Tokek

Tokek (Jawi: توكيق ; nama saintifik: Gekko gecko) adalah sejenis cicak dalam keluarga Gekkonidae[3][4] yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat. Ia hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing dalam hutan hujan tropika.

Tokek
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Sauria
Keluarga:
Gekkonidae
Genus:
Gekko
Spesies:
G. gecko
Nama binomial
Gekko gecko
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Lacerta gecko Linnaeus, 1758

Penamaan

Nama tokek datang daripada mendengarkan bunyi dihasilkan oleh haiwan jantan spesies ini.[5][6]:120[7]:253

Habitat

Cicak tokek mudah membiasakan diri dengan suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah diterokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhir tahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Dalam bahasa Inggeris ia lebih dikenali sebagai 'Tokay Gecko, juga dikenali sebagai Tuko atau Toko di Filipina, Tokek di Malaysia, Indonesia, dan Jawa. Orang Vietnam pula memanggilnya tắc kè.

Ciri-ciri

Cicak ini dapat dikenalpasti dari alunan vokalnya. Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini kerana saiznya yang agak besar, warna kulitnya yang agak pelik dan unik manakala jarinya pula dianggap boleh menyirat kulit manusia yang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebanyakan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan serangga yang berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Panggilan

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Tokek terkenal dengan nada bunyinya yang kuat, seakan-akan bunyi burung gagak, tetapi nadanya lebih kepada berbentuk seperti menyebut perkataan token, gekk-gekk atau Poo-Kay, dimana secara saintifiknya dalam bidang Onomatopoiea diambil dari perkataan bahasa Melayu, bahasa Sunda, bahasa Thai, Tagalog dan bahasa Jawa. Cicak ini adalah dari famili Gekkonidae dan dari sinilah istilah generik gecko berasal.

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno