Valencia CF

Valencia Club de Fútbol (Sebutan Sepanyol: [baˈlenθja ˈkluβ ðe ˈfuðβol], Templat:Lang-va [vaˈlensia ˈklub de fubˈbɔɫ];[1] ataupun dikenali sebagai Valencia CF, Valencia atau Los Che) merupakan sebuah kelab bola sepak Sepanyol yang berpangkalan di Valencia, Sepanyol. Kelab ini bermain di La Liga iaitu liga tertinggi di Sepanyol dan Eropah. Valencia telah memenangi enam kali La Liga, tujuh trofi Copa del Rey, dua Inter-Cities Fairs Cup, satu Piala UEFA, satu Piala Pemenang UEFA dan dua Piala Super UEFA. Mereka juga mencapai dua peringkat akhir Liga Juara-Juara UEFA berturut-turut, tewas kepada saingan La Liga Real Madrid dalam tahun 2000. Pada tahun berikutnya, Valencia kemudian kalah sekali lagi tetapi kali ini kepada kelab Jerman Bayern Munich dengan penentuan tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam tahun 2001. Valencia juga ahli-ahli G-14 selepas 2002 iaitu kelab utama dalam bola sepak Eropah. Secara keseluruhan, Valencia telah mencapai tujuh peringkat akhir utama Eropah. Dalam kedudukan La Liga, Valencia berada pada kedudukan ketiga di belakang Real Madrid C.F. dan FC Barcelona..[2]

Valencia
Nama penuhValencia Club de Fútbol, S.A.D.
GelaranLos Che
Els Taronges (The Oranges)
Valencianistas
Los Murciélagos (The Bats)
Diasaskan18 Mac 1919; 105 tahun yang lalu (1919-03-18)
StadiumMestalla
(Kapasiti: 55,000)
PemilikPeter Lim
PresidentAnil Murthy
PengurusVoro
LigaLa Liga
2019/20La Liga, Ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Valencia telah diasaskan pada tahun 1919 dan telah bermain sebagai tuan rumah di 55,000 jumlah kapasiti iaitu Mestalla. Sejak 1923, Valencia berpindah ke stadium baru dengan 75,000 tempat duduk iaitu Nou Mestalla. Valencia mempunyai persaing lama iaitu Levante UD, juga terletak di City of Valencia.

Valencia adalah kelab bola sepak ketiga yang paling ramai disokong di Sepanyol, di belakang Real Madrid dan FC Barcelona.[3] Ia juga merupakan salah satu kelab terbesar di dunia dari segi bilangan syarikat dengan lebih daripada 50,000 pemegang tiket pada setiap musim dan ditempatkan 75,000 tempat duduk di stadium yang baru.

Pencapaian

Kejohanan domestik

Juara (6): 1941–42, 1943–44, 1946–47, |1970–71, 2001–02, 2003–04
Naib juara (6): 1947–48, 1948–49, 1952–53, 1971–72, 1989–90, 1995–96
Juara (8): 1941, 1949, 1954, 1967, 1979, 1999, 2008, 2019
Naib juara (10): 1934, 1937, 1944, 1945, 1946, 1952, 1970, 1971, 1972, 1995
Juara (1): 1999
Naib juara (3): 2002, 2004, 2008
  • Copa Eva Duarte (Ditukarkan kepada Supercopa de España)
Juara (1): 1949
Naib juara (1): 1947

Kejohanan Eropah

Naib juara (2): 1999–00, 2000–01
  • Piala Pemenang UEFA
Juara (1): 1979–80
Juara (1): 2003–04
  • Fairs Cup (Ditukarkan kepada Piala UEFA)
Juara (2): 1961–62, 1962-63
Naib juara (1): 1963-64
Juara (2): 1980, 2004
  • Piala Intertoto UEFA
Juara (1): 1998
Naib juara (1): 2005

Skuad semasa

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
14MF Juan Bernat
15MF Javi Fuego
19DF Antonio Barragán
20DF Ricardo Costa (kapten pasukan)
21MF Dani Parejo
2279DF Jérémy Mathieu (naib-kapten ke-3)
80MF Míchel
84FW Vinícius Araújo
88MF Fede Cartabia

Pemain dipinjam

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos. NegaraPemain
MF Andrés Guardado (di Bayer Leverkusen sehingga 30 Jun 2014)
MF Jonathan Viera (di Rayo Vallecano sehingga 30 Jun 2014)
FW Hélder Postiga (di Lazio sehingga 30 Jun 2014)

Rujukan