Kanada di MLB. Kejayaan Toronto di Siri Dunia pada tahun 1992 menandakan kejayaan sulung buat pasukan selain dari A.S. Setakat ini, pasukan New York Yankees dari AL telah merekodkan kemenangan terbanyak di Siri Dunia.

Keputusan Siri Dunia

Nombor dalam kurungan di jadual menandakan kemunculan Siri Dunia setakat tahun edisi Siri Dunia berkenaan dan digunakan seperti berikut:

  • Lajur Pasukan menang dan Pasukan kalah menandakan bilangan pasukan tersebut tampil di Siri Dunia setakat tarikh edisi tersebut.
  Pasukan National League
  Pasukan American League
TahunPasukan menangSiriPasukan kalah
1903Boston Americans (1, 1–0)5–3[V]Pittsburgh Pirates (1, 0–1)
1904Tiada Siri Dunia
1905New York Giants (1, 1–0)4–1Philadelphia Athletics (1, 0–1)
1906Chicago White Sox (1, 1–0)4–2Chicago Cubs (1, 0–1)
1907Chicago Cubs (2, 1–1)4–0–(1)[T]Detroit Tigers (1, 0–1)
1908Chicago Cubs (3, 2–1)4–1Detroit Tigers (2, 0–2)
1909Pittsburgh Pirates (2, 1–1)4–3Detroit Tigers (3, 0–3)
1910Philadelphia Athletics (2, 1–1)4–1Chicago Cubs (4, 2–2)
1911Philadelphia Athletics (3, 2–1)4–2New York Giants (2, 1–1)
1912Boston Red Sox (2, 2–0)4–3–(1)[T]New York Giants (3, 1–2)
1913Philadelphia Athletics (4, 3–1)4–1New York Giants (4, 1–3)
1914Boston Braves (1, 1–0)4–0Philadelphia Athletics (5, 3–2)
1915Boston Red Sox (3, 3–0)4–1Philadelphia Phillies (1, 0–1)
1916Boston Red Sox (4, 4–0)4–1Brooklyn Robins (1, 0–1)
1917Chicago White Sox (2, 2–0)4–2New York Giants (5, 1–4)
1918Boston Red Sox (5, 5–0)4–2Chicago Cubs (5, 2–3)
1919Cincinnati Reds (1, 1–0)5–3[V]Chicago White Sox (3, 2–1)
1920Cleveland Indians (1, 1–0)5–2[V]Brooklyn Robins (2, 0–2)
1921New York Giants (6, 2–4)5–3[V]New York Yankees (1, 0–1)
1922New York Giants (7, 3–4)4–0–(1)[T]New York Yankees (2, 0–2)
1923New York Yankees (3, 1–2)4–2New York Giants (8, 3–5)
1924Washington Senators (1, 1–0)4–3New York Giants (9, 3–6)
1925Pittsburgh Pirates (3, 2–1)4–3Washington Senators (2, 1–1)
1926St. Louis Cardinals (1, 1–0)4–3New York Yankees (4, 1–3)
1927New York Yankees (5, 2–3)4–0Pittsburgh Pirates (4, 2–2)
1928New York Yankees (6, 3–3)4–0St. Louis Cardinals (2, 1–1)
1929Philadelphia Athletics (6, 4–2)4–1Chicago Cubs (6, 2–4)
1930Philadelphia Athletics (7, 5–2)4–2St. Louis Cardinals (3, 1–2)
1931St. Louis Cardinals (4, 2–2)4–3Philadelphia Athletics (8, 5–3)
1932New York Yankees (7, 4–3)4–0Chicago Cubs (7, 2–5)
1933New York Giants (10, 4–6)4–1Washington Senators (3, 1–2)
1934St. Louis Cardinals (5, 3–2)4–3Detroit Tigers (4, 0–4)
1935Detroit Tigers (5, 1–4)4–2Chicago Cubs (8, 2–6)
1936New York Yankees (8, 5–3)4–2New York Giants (11, 4–7)
1937New York Yankees (9, 6–3)4–1New York Giants (12, 4–8)
1938New York Yankees (10, 7–3)4–0Chicago Cubs (9, 2–7)
1939New York Yankees (11, 8–3)4–0Cincinnati Reds (2, 1–1)
1940Cincinnati Reds (3, 2–1)4–3Detroit Tigers (6, 1–5)
1941New York Yankees (12, 9–3)4–1Brooklyn Dodgers (3, 0–3)
