Tokyo Skytree

(Dilencongkan dari Tokyo Sky Tree)

Tokyo Skytree (Jepun: 東京スカイツリー, Hepburn: Tōkyō Sukaitsurī), sebelum ini dikenali sebagai New Tokyo Tower (Jepun: 新東京タワー, Hepburn: Shin Tōkyō Tawā), ialah sebatang menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010[1] dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meter (2,080 ka) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia[2][3] dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012.[4]

Tokyo Skytree
توکيو سکايتري
東京スカイツリー
Tokyo Sky Tree, Mei 2012
Map
Maklumat umum
StatusSiap
JenisMenara penyiaran, restoran dan cerapan
LokasiSumida, Tokyo, Jepun
Pembinaan bermula14 Julai 2008
Disiapkan pada
29 Februari 2012
Pembukaan22 Mei 2012
Pembiayaan40 bilion JPY (440 juta USD)
PemilikTobu Tower Sky Tree Co., Ltd.
Maklumat ketinggian
Tinggi634.0 m (2,080 ka)
Menara antena634.0 m (2,080 ka)
Bumbung495.0 m (1,624 ka)
Tingkat teratas450.0 m (1,476 ka)
Butiran teknikal
Lif/mesin pengangkat
13
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekNikken Sekkei
PemajuTobu Railway
Kontraktor utamaObayashi Corp.
Laman sesawang
www.tokyo-skytree.jp/english/

Reka bentuk

Reka bentuk Tokyo Sky Tree diperkenalkan pada 24 November 2006, berdasarkan tiga konsep yang berikut:

  • Gabungan reka bentuk futuristik dan keindahan tradisional Jepun
  • Pemangkin pencergasan semula kota
  • Sumbangan kepada pencegahan bencana "Keselamatan dan Ketenteraman"

Tapak menara ini berstruktur serupa dengan "tripod"; dari paras tinggi 350 m (1,150 ka) ke atas, struktur menara berbentuk silinder.

Di paras 350 m (1,150 ka) dan 450 m (1,480 ka) terletaknya balai cerap.

Kalis gempa bumi

Tokyo Sky Tree dilengkapi dengan pengalisan gempa bumi yang canggih sekali, terdiri daripada syaf tengah yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat. Tiang dalaman utamanya dipasangkan pada struktur menara luaran pada paras 125 meter (410 ka) dari tanah. Dari situ sehingga paras 375 meter (1,230 ka), tiang tersebut dipasangkan pada rangka menara dengan peredam minyak yang bertindak sebagai penambat sewaktu gempa bumi. Menurut para pereka, peredam-peredam ini boleh menyerap 50 peratus tenaga dari gempa bumi.[5]

Warna

Kekisi luaran diberi warna yang secara rasminya bergelar "Sky Tree White", iaitu warna asli yang berdasarkan sejenis warna tradisional Jepun yang putih kebiruan, iaitu aijiro (Jepun: 藍白).[6]

Pencahayaan

Reka bentuk pencahayaan menara disiarkan pada 16 Oktober 2009. Dua corak pencahayaan berbeza (biru langit dan ungu) digunakan secara bersilih ganti setiap hari. Menara ini dicahayakan dengan lampu-lampu LED.

Penyiaran

Tokyo Sky Tree akan digunakan sebagai menara komunikasi untuk pelbagai media oleh pelbagai syarikat.

Penyiar televisyen

SaluranNama saluranPengenalKuasa isyaratLiputan
1
NHK General TV / NHK G (GTV)JOAK-DTV10 kWKantō (kecuali Wilayah Ibaraki)
2
NHK Educational TV / NHK E (ETV)JOAB-DTVSeluruh Jepun
4
Nippon Television / Nittele (NTV)JOAX-DTVSeluruh Kantō
5
TV Asahi / Tele-Asa (EX)JOEX-DTV
6
TBSJORX-DTV
7
TV Tokyo / Teleto (TX)JOTX-DTV
8
Fuji Television (CX)JOCX-DTV
9
Tokyo Metropolitan Television / Tokyo MXJOMX-DTV3 kWTokyo

Penyiar radio FM

FrekuensiNama stesenPengenalKuasa isyaratLiputan
81.3 MHzJ-WaveJOAV-FM44 kWTokyo
82.5 MHzNHK Tokyo FMJOAK-FM

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar