Burj Khalifa

pencakar langit di Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Burj Khalifa
Pencakar langit Burj Khalifa
Maklumat
LokasiDubai, Emiriah Arab Bersatu
StatusSiap dibina
Tempoh pembinaan2004 – 2009
KegunaanPelbagai
Dibuka4 Januari 2010[1]
Musnah 
Ketinggian
Antena/Puncak828 m (2,717 ka)[2]
Bumbung808 m (2651 ka)
Tingkat atas 
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat160 tingkat boleh diduduki[3]
Keluasan tingkat334,000 m2 (3,595,100 ka2)
Bilangan lif 
KosAS$1.5 bilion[4]
Syarikat-syarikat
ArkitekSkidmore, Owings dan Merrill
JuruteraBill Baker di SOM[5]
KontraktorUsahasama Samsung C&T, Besix; dan Arabtec
Jurutera Penasihat Penyeliaan & Jurubina Rekod Hyder Consulting
Pengurus Projek Pembinaan Turner Construction
Grocon[6]
Perancangan Bauer AG dan Middle East Foundations[6]
Kontraktor lif Otis[6]
Penasihat VT Lerch Bates[6]
PemajuEmaar
Pemilik 

Burj Khalifa (Arab: برج خليفة "Menara Khalifa"),[2] dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang ditubuhkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka).[2] Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.[1][7] Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.[8] Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.[8][9]

Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,[10] kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.[11] Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.

Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.[12] Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).[13]

Ketinggian

Garis masa

  • Januari 2004: Penggalian dimulakan.[14]
  • Februari 2004: Kerja memantakkan cerucuk dimulakan.[14]
  • 21 September 2004: Kontraktor Emaar (Samsung-Besix-Arabtec JV) dianugerahkan tugas pembinaan.[15]
  • Mac 2005: Struktur Burj Khalifa mula dinaikkan.[14]
  • Jun 2006: 50 tingkat disiapkan.[14]
  • Februari 2007: Mengatasi Menara Sears sebagai bangunan yang paling banyak tingkatnya.
  • 13 Mei 2007: Mencipta rekod untuk pengepaman konkrit menegak tertinggi di mana-mana binaan pada 452 m (1,483 ka), mengatasi pengepaman konkrit setinggi 449.2 m (1,474 ka) ketika pembinaan Taipei 101, semasa Burj Khalifa mencapai tingkat ke-130.[14][16]
  • 21 Julai 2007: Mengatasi Taipei 101 yang pernah menjadi binaan tertinggi di dunia pada 509.2 m (1,671 ka), sambil disiapkan 141 tingkat.[14][17]
  • 12 Ogos 2007: Mengatasi paras antena Menara Willis yang berada pada ketinggian 527.3 m (1,730 ka).
  • 12 September 2007: Menjadi struktur bebas tertinggi di dunia pada ketinggian 555.3 m (1,822 ka), sekaligus mengatasi Menara CN di Toronto, sambil mencapai 150 tingkat.[14][18]
  • 7 April 2008: Mengatasi Menara KVLY-TV sebagai struktur binaan manusia tertinggi pada 629 m (2,064 ka), sambil mencapai 160 tingkat.[14][19]
  • 17 Jun 2008: Emaar mengumumkan bahawa ketinggian Burj Khalifa mencecah 636 m (2,087 ka) dan ukuran ketinggian muktamadnya tidak akan diumumkan sehingga disiapkan pada September 2009.[20]
  • 1 September 2008: Ketinggiannya mencapai 688 m (2,257 ka), menjadikannya struktur binaan manusia tertinggi dalam sejarah, sekaligus mengatasi pemegang rekod sebelumnya, iaitu Menara Radio Warsaw di Konstantynów, Poland.[21]
  • 17 Januari 2009: Peninggian berhenti pada 818 m (2,684 ka).[22]
  • 1 Oktober 2009: Emaar mengumumkan bahawa struktur luaran bangunan telah disiapkan.[23]
  • 4 Januari 2010: Majlis perasmian dan pembukaan Burj Khalifa diadakan. Burj Dubai dinamakan Burj Khalifa sempena Presiden EAB dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan.[2]

Rekod semasa

  • Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m (1,671 ka))
  • Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m (2,121 ka))
  • Struktur wujud yang tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m (2,063 ka))
  • Struktur bebas tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Menara CN – 553.3 m (1,815 ka))
  • Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)[24][3]
  • Pemasangan lif tertinggi di dunia[25]
  • Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/j (40 mph) atau 18 m/s (59 ft/s)[25] (mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)
  • Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (1,988 ka)[26] (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ka))
  • Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan): 606 m (1,988 ka)[26] (mengatasi Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda – 532 m (1,745 ka)[27])
  • Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan[28]
  • Dek pencerapan luaran tertinggi di dunia[29]
  • Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158)
  • Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia
  • Lif perkhidmatan tertinggi di dunia
  • Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m (1,680 ka)[14]

Seni bina dan reka bentuk

Seni bina dan reka bentuk bangunan Burj Dubai dibuat oleh Skidmore, Owings dan Merrill yang juga telah merekabentuk bangunan Menara Willis di Chicago dan Freedom Tower di New York City. Bangunan ini hampir menyamai wawasan Frank Lloyd Wright untuk bangunan Illinois di Chicago.

Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi. Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.

Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.

Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. Pejabat korporat diuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.

Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah.

Pelan tingkat

Berikut ialah seringkasan kegunaan setiap tingkat.[30]

TingkatKegunaan
160–206Mekanik
156–159Komunikasi dan Penyiaran
155Mekanik
139–154Suit Korporat
136–138Mekanik
125–135Suit Korporat
124Balai Cerap
123Lobi Angkasa
122Restoran At.mosphere
111–121Suit Korporat
109–110Mekanik
77–108Perumahan
76Lobi Angkasa
44–72Perumahan
43Lobi Angkasa
40–42Mechanical
38–39Suit Armani Hotel
19–37Perumahan
17–18Mekanik
9–16Armani Residences
1–8Armani Hotel
BawahArmani Hotel
DataranArmani Hotel
B1–B2Parkir, Mekanik

Kegunaan

Burj Khalifa direka untuk menjadi titik pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuk The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas 3 hektar (7.4 ekar), sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall, dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12-hektar (30-ekar).

Bangunan ini telah membawa kembali rekod struktur bebas tertinggi di Bumi ke Timur Tengah, di mana terbinanya Piramid Agung Kufu yang mencatat pencapaian ini selama lebih kurang empat ribu tahun sebelum diatasi oleg Gereja Besar Lincoln di England, United Kingdom pada tahun 1311.

Dilaporkan bahawa keputusan untuk membina Burj Khalifa berasaskan keputusan kerajaan untuk mengalihkan tumpuan ekonominya dari tertumpu kepada galian minyak kepada sektor perkhidmatan dan pelancongan. Menurut kata-kata para pegawai, perlunya projek-projek seperti Burj Khalifa dibina dalam bandaraya adalah untuk meraih lebih pengiktirafan dan pelaburan antarabangsa. "Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum hendak memperjelaskan nama Dubai dalam peta dunia dengan sesuatu yang penuh sensasi," kata Jacqui Josephson, seorang eksekutif pelancongan dan perwakilan VIP di Nakheel Properties.[31]

Kontroversi pekerja

Majoriti pekerja binaan Burj Khalifa didatangkan dari India, Pakistan, Bangladesh, China dan Filipina.[32] Laporan akhbar menyatakan gaji mereka sekitar AS$7.60 (£4.34)/ hari. Kesatuan sekerja tidak dibenarkan di kalangan buruh binaan ini.

Pada 21 Mac 2006, kira-kira 2,500 pekerja yang susah hati bas lambat di akhir giliran mereka melakukan bantahan, menyebabkan kerosakan kereta, pejabat, komputer dan alatan pembinaan.[32] Mana-mana pekerja yang terlibat dalam rusuhan pada 21 Mac 2006 telah dihantar pulang.

Perkembangan pembinaan

Rujukan

Pautan luar

Rekod
Didahului oleh
Menara Radio Warsaw
646.38 m (2,120.67 kaki)
Struktur tertinggi di dunia dalam sejarah
2008 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Menara KVLY-TV
628.8 m (2,063 kaki)
Struktur tertinggi di dunia
2008 – kini
Didahului oleh
Menara CN
553.33 m (1,815.39 kaki)
Struktur bebas tertinggi di dunia
2007 – kini
Didahului oleh
Taipei 101
509.2 m (1,670.6 kaki)
Bangunan tertinggi di dunia
2009 – kini
Didahului oleh
Menara Sears
108 tingkat
Bangunan yang terbanyak tingkatnya
2007 – kini

55°16′26.8″E / 25.197139°N 55.274111°E / 25.197139; 55.274111