1942St. Louis Cardinals (6, 4–2)4–1New York Yankees (13, 9–4)
1943New York Yankees (14, 10–4)4–1St. Louis Cardinals (7, 4–3)
1944St. Louis Cardinals (8, 5–3)4–2St. Louis Browns (1, 0–1)
1945Detroit Tigers (7, 2–5)4–3Chicago Cubs (10, 2–8)
1946St. Louis Cardinals (9, 6–3)4–3Boston Red Sox (6, 5–1)
1947New York Yankees (15, 11–4)4–3Brooklyn Dodgers (4, 0–4)
1948Cleveland Indians (2, 2–0)4–2Boston Braves (2, 1–1)
1949New York Yankees (16, 12–4)4–1Brooklyn Dodgers (5, 0–5)
1950New York Yankees (17, 13–4)4–0Philadelphia Phillies (2, 0–2)
1951New York Yankees (18, 14–4)4–2New York Giants (13, 4–9)
1952New York Yankees (19, 15–4)4–3Brooklyn Dodgers (6, 0–6)
1953New York Yankees (20, 16–4)4–2Brooklyn Dodgers (7, 0–7)
1954New York Giants (14, 5–9)4–0Cleveland Indians (3, 2–1)
1955Brooklyn Dodgers (8, 1–7)4–3New York Yankees (21, 16–5)
1956New York Yankees (22, 17–5)4–3Brooklyn Dodgers (9, 1–8)
1957Milwaukee Braves (3, 2–1)4–3New York Yankees (23, 17–6)
1958New York Yankees (24, 18–6)4–3Milwaukee Braves (4, 2–2)
1959Los Angeles Dodgers (10, 2–8)4–2Chicago White Sox (4, 2–2)
1960Pittsburgh Pirates (5, 3–2)4–3New York Yankees (25, 18–7)
1961New York Yankees (26, 19–7)4–1Cincinnati Reds (4, 2–2)
1962New York Yankees (27, 20–7)4–3San Francisco Giants (15, 5–10)
1963Los Angeles Dodgers (11, 3–8)4–0New York Yankees (28, 20–8)
1964St. Louis Cardinals (10, 7–3)4–3New York Yankees (29, 20–9)
1965Los Angeles Dodgers (12, 4–8)4–3Minnesota Twins (4, 1–3)
1966Baltimore Orioles (2, 1–1)4–0Los Angeles Dodgers (13, 4–9)
1967St. Louis Cardinals (11, 8–3)4–3Boston Red Sox (7, 5–2)
1968Detroit Tigers (8, 3–5)4–3St. Louis Cardinals (12, 8–4)
1969New York Mets (1, 1–0)4–1Baltimore Orioles (3, 1–2)
1970Baltimore Orioles (4, 2–2)4–1Cincinnati Reds (5, 2–3)
1971Pittsburgh Pirates (6, 4–2)4–3Baltimore Orioles (5, 2–3)
1972Oakland Athletics (9, 6–3)4–3Cincinnati Reds (6, 2–4)
1973Oakland Athletics (10, 7–3)4–3New York Mets (2, 1–1)
1974Oakland Athletics (11, 8–3)4–1Los Angeles Dodgers (14, 4–10)
1975Cincinnati Reds (7, 3–4)4–3Boston Red Sox (8, 5–3)
1976Cincinnati Reds (8, 4–4)4–0New York Yankees (30, 20–10)
1977New York Yankees (31, 21–10)4–2Los Angeles Dodgers (15, 4–11)
1978New York Yankees (32, 22–10)4–2Los Angeles Dodgers (16, 4–12)
1979Pittsburgh Pirates (7, 5–2)4–3Baltimore Orioles (6, 2–4)
1980Philadelphia Phillies (3, 1–2)4–2Kansas City Royals (1, 0–1)
1981Los Angeles Dodgers (17, 5–12)4–2New York Yankees (33, 22–11)
1982St. Louis Cardinals (13, 9–4)4–3Milwaukee Brewers[L1] (1, 0–1)
1983Baltimore Orioles (7, 3–4)4–1Philadelphia Phillies (4, 1–3)
1984Detroit Tigers (9, 4–5)4–1San Diego Padres (1, 0–1)
1985Kansas City Royals (2, 1–1)4–3St. Louis Cardinals (14, 9–5)
1986New York Mets (3, 2–1)4–3Boston Red Sox (9, 5–4)
1987Minnesota Twins (5, 2–3)4–3St. Louis Cardinals (15, 9–6)
1988Los Angeles Dodgers (18, 6–12)4–1Oakland Athletics (12, 8–4)
