Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2018

Januari

  • Mata wang Ouguiya yang baru diperkenalkan di Mauritania.
  • Lantai mezanin di Gedung II Bursa Saham Indonesia runtuh, menyebabkan puluhan orang mengalami kecederaan teruk.
  • Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas banjir lumpur melanda kawasan Montecito, California.
  • Kapal tangki minyak MV Sanchi karam dan 32 anak kapal hilang, lapan hari selepas berlanggar dengan kapal lain.
  • Perdana Menteri Romania, Mihai Tudose meletakkan jawatan setelah sokongan ke atas beliau ditarik balik.
  • Kebakaran bas di wilayah Aktobe, Kazakhstan, membunuh sekurang-kurangnya 52 orang.
  • Satu serangan ke atas sebuah hotel di Kabul, Afghanistan, membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dan mencederakan lebih daripada 20 orang yang lain.
  • Turki memulakan serangan ketenteraan terhadap tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat di Syria.
  • Russell M. Nelson dilantik sebagai Presiden Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
  • Roket Electron milik Rocket Lab menjadi roket pertama untuk mencapai orbit menggunakan enjin pam elektrik
  • Di Miryang, Korea Selatan, sebuah hospital musnah dalam satu kebakaran dan membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dan mencederakan lebih daripada 130 orang lain.
  • Para saintis China mengumumkan penciptaan dua ekor monyet klon menggunakan teknik SCNT.
  • George Weah dipilih sebagai Presiden Liberia ke-25, selepas memenangi majoriti dalam pusingan kedua pilihan raya umum.
  • Di Yaman, kumpulan pemisah yang dipimpin oleh Majlis Peralihan Selatan merampas bangunan kerajaan di Aden dari Presiden Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi.
  • Miloš Zeman dipilih semula untuk penggal kedua dalam pilihan raya presiden Czech.


Februari


Mac

  • Serangan di beberapa lokasi di Ouagadougou, Burkina Faso menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 50 orang lagi tercedera.
  • Sekurang-kurangnya 26 maut dalam satu kebakaran di pusat pemulihan dadah di Baku, Azerbaijan.
  • Satu kebakaran berlaku di balai polis di Valencia, Venezuela, membunuh sekurang-kurangnya 69 orang.


April


Mei

  • Letusan gunung berapi Kīlauea dan gempa bumi susulannya di Hawaii, memaksa hampir 2 ribu penduduk untuk berpindah.


Jun

Julai

Ogos

September

Oktober


November

  • Serpihan bangkai kapal selam Argentinia, San Juan (gambar), yang mana hilang pada bulan November 2017, dijumpai di Atlantik Selatan.
  • Portrait of an Artist (Pool with Two Figures) karya David Hockney dijual lebih daripada AS$90 juta, harga tertinggi bagi sebuah karya yang pelukisnya masih hidup dalam satu lelongan.
  • Persidangan Agung berkenaan Timbangan dan Sukatan mengesahkan definasi baharu bagi unit kilogram, ampere, kelvin dan mol.
  • Dalam satu suasana krisis perlembagaan, Mahkamah Agung Sri Lanka menghentikan satu percubaan oleh Presiden Maithripala Sirisena untuk membubarkan parlimen.
  • Dalam satu pungutan suara, New Caledonia mengundi untuk tidak merdeka daripada Perancis.


Disember

  • Seramai 11 maut termasuk lima tebusan dalam rompakan bank di bandar Milagres, Rio de Janeiro, Brazil.
  • Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran diteruskan di Jepun bagi mencari lima askar marin Amerika Syarikat (AS) selepas dua pesawat negara ini bersama tujuh orang krew berlanggar dan terhempas di perairan Jepun
  • Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Ritcher menggegarkan Anchorage, Alaska, mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri ke jalan raya dan merosakkan bangunan di bandar terbesar Alaska itu.
  • Dua pemimpin pemisah Catalonia, Jordi Sanchez dan Jordi Turull yang kini ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan mereka selesai melancarkan mogok lapar sebagai tunjuk perasaan terhadap layanan yang diberikan oleh mahkamah Sepanyol.
  • Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala richter berlaku di Kepulauan Tanimbar, Indonesia.
  • Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush meninggal dunia pada usia 94 tahun.
  • Bencana tsunami melanda Selat Sunda menyebabkan sekurang-kurangnya 437 orang terkorban bersama-sama 14,059 yang lain tercedera.