Squamata

Squamata atau reptilia bersisik merupakan order reptilia yang terbesar pada masa kini, merangkumi biawak dan ular. Ahli-ahlinya dibezakan dengan kulitnya yang dilitupi dengan sisik atau perisai yang keras dan berkematu. Squamata juga memiliki tulang kuadrat boleh gerak yang membolehkannya menggerakkan rahang atas bersangkutan dengan tempurung otak. Ciri ini paling nyata bagi ular yang mampu membuka mulutnya luas-luas untuk menelan mangsa yang lebih besar. Squamata juga merupakan order reptilia yang paling pelbagai saiz, dari sekecil cicak kerdil (Sphaerodactylus ariasae) pada 16 mm (0.63 in) hingga sebesar anakonda hijau (Eunectes murinus) pada 6.6 m (22 ka) mahupun mosasaur yang kini pupus tetapi pernah menjangkau kepanjangan 14 m (46 ka).

Reptilia bersisik
Julat zaman: Awal Jurasik-kini, 199–0 Ma
Tiliqua scincoides scincoides
Pengelasan saintifik e
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Squamata
Spesies:
S. 
Nama binomial
Squamata
Suborder

rujuk teks

hitam: taburan Squamata

Pengelasan

Iguana gurun dari Kawah Amboy, Gurun Mojave, California

Asalnya, order ini dibahagikan kepada tiga suborder:

Suborder Lacertilia merupakan sebuah kumpulan parafili (kerana "biawak" tidak merangkumi subklad ular). Dalam pengelasan terkini, nama Sauria diguna pakai untuk reptilia dan burung secara umum, maka Squamata dibahagikan secara berbeza:

  • Suborder Iguania – (agamid, sesumpah, iguana dan cicak Dunia Baru lain)
  • Suborder Scleroglossa
    • Infraorder Anguimorpha – (biawak, geriang hila, cicak aligator, dsb.)
    • Infraorder Amphisbaenia – cicak ulat
    • Infraorder Gekkota – (cicak)
    • Infraorder Scincomorpha – (skink dan biawak Eropah)
    • Infraorder Serpentes – (ular)

Hubungan antara suborder-suborder masih tidak jelas, namun hasil penyelidikan terkini[1] berhujah bahawa sesetengah famili mungkin membentuk klad bisa andaian yang merangkumi sebilangan besar (hampir 60%) spesies skuamatas, iaitu Toxicofera, yang menggabungkan kumpulan-kumpulan yang berikut dari pengelasan tradisional[1]:

  • Suborder Serpentes (ular)
  • Suborder Iguania (agamid, bengkarung, iguana, dsb.)
  • Infraorder Anguimorpha, terdiri daripada:
    • Famili Varanidae (biawak, termasuk biawak komodo)
    • Famili Anguidae (biawak buaya, biawak kaca, dsb.)
    • Famili Helodermatidae (biawak Gila dan biawak bermanik Mexico)

Rujukan

Pautan luar