1989Oakland Athletics (13, 9–4)4–0San Francisco Giants (16, 5–11)
1990Cincinnati Reds (9, 5–4)4–0Oakland Athletics (14, 9–5)
1991Minnesota Twins (6, 3–3)4–3Atlanta Braves (5, 2–3)
1992Toronto Blue Jays (1, 1–0)4–2Atlanta Braves (6, 2–4)
1993Toronto Blue Jays (2, 2–0)4–2Philadelphia Phillies (5, 1–4)
1994Tiada Siri Dunia disebabkan mogok pemain Major League Baseball 1994–95.
1995Atlanta Braves (7, 3–4)4–2Cleveland Indians (4, 2–2)
1996New York Yankees (34, 23–11)4–2Atlanta Braves (8, 3–5)
1997Florida Marlins[W] (1, 1–0)4–3Cleveland Indians (5, 2–3)
1998New York Yankees (35, 24–11)4–0San Diego Padres (2, 0–2)
1999New York Yankees (36, 25–11)4–0Atlanta Braves (9, 3–6)
2000New York Yankees (37, 26–11)4–1New York Mets[W] (4, 2–2)
2001Arizona Diamondbacks (1, 1–0)4–3New York Yankees (38, 26–12)
2002Anaheim Angels[W] (1, 1–0)4–3San Francisco Giants[W] (17, 5–12)
2003Florida Marlins[W] (2, 2–0)4–2New York Yankees (39, 26–13)
2004Boston Red Sox[W] (10, 6–4)4–0St. Louis Cardinals (16, 9–7)
2005Chicago White Sox (5, 3–2)4–0Houston Astros[W][L2] (1, 0–1)
2006St. Louis Cardinals (17, 10–7)4–1Detroit Tigers[W] (10, 4–6)
2007Boston Red Sox (11, 7–4)4–0Colorado Rockies[W] (1, 0–1)
2008Philadelphia Phillies (6, 2–4)4–1Tampa Bay Rays (1, 0–1)
2009New York Yankees (40, 27–13)4–2Philadelphia Phillies (7, 2–5)
2010San Francisco Giants (18, 6–12)4–1Texas Rangers (1, 0–1)
2011St. Louis Cardinals[W] (18, 11–7)4–3Texas Rangers (2, 0–2)
2012San Francisco Giants (19, 7–12)4–0Detroit Tigers (11, 4–7)
2013Boston Red Sox (12, 8–4)4–2St. Louis Cardinals (19, 11–8)
2014San Francisco Giants[W] (20, 8–12)4–3Kansas City Royals[W] (3, 1–2)
2015Kansas City Royals (4, 2–2)4–1New York Mets (5, 2–3)
2016Chicago Cubs (11, 3–8)4–3Cleveland Indians (6, 2–4)
2017Houston Astros[L2] (2, 1–1)4–3Los Angeles Dodgers (19, 6–13)
2018Boston Red Sox (13, 9–4)4–1Los Angeles Dodgers (20, 6–14)
2019Washington Nationals[W] (1, 1–0)4–3Houston Astros[L2] (3, 1–2)
2020[CV]Los Angeles Dodgers (21, 7–14)4–2Tampa Bay Rays (2, 0–2)
2021Atlanta Braves (10, 4–6)4–2Houston Astros[L2] (4, 1–3)
2022Houston Astros[L2] (5, 2–3)4–2Philadelphia Phillies[W] (8, 2–6)
Petanda
  • CV Siri Dunia 2020 dan kesemua perlawanan playoff sebelumnya berlangsung di venue neutral dengan kehadiran yang terhad disebabkan pandemik COVID-19.
  • T Siri Dunia 1907, 1912 dan 1922 berakhir seri.
  • V Siri Dunia 1903, 1919, 1920 dan 1921 menggunakan format sembilan terbaik (pasukan juara ditentukan selepas meraih lima kemenangan)
  • W Menandakan pasukan yang layak ke playoff sebagai taraf pasukan wild card (daripada memenangi divisyen).[2]
  • L1 Pasukan Brewers berada di American League dari tahun 1969 sehingga 1997 sebelum mereka berhijrah ke National League.[3]
  • L2 Pasukan Astros berada di National League dari tahun 1962 sehingga 2012 sebelum mereka berhijrah ke American League.

