Tompok matahari

Tompok matahari Jawi: تومڤوق ماتاهاري merupakan fenomena sementara pada fotosfera pada Matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding dengan kawasan sekeliling. Ia disebabkan oleh aktiviti magnet yang melampau, yang mengengkang arus perolakan melalui kesan yang sama seperti brek arus berolak, kawasan terbentuk suhu permukaan yang kurang. Sungguhpun ia berada pada suhu sekitar 3,000–4,500 K (2,730–4,230 °C), perbandingan dengan bahan sekitar sekitar pada suhu 5,780 K menjadikan ia jelas kelihatan sebagai tompokan hitam, sebagai keamatan badan gelap panas (jarak dekat dengan fotosfera) yang merupakan fungsi suhu pada kuasa ke empat. Sekiranya tompok matahari diasingkan dari fotosfera sekelilingnya ia adalah lebih terang berbanding percikan gerbang eletrik. Tompok matahari mengembang dan mengucup ketika ia bergerak merentasi permukaan matahari dan boleh jadi sebesar ukurlilit 80,000 kilometer (49,711 batu), menjadikan yang besar kelihatan dari Bumi tanpa bantuan teleskop.[1]

Tompok matahari pada 22 Jun 2004
Pandangan struktur koronal di atas tompok matahari berlainan yang dilihat pada Oktober 2010

Ia juga mungkin mengembara pada kelajuan bandingan ("pergerakan sebenar") beberapa ratus batu sejam ketika ia mula muncul pada fotosfera suria.

Manifastasi aktiviti magnet yang melampau, tompok matahari mencetus fenomena kedua seperti gelung korona dan peristiwa Penyambungan Magnetik. Kebanyakan suar suria dan hamburan jisim korona berasal dari kawasan aktif magnet sekitar kelompok tompok matahari yang kelihatan. Fenomena yang sama dicerap secara tidak langsung pada bintang biasanya dikenali sebagai tompok bintang dan kedua-dua tompok cahaya dan tompok gelap telah diukur.[2]

Kepelbagaian tompok matahari

400 tahun sejarah tompok matahari
Simulasi 11,000 tahun tompok matahari

Populasi tompok matahari cepat naik dan trurn perlahan-lahan pada kitaran tidak sekata sepanjang 11 tahun, sungguhpun perbezaan jelas pada tompok matahari sepanjang tempoh 11-tahun diketahui diketahui lebih lama. Sebagai contoh, dari 1900 hingga 1960-an trend maksimum suria bagi bilangan tompok matahari semakin menaik; dari tahun 1960-an sehingga kini, ia semakin merosot.[3] Sepanjang abad lalu Matahari memiliki aras purata tinggi aktiviti tompok matahari yang jelas; aktiviti terakhir yang sama selama 8,000 tahun dahulu.[4]


Bilangan tompok matahari sejajar dengan keamatan radiasi suria sepanjang tempoh sejak tahun 1979, apabila ukuran satelit perubahan pancaran mutlak tersedia. Oleh kerana tompok matahari adalah lebih gelap berbanding fotosfera sekelilingnya ia mungkin dijangka bahawa lebih banyak tompok matahari akan membawa kepada kurang pancaran suria dan pengurangan pemalar suria. Bagamanapun, pinggir mengelilingi tompok matahari adalah lebih terang berbanding purata, dan dengan itu semakin panas; keseluruhan, lebih banyak tompok matahari meningkat tetapan suria atau kilauannya. Variasi yang disebabkan oleh kitaran tompok matahari kepada output suria adalah agak kecil, pada tahap 0.1% dari tetapan suria (julat puncak ke lurah 1.3 W.m−2 berbanding kepada 1366 W.m−2 bagi tetapa suria purata).[5][6] Tompok matahari amat jarang dicerap semasa Maunder Minimum pada bahagian kedua abad ke-17 (sekitar dari tahun 1645 hingga tahun 1715). Ini bersamaan dengan bahagian tengah (dan paling sejuk) bagi tempoh penyejukan yang dikenali sebagai Zaman Air batu Kecil.


Mungkin terdapat kaitan graviti resonant antara fotosfera kuasa pasang surut dikenakan pada planet dan kitaran tompok matahari.[7][8]

Sejarah

Templat:BroaderRekod terawal tompok matahari ditemui dalam bahasa Cina melalui karya I Ching, yang siap sebelum 800 SM. Teks itu menerangkan bahawa "dou" dan "mei" diperhatikan di matahari, yang kedua-dua perkataan tersebut merujuk kepada kesuraman kecil.[9] Rekod terawal pemerhatian tompok matahari yang disengajakan juga berasal dari China, dan bermula pada 364 SM, berdasarkan ulasan ahli astronomi Gan De (甘德) dalam katalog bintang.[10] By 28 BC, Chinese astronomers were regularly recording sunspot observations in official imperial records.[11]

Penyataan pertama yang jelas mengenai tompok matahari dalam sastera Barat adalah sekitar 300 SM, oleh sarjana Yunani Purba Theophrastus, pelajar Plato dan Aristotle dan pengganti kepada Aristotle.[12]

Lukisan tompok matahari yang paling awal diketahui telah dibuat oleh paderi Inggeris John dari Worcester pada Disember 1128.[13][14]

Tompok matahari pertama kali diperhatikan melalui teleskop pada Disember 1610 oleh ahli astronomi Inggeris Thomas Harriot.[15] Pemerhatiannya telah direkodkan dalam buku notanya dan diikuti pada Mac 1611 oleh pemerhatian dan laporan oleh ahli astronomi Frisia Johannes dan David Fabricius.[16][17] Selepas kematian Johannes Fabricius pada usia 29 tahun, laporannya kekal kabur dan dikalahkan oleh penemuan dan penerbitan tentang tompok matahari oleh Christoph Scheiner dan Galileo Galilei.[18] Galileo mungkin memulakan pemerhatian tompok matahari melalui teleskop pada masa yang sama seperti Harriot; bagaimanapun, rekod Galileo tidak bermula sehingga 1612.[19]

Pada awal Abad ke-19, William Herschel ialah salah seorang yang pertama menyamakan tompok matahari dengan pemanasan dan penyejukan di Bumi dan percaya bahawa ciri-ciri tertentu tompok matahari akan menunjukkan peningkatan pemanasan di Bumi.[20] Semasa pengiktirafannya terhadap tingkah laku suria dan struktur suria yang dihipotesiskan, beliau secara tidak sengaja mengambil kira ketiadaan relatif tompok matahari dari Julai 1795 hingga Januari 1800 dan mungkin yang pertama membina rekod lampau tompok matahari yang diperhatikan atau hilang. Daripada ini dia mendapati bahawa ketiadaan tompok matahari bertepatan dengan harga gandum yang tinggi di England. Presiden Royal Society mengulas bahawa trend menaik dalam harga gandum adalah disebabkan oleh inflasi kewangan.[21] Beberapa tahun kemudian saintis seperti Richard Carrington pada tahun 1865 dan John Henry Poynting pada tahun 1884 mencuba dan gagal untuk mencari hubungan antara harga gandum dan tompok matahari, dan analisis moden mendapati bahawa tidak ada korelasi yang signifikan secara statistik antara harga gandum dan nombor tompok matahari.[22]


Galeri

Rujukan

Pautan luar

Data tompok matahari