Takwim suria Thai

ร.ศ.๑

Takwim suria Thai (Bahasa Thai: ปฏิทินสุริยคติ patithin suriyakhati) ialah pentarikhan rasmi Thailand. Ia mula digunapakai Raja Chulalongkorn (Rama V) pada tahun 1888 Masihi menggantikan takwim qamari yang sedia ada pada ketika itu.

Potongan suatu kalendar menunjukkan tarikh mengikut takwim Gregorius di bawah (bertulisan Rumi) dan takwim Thai di atas (bertulisan Thai).

Tahun semasa dikira 543 tahun awal dari takwim hitungan Gregorius di mana tahun pertama dikira mula dari tarikh yang dianggap meninggalnya Gautama Buddha pada 11 Mac 543 SM, tahun ini ditandakan sedemikian sebagai "Tahun Buddha" atau Phutthasakkarat (พุทธศักราช, dipendekkan sebagai พ.)

Perkembangan

Pada awalnya, masyarakat Siam menggunakan perkiraan hari berdasarkan takwim Burma dari mulanya pemujaan Siddharta Gautama Buddha,[1] pentarikhan ini diberi nama ศักราช sakarat.

Raja Chulalongkorn menitahkan pengiraan tahun baharu dalam suatu zaman yang diperkenalkan sebagai Zaman Rattanakosin (รัตนโกสินทรศก Rattanakosin Sok, dipendekkan jadi ร.ศ.) pada 1889 tahun Masihi, di mana tarikh mulanya zaman ini dikira dari naiknya takhta Raja Rama I memulakan dinastinya serta penubuhan kota Bangkok sebagai kota diraja baharu (pada 6 April 1782 TM).

Perubahan terakhir kepada takwim ini ditetapkan oleh Perdana Menteri Thailand, Luang Phibunsongkhram dengan suatu perintah dikeluarkan pada 6 September 1940[2] mengumumkan bahawa tanggal 1 Januari 1941 menjadi tarikh permulaan Tahun Buddha 2484 selari dengan jalannya takwim Masihi. Hal ini menyingkatkan tempoh tahun Buddha 2483 yang sedang berlangsung menjadi hanya 9 bulan yakni 3 bulan lebih pendek dari tempoh setahun yang biasa:

Bulan1–34–67–910–121–34–67–910–121–34–67–910–121–34–67–910–12
TM1939194019411942
TB24812482248324842485
Bulan Thai10–121–34–67–910–121–34–67–91–34–67–910–121–34–67–910–12

Meskipun tahun baharu rasmi sudah selari dengan tahun baharu Barat, keraian Songkran masih dikekalkan lagi-lagi dengan suatu tarikh tetap pada 13 April.[3] Kedua-dua Tahun Baru Barat dan Tahun Baru Thai disambut sebagai cuti am rasmi di Thailand.

Penghitungan

Tahun baru takwim ini pada awalnya dikira bersamaan dengan penampakan Matahari melintasi kedudukan buruj Hamal di langit, hari ini juga menandakan perayaan Songkran. Sebagai contoh, buruj Hamal mula ternampak pada 11 April pada tahun 1822;[4] maka Raja Vajiravudh memindahkan hari pertama pada 1 April 2455 TB, 1912 TM lalu 130 Tahun Rattanakosin hanya selama 356 hari dari 11 April 1911 hingga 31 Mac 1912.

Bulan takwim

Nama bulan berasal dari nama tanda-tanda zodiak yang diketahui dalam astrologi Hindu:

