Mac

0102
03040506070809
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31 
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Mac (Mal., Sin., Bru.[1]) atau Maret (Ind., [ma.rĕt][2]) ialah bulan ketiga dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.

Mac bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun biasa dan bulan November pada semua tahun. Ekuinoks Mac juga bermula pada waktu ini.

Peristilahan

Nama bulan ini datang dari bulan Martius dalam takwim Romawi yang dinamakan bersempena Mars, dewa perang masyarakat Rom Purba yang dipercayai juga sebagai leluhur pengasas kerajaan Rom iaitu Romulus dan Remus; malah peperangan dimulakan pada waktu ini juga.[3] Nama bulan tersebut diserapkan ke dalam bahasa Melayu Nusantara melalui dua bentuk:

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Minakom" (Jawi: ميناكوم, menyerap Bahasa Thai: มีนาคม miinaa-khom) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Ikan dilambangkan makhluk serupa (mīna).

Sejarah

Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom selewat-lewat 153 SM;[5] banyak sambutan tahun baru turut disambut tamadun tersebut pada bulan ini.[6] Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya pada zaman pemerintahan baginda menganjak kedudukan bulan ini kepada turutan ketiga takwim yang kekal sehingga hari ini.

Rujukan