Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Moto | "Kerana Tuhan Untuk Manusia" |
---|---|
Jenis | Awam |
Ditubuhkan pada | 14 Mac 1972 |
Canselor | DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor |
Naib Canselor | Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail |
Pelajar | 21,749 |
Siswazah | 17,946 |
Ijazah/Sarjana | 3,803 |
Lokasi | , |
Kampus | Kampus utama di Skudai Kampus kedua di Kuala Lumpur |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | Universiti_Teknologi Malaysia |
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.[3]
Akademik
Fakulti dan Sekolah yang terdapat di UTM:
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Kimia dan Tenaga
- Fakulti Alam Bina & Ukur
- Fakulti Sains
- Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
- Fakulti Teknologi & Informatik Razak
- Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim
- Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun
- Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan
Kemudahan:
Teknologi pendidikan
Sejak 2005, UTM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle.[4]