Nama BaratNama Thai (dengan perumian)KependekanNama Melayu[5]Kata dasar dan maksudTanda zodiak
Januariมกราคม
mákàraa/mókkrara-khom
ม. ค.Makarakom
Jawi: مكراكوم
makara
"raksasa laut"
Kambing Duyung/
Capricornus
Februariกุมภาพันธ์
kumphaa-phan
ก. พ.Kumpapan
Jawi: كومڤاڤن
kumbha
"kendi, periuk air"
Timba/
Aquarius
Macมีนาคม
miinaa-khom
มี. ค.Minakom
Jawi: ميناكوم
mīna
"(sejenis ikan)"
Ikan/
Pisces
Aprilเมษายน
meesaǎ-yon
เม. ย.Misayon
Jawi: ميسايون
meṣa
"bebiri"
Bebiri/
Aries
Meiพฤษภาคม
phrɯ́tsaphaa-khom
พ. ค.Persepakom
Jawi: ڤرسڤاكوم
vṛṣabha
"lembu"
Jantan/
Taurus
Junมิถุนายน
míthùnaa-yon
มิ. ย.Mitunayon
Jawi: ‫ميتونايون
mithuna
"sepasang"
Kembar/
Gemini
Julaiกรกฎาคม
kàrákàdaa-khom
ก. ค.Karakadakom
Jawi: كاراكاداكوم
karkaṭa
"ketam"
Ketam/
Cancer
Ogosสิงหาคม
sǐnghǎa-khom
ส. ค.Singhakom
Jawi: سيڠهاكوم
sinha
"singa"
Singa/
Leo
Septemberกันยายน
kanyaa-yon
ก. ย.Kanyayon
Jawi: كنيايون
kanyā
"gadis"
Perawan/
Virgo
Oktoberตุลาคม
tùlaa-khom
ต. ค.Tulakom
Jawi: تولاكوم
tulā
"dacing"
Penimbang/
Libra
Novemberพฤศจิกายน
phrɯ́tsacìkaa-yon
พ. ย.Persecikayon
Jawi: ڤرسچيكايون
vṛścika
"kala jengking"
Kala/
Scorpio
Disemberธันวาคม
thanwaa-khom
ธ. ค.Tanwakom
Jawi: تنواكوم
dhanu
"busur"
Pemanah/
Sagitarius

Nama-nama bulan ini berhujung imbuhan berbeza mengikut bilangan hari:

  • bulan tiga puluh hari berimbuhan -ayon (-ายน) menyerap perkataan bahasa Sanskrit आयन āyana "ketibaan"
  • bulan 31 hari berimbuhan -akhom (-าคม), dari आगम āgama bermaksud sama
  • bulan kedua berimbuhan -phan (-พันธ์) menyerap perkataan बनंध bandha "terikat".

Hari dan perlambangan sewaktu

Setiap hari dalam satu minggu diberi warna tersendiri mengikut kepercayaan masyarakat Thai.

HariNama
bahasa Thai
Dewa dan bintang
berkaitan
Warna
Takrifan amTakrifan Sawatdiraksa (สวัสดิรักษา)
Ahadวันอาทิตย์ Wan ĀthitAditya (Matahari)Merah (สีแดง, sĕe-daeng)
Isninวันจันทร์ Wan ChanChandra (Bulan)Kuning (สีเหลือง, sĕe-lĕuang)Putih gading (สีนวลขาว, sĕe-nuankăaw)
Selasaวันอังคาร Wan AngkhānMangala (Marikh)Merah jambu (สีชมพู, sĕe-champu)Biru nila (สีม่วงคราม, sĕe-mûangkraam)
Rabuวันพุธ Wan PhutBudha (Utarid)Hijau (สีเขียว, sĕe-kĭeaw)Jingga kemerahan (สีแสด, sĕe-sàet)
Khamisวันพฤหัสบดี
Wan Phruehatsabodi
Bṛhaspati
(Musytari)
Jingga (สีส้ม, sĕe-sôm)Hijau kuning
(สีเขียวปนเหลือง, sĕe-kĭeaupanlĕuang)
Jumaatวันศุกร์ Wan SukShukra (Zuhrah)Biru langit (สีฟ้า, sĕe-fáa)Putih awan (สีเมฆ, sĕe-mek)
Sabtuวันเสาร์ Wan SaoShani (Zuhal)Ungu (สีม่วง, sĕe-mûang)Hitam (สีดำ, sĕe-dam)

Lihat juga

  • Takwim Buddha
  • Takwim qamari Thai

Rujukan

Pautan luar