TikTok

aplikasi video

TikTok ialah perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance mengkhusus kepada perkongsian video pendek mencakupi tarian, nyanyian segerak bibir, komedi, dan bakat[5] dalam durasi sesingkat 3 saat sehingga ke 10 minit.[6] Aplikasi ini mempunyai versi khusus yang digunakan di Republik Rakyat China bernama Douyin[7] (Cina ringkas: 抖音pinyin: Dǒuyīn) dengan pelayan berasingan di negara tersebut untuk mematuhi sekatan penapisan China.[8] Aplikasi ini dilancarkan pada 2017 untuk iOS dan Android di pasaran di luar China.

TikTok
PembangunByteDance
Pelancaran pertamaSeptember 2016; 7 tahun yang lalu (2016-09)
Keluaran stabil
15.0.4 / 1 Mac 2020
Sistem pengendalianiOS, Android
Saiz308.3 MB (iOS)[1]
55.21 MB (Android)[2]
Terdapat dalam40 bahasa[a][3]
Senarai bahasa
bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dilayan berasingan
JenisPerkongsian video
LesenPerisian hak milik with Syarat Penggunaan
Tapak webtiktok.com

Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia.[9] TikTok ialah aplikasi yang paling dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, aplikasi China pertama untuk mencapai matlamat ini.[10][11] Sehingga 2018, ia boleh didapati di lebih daripada 150 pasaran dan dalam 75 bahasa. Pada Februari 2019, TikTok dan Douyin bersama meraih satu bilion muat turun secara global tidak termasuk pemasangan Android di China.[12] Pada tahun 2019, TikTok diisytiharkan sebagai aplikasi mudah alih ketujuh yang paling dimuat turun pada dekad 2010-an, iaitu dari tahun 2010 hingga 2019.[13]

Kontroversi

Pada Jun 2020, pihak kerajaan India telah mengharamkan aplikasi ini serta sekumpulan aplikasi China yang lain akibat kemerosotan hubungan China-India berkikutan insiden pertembungan China-India di sempadan Garis Kawalan Sebenar pada bulan itu.[14] Pengharaman ini juga disusuli dengan penurunan penerimaan TikTok di India seiring dengan seruan pemboikotan barangan-barangan China di situ.[15]

Pada bulan tersebut juga, aplikasi tersebut terbongkar memperoleh capaian kepada maklumat pengguna secara sulit setelah dibongkar oleh sistem beta versi terbaharu iOS pada masa itu, iOS 14 yang memberikan notifikasi apabila sesebuah aplikasi memperoleh capaian sedemikian.[15] Pihak TikTok telah mengemaskinikan aplikasi dan dilaporkan tidak lagi mengakses maklumat sebegitu.[15]

Nota

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar