Tuanku Abdul Rahman

Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama / Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8


Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Jawi: توانكو عبدالرحمن ابن المرحوم توانكو محمد; 24 Ogos 1895 – 1 April 1960) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Pemerintahan31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Didahului olehjawatan baharu
Diikuti olehSultan Hisamuddin Alam Shah
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Pemerintahan1933 - 1960
Didahului olehTuanku Muhammad
Diikuti olehTuanku Munawir
Tunku Muda Serting
TempohSehingga 1933
Diikuti olehTuanku Munawir
Keputeraan(1895-08-24)24 Ogos 1895
Seri Menanti,Negeri Sembilan
Kemangkatan1 April 1960(1960-04-01) (umur 64)
Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaya
Isteri
Anakanda
AyahandaTuanku Muhammad

Riwayat hidup رواية هيدوڤ

Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga tahun 1914.

Tuanku Abdul Rahman bersama dengan Permaisuri baginda, Tunku Kurshiah

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi Raja George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.

Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Tuanku Ja’afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.

Baginda juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.

Yang di-Pertuan Besar (1933 - 1957) يڠ دڤرتوان بسر

Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguam bela dan dengan yang demikian baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguam bela dan peguam cara.

Yang di-Pertuan Agong (1957 - 1960) يڠ دڤرتوان اڬوڠ

Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong telah berangkat mencemar duli melawat Brunei selama seminggu pada tahun 1959.

Anakanda انقندا

NamaTarikh KeputeraanTarikh KemangkatanTarikh BerkahwinPasangan DirajaCucundaCicinda
Che Engku Maimunah binti Abdullah (kahwin 1919, telah bercerai)
Tunku Aida27 Mei 192029 Mei 1937Tunku Ma’amor bin Tunku UsohTunku Mizan
Tunku Ainunnisa
Tunku Ainah
Tunku Maztom3 orang puteri
Tunku Arishah2 orang putera dan 3 orang puteri
Tuanku Ja’afar19 Julai 192227 Disember 20088 Ogos 1942Tunku Ampuan NajihahTunku Tan Sri NaquiahTunku Nadzimuddin
Tunku Mir'atun Madihah
Tunku Nasaifuddin
Tunku Nasruan Adil
Tunku NaquiyuddinTunku Mohamed Alauddin
Tunku Alia Nadira
Tunku Nadia Sahiya
Tunku Khairul Zaim
Tunku ImranTunku Khairil Imran
Tunku Tarrant
Tunku Abdul Rahman Aminullah
Tunku JawahirTengku Azra Jahan Juzaila
Tengku Aslahuddin Ja’afar
Tengku A'zran Abdul Jawaad
Tunku IrinahTengku Alam Shah Amiruddin
Tengku Aiman Shahirah
Tunku NadzaruddinTunku Muhammad Hazim Shah Raden
Tunku Muhammad Mish’al Raden
Tunku Ines Najiha Raden
Tunku Sheilah2 Mei 192425 Mei 202323 Ogos 1942Tunku Daud bin Tunku Besar BurhanuddinTunku Ivy Mu’hsinahPutri Sian Shaharia binti Sharif Winter
Tengku MunasirTunku Mutalib
Tunku Muzaffar
Tunku Maisura Adibah
Tunku Mu’tasimTunku Mahzuz
Tunku Mahir
Tunku Masna
Tunku Mukhrizah
Tunku RoxanaPaul Kamil Lafrance
Sarah Melane Lafrance
Tunku Tan Sri Abdullah2 Mei 192519 Ogos 200822 April 1946 (cerai 1958)Tunku Zahara binti Tunku ZakariaTunku IskandarTunku Idalyn Mazura
Tunku Izrina Mazuin
Tunku Izora Mulaika
Tunku Marina AshrafMazran Zamani bin Zulkifly
Mazlina Zairin binti Zulkifly
Mizfarah Zara binti Zulkifly
Mazrah Zuraihan binti Zulkifly
Tunku Kamil IkramTunku Shazwan Kaiyisha
Tunku Arina Nakita
Tunku Arina Nashita
6 Ogos 1959 (cerai 30 Mac 1966)Cik Yah Zain binti AbdullahTunku Ya’acobTunku Elana Khyra
Tunku Leana Khyra
Tunku Ama’an Khyra
Tunku Nadya Khyra
Tunku Oma’an Khyra
Tunku Ima’an Khyra
Tunku YahayaTunku Mikael
Tunku HalimTunku Kristina Radin Sunna
Tunku Adam Radin
30 Mac 1966 (cerai 20 Februari 1970)Khadija binti AbdullahTunku Soraya Dakhlah
21 April 1973 (cerai 1991)Cik Engku Chesterina binti AbdullahTiada
10 Ogos 1991 (cerai 1996)Cik Engku Maimuna binti AbdullahTiada
25 April 1997Che Engku Rozita binti Ahmad BaharuddinTunku Muhammad ShahTiada
Tunku Intan KursiahTiada
Tunku Maharunnisa binti Tunku Mambang (kahwin Mac 1921, bercerai 1923)
Tuanku Munawir29 Mac 192214 April 19671 Januari 1940Tunku Ampuan DurahTunku MunawirahTengku Mu'adzam Sadruddin
Tengku Munawir Islahuddin
Tengku Mu'amir Izzuddin
Tunku MudziahSyed Mashafuddin bin Syed Badaruddin Jamalullail
Sharifa Basma Alawiya Jamalullail
Sharifa Bahiya Abla Jamalullail
Sharifa Bashira Asma Jamalullail
Tuanku MuhrizTunku Ali Redhauddin
Tunku Zain Al-'Abidin
Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin
Tunku Anne DakhlahSiti Mazeera
Siti Mazlina
Siti Mazlynda
Tunku Deborah2 orang puteri
Tunku DeannaTengku Amera Nafisah
Tengku Nadia Azrina
Tengku Dahira Azirah
Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin (kahwin 21 Mac 1929)
Sultanah Bahiyah24 Ogos 193026 Ogos 20039 Mac 1956Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahTunku Puteri Intan SafinazTiada
Tunku Shahariah8 April 193225 Oktober 1956Tunku Abdul Rahman Sultan IsmailTunku Abu BakarTunku Kurshiah Aminah Atiah
Tunku Abdul Rahman Burhanuddin
Tunku Aishah Johara
Tunku Zaidah binti Tunku Zakaria (kahwin 1948)
Tunku Noraida Zakiah6 Disember 1950Tiada maklumatEncik Abdul Rahim bin Abdul ManafPutri Norashiqin

