Bahasa Kantonis

Bahasa Kantonis ialah salah satu bahasa dari bahasa-bahasa Sino-Tibet. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah Guangxi, Hong Kong, Makau dan oleh ramai orang Cina seberang laut di seluruh dunia.

Bahasa Kantonis
廣東話, gwong2 dung1 waa2
, Jyut6Jyu5
Asli kepadaSelatan China, Hong Kong, Makau, Malaysia, New Zealand, Singapura, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan negara lain
Kawasantengah Guangdong; Pearl River Delta; timur dan selatan Guangxi; bahagian Hainan
Penutur bahasa
66 juta [1]
Sino-Tibetan
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Hong Kong KPK dan Makau KPK dari RRC
Kod bahasa
ISO 639-1zh
ISO 639-2chi (B)
zho (T)
ISO 639-3
yue

Nama bahasa Kantonis diambil daripada Canton, sempena nama lama wilayah Guangdong. Dalam bahasa Cina ia dikenali sebagai 廣東話 (gwong2 dung1 waa2). Dalam bidang akademik "bahasa Kantonis" merujuk kepada kelompok dialek yang dituturkan di wilayah Guangdong. Di antara dialek-dialek tersebut, saling fahaman amat kurang. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai 廣府話 (gwong2 fu2 waa2) dalam bahasa tempatan. Kerana bandar Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran bagi kawasan disekelilingnya, tidak hairan bahawa dialek bandar Guangzhou juga difahami penduduk di luar bandar itu. Memandangkan bahawa dialek bandar Guangzhou dikira sebagai bahasa Kantonis baku, rencana ini membincangkan versi bahasa Kantonis dari bandar Guangzhou.

Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek/loghat (方言) dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difaham.Sistem penomboran Kantonis pula berlainan dengan Mandarin.

Khasnya di Malaysia, bahasa Kantonis secara meluas ditutur oleh orang Cina di Kuala Lumpur[1] dan daerah lain di Lembah Klang (Petaling Jaya, Ampang, Cheras, Selayang, Sungai Buloh, Puchong, Selangor, Shah Alam, Kajang, Bangi, and Subang Jaya). Bahasa Kantonis juga ditutur di Perak terutamanya di Ipoh, tetapi juga di Gopeng, Batu Gajah, and Kampar di Lembah Kinta dan Tapah dan Bidor. Di Sabah, terdapat juga penutur bahasa Kantonis di Sandakan. Ada juga Kuantan, Raub, Bentong, dan Mentakab di Pahang, dan Sarikei, Sarawak, dan Mersing, Johor.


Nada

Seperti bahasa/dialek cina yang lain, Kantonis merupakan bahasa berasaskan nada. Penulisan sejarah mengenai bahasa Kantonis mencatatkan 9 nada yang wujud dituturkan, namun bilangan ini sering berbeza pendapat. Jadual di bawah menunjukkan nada-nada bahasa Kantonis:

Nama nadaJam1 Ping4
(陰平)
Jam1 Soeng5
(陰上)
Jam Heoi3
(陰去)
Joeng4 Ping4
(陽平)
Joeng4 Soeng5
(陽上)
Joeng4 Heoi3
(陽去)
Jam1 Jap6
(陰入)
Zung1 Jap6
(中入)
Joeng4 Jap6
(陽入)
Nombor Nada1234561 (7)3 (8)6 (9)
Kontur55 / 53353322 / 211322532
Contoh
Perumianfan1fan2fan3fan4fan5fan6fat1faat3fat6

Lihat pula

Rujukan