Sultan Brunei

Raja pemerintah Brunei

Sultan Brunei ialah ketua negara beraja Brunei dan ketua kerajaan dengan jawatan sebagai perdana menteri Brunei.[1] Sejak kemerdekaan daripada British pada 1984, hanya seorang sultan menaiki takhta, walaupun institusi diraja bermula sejak abad ke-14.[2]

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam
Penjawat kini
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
sejak 5 Oktober 1967
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

PewarisTakhta Pertama Kesultanan Brunei Darussalam

Pengiran Muda
'Abdul Muntaqim ibni Pengiran
Muda Mahkota
Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah

Pewaris Takhta Kedua Kesultanan Brunei Darussalam

Pengiran Muda Muhammad Aiman
ibni Pengiran
Muda Mahkota
Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah

PewarisTakhta Ketiga
Kesultanan Brunei Darussalam
Raja pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan1363; 661 tahun yang lalu (1363)
PersemayamanIstana Nurul Iman

Sultan Brunei boleh dianggap bersamaan dengan Wangsa Bolkiah, dengan leluhurnya telah dijejak dari sultan pertama, Sultan Muhammad Shah, kecuali terganggu seketika dengan kemahkotaan sultan ke-13, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang kemudiannya digulingkan kembali oleh Wangsa Bolkiah. Gelaran rasmi Sultan Brunei ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.[1]

Senarai sultan

No.GambarNamaNaik takhtaTurun takhtaCatatan
1Sultan Muhammad Shah / Awang Alak Betatar1363[3] atau 13681402Menubuhkan kesultanan.[3]
2Sultan Abdul Majid Hassan / Maharaja Karna14021408Mangkat di Nanjing, China.
3Sultan Ahmad / Awang Pateh Berbai14081425
4Sultan Sharif Ali / Sultan Berkat14251432Sebelum ini pernah menjadi Syarif Mekah bagi Kesultanan Mamluk dan tidak mempunyai hubungan keturunan secara langsung dengan penyandang sebelumnya, tetapi dipilih kerana menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan kefaqihan dalam Islam.
5Sultan Sulaiman14321485Anakanda Sultan sebelumnya, Sharif Ali. Turun takhta bagi membolehkan anakandanya Bolkiah menjadi sultan.
6
Sultan Bolkiah / Nakhoda Ragam14851524Anakanda sultan sebelumnya, dan menjadi Sultan pertama yang menggunakan meriam semasa pemerintahannya.
7Sultan Abdul Kahar15241530Anakanda sultan sebelumnya
8Sultan Saiful Rijal15331581Anak saudara dan anak angkat sultan sebelumnya. Perang Kastila tercetus antara Brunei dan Sepanyol.
9Sultan Shah Berunai15811582Putera sulung sultan sebelumnya
10Sultan Muhammad Hasan15821598Adinda sultan sebelumnya
11Sultan Abdul Jalilul Akbar15981659Anakanda sultan sebelumnya
12Sultan Abdul Jalilul Jabbar16591660Anakanda sultan sebelumnya
13Sultan Muhammad Ali16601661Anakan Sultan Muhammad Hassan. Dikujut oleh penggantinya, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang mencetuskan Perang Saudara Brunei.
14Sultan Abdul Hakkul Mubin16601673Memulakan Perang Sudara Brunei dengan membunuh penyandang jawatan, Sultan Muhammad Ali dan kemudian dibunuh oleh Sultan Muhyiddin yang menggantikannya sebagai Sultan.
15Sultan Muhyiddin16731690Putera Sultan Abdul Jalilul Akbar yang membalas dendam atas kematian bapa mentuanya Sultan Muhammad Ali dengan membunuh Sultan Abdul Hakkul Mubin, dan mengakhiri Perang Saudara. Baginda juga membeli serbuk letupan dari Kesultanan Jambi semasa Perang Saudara.
16Sultan Nasruddin16901710Cucunda Sultan Abdul Jalilul Akbar.
17Sultan Husin Kamaluddin17101730Pemerintahan pertama.
18Sultan Muhammad Alauddin17301737Mengarahkan Datu Imam Yaakub untuk menulis Salsilah Raja-Raja Berunai.
(17)Sultan Husin Kamaluddin17371740Pemerintahan kali kedua.
19Sultan Omar Ali Saifuddien I17401778
20Sultan Muhammad Tajuddin17781807Mengarahkan Khatib Abdul Latif untuk mengukir Batu Tarsilah.
21Sultan Muhammad Jamalul Alam I18041804
22Muhammad Kanzul Alam18071826
23Sultan Muhammad Alam18261828
24 Sultan Omar Ali Saifuddin II18281852Brunei menyerahkan beberapa wilayah Sarawakkepada James Brooke. Brunei menyerahkan Labuan kepada British.
25 Sultan Abdul Momin185229 Mei 1885Brunei menyerahkan bahagian barat laut Borneo kepada British. Pengisytiharan Amanat berlaku pada 1884 yang menjadi ikrar tidak akan menyerahkan lebih banyak wilayah Brunei kepada kuasa asing.
26 Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin29 Mei 188510 Mei 1906United Kingdom menubuhkan negeri naungan di Brunei pada 1888.
27 Sultan Muhammad Jamalul Alam II10 Mei 190611 September 1924Penularan wabak malaria meragut nyawanya serta tiga ahli keluarganya.
28 Sultan Ahmad Tajuddin11 September 19244 Jun 1950Pendudukan Jepun ke atas Brunei berlaku.
29 Sultan Omar Ali Saifuddien III4 Jun 19505 Oktober 1967Menandatangani Perlembagaan Negara Brunei 1959. Turun takhta secara sukarela bagi memberi laluan kepada anakandanya naik takhta. Menjadi Menteri Pertahanan Brunei pertama selepas kemerdekaan pada 1984.
30 Sultan Hassanal Bolkiah5 Oktober 1967PenyandangBrunei memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1984.

Rujukan