The Legend of Zelda: Ocarina of Time

The Legend of Zelda: Ocarina of Time (Jepun: ゼルダの伝説 時のオカリナ, Hepburn: Zeruda no Densetsu: Toki no Okarina) ialah permainan video aksi-pengembaraan yang dibangunkan oleh bahagian Analisis dan Pembangunan Hiburan Nintendo untuk konsol permainan video Nintendo 64. Ia dikeluarkan di Jepun pada 21 November 1998; di Amerika Utara pada 23 November 1998; dan di Eropah pada 11 Disember 1998. Permainan ini pada asalnya dibangunkan untuk perkakas persisian Nintendo 64DD,[11] tetapi sebaliknya dikeluarkan dalam bentuk kartrij 256 megabit (32 megabait), yang ketika itu merupakan kartrij berkapasiti paling besar yang dihasilkan Nintendo. Ocarina of Time ialah permainan kelima dalam siri The Legend of Zelda, dan merupakan yang pertama menggunakan grafik 3D. Ia disusuli 18 bulan kemudian selepas pengeluarannya oleh sebuah sekuel terus, The Legend of Zelda: Majora's Mask.

The Legend of Zelda:
Ocarina of Time
Pedang dan perisai yang bercorak tiga segi tiga Triforce dan gencana Hyrule yang berbentuk seperti burung, berada di belakang tajuk permainan ini.
Gambar kotak Amerika Utara
PembangunNintendo EAD
PenerbitNintendo
PengarahShigeru Miyamoto[1]
PengeluarShigeru Miyamoto
PerekaShigeru Miyamoto
Yoichi Yamada
Eiji Aonuma (rekaan kurungan)[2]
Yoshiaki Koizumi
ArtisYusuke Nakano
PenulisShigeru Miyamoto[3][4]
Toru Osawa
Yoshiaki Koizumi[5][6]
KomposerKoji Kondo
SiriThe Legend of Zelda
PlatformNintendo 64, GameCube, iQue Player, Virtual Console (Wii)
Pelepasan
21 November 1998
  • Nintendo 64

            GameCube

                  iQue Player

                  • CHN: November 2003

                  Virtual Console

                      GenreAksi-pengembaraan
                      ModPemain tunggal

                      Dalam Ocarina of Time, pemain mengawal watak protagonis, Link, dalam dunia Hyrule. Link memulakan kembaranya untuk menghentikan Ganondorf, Raja puak Gerudo, daripada memperoleh Triforce, sebuah relik suci yang mampu menunaikan permintaan pemegangnya. Link menjelajah melalui masa dan melepasi pelbagai kurungan (dungeons) untuk membangkitkan pendeta-pendeta yang berkuasa mengurung Ganondorf selama-lamanya. Muzik memainkan perana penting dalam permainan ini—untuk maju, pemain perlu mempelajari dan memainkan beberapa lagu menggunakan okarina. Permainan ini bertanggungjawab dalam meningkatkan minat dan jualan alat muzik itu sendiri.[12]

                      Permainan ini menerima kritikan yang teramat positif. Mekanik permainan Ocarina of Time memperkenalkan ciri-ciri seperti sistem kunci sasaran dan butang-butang yang bertukar fungsi mengikut konteks yang sejak itu menjadi kebiasaan dalam permainan pengembaraan 3D.[13][14] Di Jepun, ia terjual sebanyak 820,000 cetakan pada tahun 1998, menjadikannya permainan kesepuluh paling laris dijual tahun itu.[15] Sepanjang hayatnya, Ocarina of Time terjual sebanyak 1.14 juta salinan di Jepun,[16] dan hampir 7.6 juta salinan di seluruh dunia.[17] Permainan ini memenangi Hadiah Utama dalam bahagian Seni Interaktif di Festival Seni Media Jepun,[18] dan memenangi enam kehormatan dalam Anugerah Pencapaian Interaktif Tahunan ke-2.[19] Ia kini merupakan permainan berkadar tertinggi di laman mengumpul ulasan Metacritic, dengan markah 99/100; pada 2008 dan 2010, Rekod Dunia Guinness menyenaraikan Ocarina of Time sebagai permainan berkadar tertinggi pernah diulas.[20] Penerimaan positif terhadap permainan ini kekal sejak ia dikeluarkan, dan ia kini dianggap oleh ramai pengkritik dan pemain permainan video sebagai permainan video terhebat sepanjang masa.[a]

                      Ocarina of Time telah memiliki empat keluaran semula utama. Ia dialih secara asli ke GameCube bersama-sama Ocarina of Time Master Quest (yang memiliki kurungan-kurungan yang direka semula dengan teka-teki (puzzles) baru, dan ke The Legend of Zelda: Collector's Edition sebagai alihan terus. Ia juga dialih ke iQue Player pada 2003, dan ke perkhidmatan Virtual Console Wii pada 2007. Keluaran-keluaran semula ini diterima dengan baik: meskipun sesetengah pengkritik menganggap permainan yang secara relatifnya tidak berubah ini lapuk,[32][33] pengkritik-pengkritik lain merasakan bahawa permainan ini telah bertahan kualitinya dengan baik selama ini.[34][35] Akhir sekali, keluaran tertingkat 3DS telah dikeluarkan pada 2011; ia sekali lagi mengandungi Master Quest dengan kurungan-kurungan tersusun semula (yang tidak terdapat dalam versi Wii dan iQue), dan juga grafik yang telah dikemas kini serta kesan 3D.

                      Nota

                      Rujukan

                      🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno