Zodiak

Dari sudut astronomi, zodiak atau rasi (Jawi: راسي serapan Sanskrit: राशि, rumi: rāśi) dikatakan terdiri daripada gugusan bintang yang terletak sepanjang laluan edaran tampak matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tand

Zodiak sebagai kalendar

Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus dalam lingkaran zodiak.

Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:

  • Aries (♈︎ ♈️): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (♉︎ ♉️): Lembu jantan.
  • Gemini (♊︎ ♊️): Si kembar.
  • Cancer (♋︎ ♋️): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (♌︎ ♌️): Singa.
  • Virgo (♍︎ ♍️): Perawan.
  • Libra (♎︎ ♎️): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (♏︎ ♏️): Kala jengking.
  • Sagittarius (♐︎ ♐️): Sentora si pemanah.
  • Capricorn (♑︎ ♑️): Kambing laut– musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (♒︎ ♒️): Pembawa air.
  • Pisces (♓︎ ♓️): Ikan.

Jadual tarikh zodiak

Tanda-tanda zodiak seperti yang ditunjukkan dalam ukiran kayu pada abad yang ke-16.

Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).

LambangBuruj
NamaSimbolNama Lama MelayuNama ArabZodiak Tropika
(2024, UTC)
Zodiak Sidereal
(2024, UTC)[1]
NamaHad IAU[2]Pancaran SolarBintang tercerah
Aries Hamal
حمل
حمل20 Mac – 20 April14 April – 7 MeiAries19 April – 13 Mei25 hariHamal
Taurus Thaur
ثاور
ثور20 April – 21 Mei14 Mei – 7 JunTaurus14 Mei – 19 Jun37 hariAldebaran
Gemini Jauza
جوزاء
جوزاء21 Mei – 21 Jun14 Jun – 7 JulaiGemini20 Jun – 20 Julai31 hariPollux
Cancer Sartan
سرطن
سطان21 Jun – 22 July14 July – 6 OgosCancer21 Julai – 9 Ogos20 hariAl Tarf
Leo Asad
أسد
أسد22 July – 23 Ogos14 Ogos – 7 SeptemberLeo10 Ogos – 15 September37 hariRegulus
Virgo Sumbulat
سونبولت
سنبلة23 Ogos – 23 September13 September – 6 OktoberVirgo16 September – 30 Oktober45 hariSpica
Libra Mizan
ميزن
ميزان23 September – 23 Oktober13 Oktober – 7 NovemberLibra31 Oktober – 22 November23 hariZubeneschamali
Scorpio Akrab/Kala
كالا
عقرب23 Oktober – 22 November13 November – 6 DisemberScorpius23 November – 29 November7 hariAntares
Ophiuchus diabaikan oleh ahli astrologiOphiuchus30 November – 17 Disember18 hariRasalhague
Sagittarius Kaus
قوس
قوس22 November – 22 Disember13 Disember – 6 JanuariSagittarius18 Disember – 18 Januari32 hariKaus Australis
Capricorn Jadi
جادي
جدي22 Disember – 20 Januari13 Januari – 8 FebruariCapricornus19 Januari – 15 Februari28 hariDeneb Algedi
Aquarius Dalwu
دالوو
دلو20 Januari – 18 Februari12 Februari – 7 MacAquarius16 Februari – 11 Mac24 hariSadalsuud
Pisces Hut
حوت
حوت18 Februari – 20 Mac15 Mac – 8 AprilPisces12 Mac – 18 April38 hariEta Piscium

Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.

Rujukan

Pautan luar