Major League Baseball

Major League Baseball (MLB) ("Liga Utama Besbol" dalam bahasa Inggeris) merupakan liga profesional utama di Amerika Utara. MLB terdiri daripada dua subliga: National League (Liga Negara) serta American League (Liga Amerika) yang terdiri daripada 30 pasukan (29 di Amerika Syarikat dan satu di Kanada).

Major League Baseball
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Major League Baseball musim 2023
SukanBesbol
Ditubuhkan1869
CEOBud Selig[1]
Bil. pasukan30[2]
NegaraAmerika Syarikat (29 pasukan)
Kanada (1 pasukan)
BenuaAmerika Utara
Juara laluSan Francisco Giants (Kejuaraan ketujuh)
Juara terbanyakNew York Yankees (27 kejuaraan)[3]
Rakan kongsi TVNBC Sports Group
MLB Network
Laman web rasmimlb.mlb.com/index.jsp

Musim MLB biasanya bermula pada hari Ahad terakhir bulan April dan berakhir pada hari Ahad pertama bulan Oktober. Setiap pasukan mempunyai 162 perlawanan antara pasukan subliga sendiri serta pasukan luar subliga dalam satu musim. Pascamusim, iaitu peringkat kalah mati, bermula pada Oktober dan berakhir pada November. Peringkat pascamusum melibatkan pasukan-pasukan dalam bahagian sendiri. Peringkat akhir MLB ialah World Series ("Siri Sedunia") yang menentukan juara MLB bagi musim tersebut. World Series dimainkan antara juara National League dan juara American League.

Jadual

Musim MLB terdiri daripada latihan musim bunga (pramusim), musim tetap, perlawanan bintang-bintang terkemuka (All-Star Game) serta peringkat kalah mati (Playoffs) termasuk World Series ("Siri Sedunia").

Latihan musim bunga

Sebelum musim tetap bermula, pasukan-pasukan akan melatih serta mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Pemain-pemain menggunakan tempoh masa ini bersaing untuk kedudukan dalam pasukan. Perlawanan-perlawanan biasanya diadakan di tempat cuaca panas. Tempoh latihan musim bunga adalah kira-kira dua bulan.

Perlawanan bintang-bintang

Perlawanan bintang-bintang terkemuka diadakan pada awal Julai, kira-kira tengah musim. Perlawanan ini dimainkan antara pasukan pemain National League dengan pasukan American League. Subliga yang memenangi perlawanan ini memperoleh hak wakilnya dalam World Series menjadi tuan rumah bagi empat perlawanan (per tujuh).

Pasukan

Rujukan

Pautan luar