Kemangkatan dan pewarisan takhta كمڠكتن دان ڤواريثن تخت

Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila baginda merasmikan pembukaan peraduan ke-2 bola sepak merebut piala junior Asia di Stadium Merdeka.

Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api ke Seremban dan kemudian dengan kereta api ke Istana Besar, Seri Menanti. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 5 April 1960.[1]

Dengan kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, maka Sultan Selangor iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Manakala Tuanku Munawir pula telah diangkat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Legasi ليڬاسي

frames

Gambar portret baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.

Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن

  • 24 Ogos 1895 – 1922: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad.
  • 1912 – 1 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
  • 1 Ogos 1933 – 2 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
  • 2 Ogos 1933 – 31 Ogos 1957: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • 31 Ogos 1957 – 1 April 1960: Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.

Kurniaan كورنياءن

Kurniaan negara كورنياءن نڬارا

Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ

  •  Brunei: Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 23.4.1959)
  •  United Kingdom:
    • Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG, 1934)
    • Jubli Perak Raja George V (1935)
    • Pingat Kemahkotaan Raja George VI (1937)
    • Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (1953)
    • Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG, 1957)

Keturunan كتورونن

Lihat juga ليهت جوݢ

Rujukan رجوكن

Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad
Kerabat diraja Negeri Sembilan
Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1895 Tarikh kemangkatan: 1 April 1960
Gelaran pemerintah
Gelaran baharuYang di-Pertuan Agong
1957 – 1960
Diikuti oleh:
Sultan Hisamuddin Alam Shah
(Sultan Selangor)
Didahului oleh
Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
1933 – 1960
Diikuti oleh:
Tuanku Munawir