Rekod Siri Dunia mengikut pasukan

Pasukan-pasukan tersebut disusun mengikut bilangan kemenangan, seterusnya bilangan kemunculan dan terakhir ialah tahun kemunculan sulung. Di lajur "Musim", tahun dihitamkan menandakan penampilan yang meraih kemenangan.

KmnclnPasukanMenangKalahMenang %Musim
40New York Yankees2713.6751921, 1922, 1923, 1926, 1927, 1928, 1932, 1936, 1937, 1938, 1939, 1941, 1942, 1943, 1947, 1949, 1950, 1951, 1952, 1953, 1955, 1956, 1957, 1958, 1960, 1961, 1962, 1963, 1964, 1976, 1977, 1978, 1981, 1996, 1998, 1999, 2000, 2001, 2003, 2009
19St. Louis Cardinals118.5791926, 1928, 1930, 1931, 1934, 1942, 1943, 1944, 1946, 1964, 1967, 1968, 1982, 1985, 1987, 2004, 2006, 2011, 2013
14Philadelphia / Kansas City / Oakland Athletics95.6431905, 1910, 1911, 1913, 1914, 1929, 1930, 1931, 1972, 1973, 1974, 1988, 1989, 1990
13Boston Americans / Red Sox94.6921903, 1912, 1915, 1916, 1918, 1946, 1967, 1975, 1986, 2004, 2007, 2013, 2018
20New York / San Francisco Giants812.4001905, 1911, 1912, 1913, 1917, 1921, 1922, 1923, 1924, 1933, 1936, 1937, 1951, 1954, 1962, 1989, 2002, 2010, 2012, 2014
21Brooklyn / Los Angeles Dodgers714.3331916, 1920, 1941, 1947, 1949, 1952, 1953, 1955, 1956, 1959, 1963, 1965, 1966, 1974, 1977, 1978, 1981, 1988, 2017, 2018, 2020
9Cincinnati Reds54.5561919, 1939, 1940, 1961, 1970, 1972, 1975, 1976, 1990
7Pittsburgh Pirates52.7141903, 1909, 1925, 1927, 1960, 1971, 1979
11Detroit Tigers47.3641907, 1908, 1909, 1934, 1935, 1940, 1945, 1968, 1984, 2006, 2012
10Boston / Milwaukee / Atlanta Braves46.4001914, 1948, 1957, 1958, 1991, 1992, 1995, 1996, 1999, 2021
11Chicago Cubs38.2731906, 1907, 1908, 1910, 1918, 1929, 1932, 1935, 1938, 1945, 2016
7St. Louis Browns / Baltimore Orioles34.4291944, 1966, 1969, 1970, 1971, 1979, 1983
6Washington Senators / Minnesota Twins33.5001924, 1925, 1933, 1965, 1987, 1991
5Chicago White Sox32.6001906, 1917, 1919, 1959, 2005
8Philadelphia Phillies26.2501915, 1950, 1980, 1983, 1993, 2008, 2009, 2022
6Cleveland Indians / Guardians24.3331920, 1948, 1954, 1995, 1997, 2016
5Houston Colt .45s / Astros23.4002005, 2017, 2019, 2021, 2022
5New York Mets23.4001969, 1973, 1986, 2000, 2015
4Kansas City Royals22.5001980, 1985, 2014, 2015
2Toronto Blue Jays201.0001992, 1993
2Florida / Miami Marlins201.0001997, 2003
1Arizona Diamondbacks101.0002001
1California / Anaheim / Los Angeles Angels101.0002002
1Montreal Expos / Washington Nationals101.0002019
2San Diego Padres02.0001984, 1998
2Washington Senators / Texas Rangers02.0002010, 2011
2Tampa Bay Devil Rays / Rays02.0002008, 2020
1Seattle Pilots / Milwaukee Brewers01.0001982
1Colorado Rockies01.0002007
0Seattle Mariners00

Catatan

External links

Templat:Siri Dunia