Universiti Hong Kong

Universiti Hong Kong (HKU) ialah sebuah universiti penyelidikan awam di Hong Kong. Universiti ini secara rasminya ditubuhkan pada 1911, tetapi sejarahnya boleh dilihat dari tahun 1887, ketika tertubuhnya Kolej Perubatan Cina Hong Kong (Hong Kong College of Medicine for Chinese). Universiti ini ialah universiti pertama di Asia Timur yang ditubuhkan oleh Empayar British serta institut pengajian tinggi tertua di Hong Kong.

Universiti Hong Kong
香港大學
MotoSapientia et Virtus (Latin)
明德格物 (Cina)
Moto dalam Bahasa Melayu
Virtue and Wisdom
JenisAwam
Ditubuhkan pada30 Mac 1911 (1911-03-30)
PengarahArthur Li
CanselorCarrie Lam
PresidenXiang Zhang
Timbalan presidenRichard Wong Yue Chim
Terry Kit-fong Au
Ian Holliday
Norman C Tien
Alfonso Ngan Hing Wan
Staf akademik
1,795[1]
Staf pentadbiran
3,454[1]
Pelajar29,099[2]
Siswazah17,007 (58.45%)[2]
Ijazah/Sarjana12,092 (41.55%)[2]
Lokasi
Pok Fu Lam
,
Hong Kong

22°17′03″N 114°08′16″E / 22.28417°N 114.13778°E / 22.28417; 114.13778 114°08′16″E / 22.28417°N 114.13778°E / 22.28417; 114.13778
KampusUrban
53.5 hektar (0.535 km2)[3]
NewspaperUndergrad HKUSU (Cina)
Warna     Hijau gelap[4]
PenggabunganASAIHL, Universitas 21, ACU, JUPAS, AACSB, EQUIS, APRU, UGC, Heads of Universities Committee, Joint Quality Review Committee, McDonnell International Scholars Academy[5]
MaskotSinga
Laman sesawanghku.hk


Universiti Hong Kong
Cina Tradisional:香港大學
Cina Ringkas:香港大学

Sejarah

Pada 1887, Kolej Perubatan Cina Hong Kong ditubuhkan oleh Ho Kai (kini Sir Kai Ho Kai). Institut ini dinamakan semula sebagai Kolej Perubatan Hong Kong pada 1907,[6] dan dijadikan sebagai sekolah perubatan HKU pada 1911.

Universiti Hong Kong dicadangkan oleh Gabenor Hong Kong, Sir Frederick Lugard untuk bersaing dengan universiti-universiti China yang baru dibuka oleh kuasa-kuasa besar dunia. HKU ditubuhkan sebagai sebuah badan para cendekiawan telah ditubuhkan pada Mac 1911 dan HKU dibuka secara rasmi pada 11 Mac 1912. HKU pada asalnya dibuka kepada lelaki sahaja, dan kemasukan dibuka kepada pelajar perempuan 10 tahun kemudian.[7] Universiti ini dibuka dengan tiga fakulti, iaitu fakulti seni, kejuruteraan dan perubatan.[7][8] Pada 1920-an, HKU mula menawarkan kursus berkaitan bahasa Cina.[9]

Bangunan universiti mengalami kerosakan akibat serangan Jepun di Hong Kong pada 1941 lalu ditutup hingga 1945.

Zaman Hong Kong China

Pada 2010 hingga 2012, HKU menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan universiti dan kampus Centennial dibuka di Pok Lu Fam.[10]

Pada 2015, HKU mengalami kontroversi apabila memilih pronaib canselor kerana dikatakan terpengaruh dengan campur tangan politik.[11]

Akademik

Kemasukan

Kemasukan ke HKU memiliki persaingan yang ketara. Pada 2016, universiti ini menerima kira-kira 40 ribu permohonan bagi program prasiswazah, dengan 16,000 daripada mereka bukan daripada sistem pendidikan Hong Kong.[12] Bagi pelajar dari tanah besar China, kadar kemasukan ialah 1 daripada 21 permohonan.[12][13]

Kedudukan senarai

Daripada segi pengantarabangsaan, HKU diletakkan di kedudukan teratas dalam kalangan universiti seluruh dunia oleh Times Higher Education pada 2019.[14]

Fakulti pergigian HKU berada pada kedudukan teratas dunia (QS, 2016),[15] manakala fakulti pendidikan pula berada pada kedudukan keempat dunia (Times, 2018).[16]

Kampus

Kampus utama universiti berkeluasan kira-kira 160 ribu meter persegi dan terletak di Lung Fu Shan. Sesetengah bangunan adalah bangunan tinggalan reka bentuk kolonial Inggeris yang masih wujud di Hong Kong.

Bangunan utama universiti dibina pada 1910 hingga 1912 yang ditaja pembinaannya oleh Sir Hormusjee Naorojee Mody dan direka bentuk oleh Leigh & Orange.[17] Bangunan ini diisytiharkan sebagai sebuah monumen rasmi Hong Kong pada 1984.[18]

Rujukan

Pautan luar