Vanila

Vanila (Jawi: ۏانيلا) adalah sejenis perasa yang berasal dari isi lenggai biji bunga anggerik genus Vanilla, terutamanya dari spesies-spesies Vanilla planifolia, Vanilla tahitensis dan Vanilla pompona semuanya bertaburan asal di benua Amerika Tengah.[1]

Lenggai vanila
Pokok vanila

Lenggai biji ini diperolehi melalui suatu kaedah pendebungaan yang begitu sukar dan rumit. menjadikan kos pengeluaran tinggi bahkan ia merupakan rempah kedua termahal selepas koma-koma;[2][3][4] perisa alternatif vanilin dihasilkan sebagai bahan alternatif lebih murah diperbuat dari lignin.[5]

Sejarah

Penanaman awal, penemuan ke Dunia Lama

Pokok ini dipercayai mula ditanam masyarakat Totonac yang mendiami kawasan Veracruz sekitar abad ke-15[6] sebelum mereka ditawan orang-orang Aztek dari tanah tinggi Mexico, orang Aztek pula memberi nama tlilxochitl bermaksud "bunga hitam". Pada masa itu, vanila digunakan sebagai penambah rasa air minuman coklat[7] selain juga untuk menambah kesedapan tembakau.

Ekspedisi rombongan penakluk Empayar Sepanyol diketuai oleh Hernán Cortés pada 1552 memperkenalkan Dunia Lama kepada lenggai ini,.[8] Para penakluk Sepanyol ini jugalah yang memberi nama vainilla "lenggai kecil" terbitan vaina bermaksud "lenggal".[9]

Pokok vanila tumbuh segar dan berbunga apabila ditanam di Eropah pada 1721 tetapi tidak berbuah kerana gagal dalam pendebungaan. Biasanya pendebungaannya dibantu oleh lebah Melipone yang tidak sesuai dengan cuaca Eropah. Mexico moden masih menjadi pengeluar utama vanila sehingga abad ke-19.[10]

Pengusahaan komersil baharu

1819. Pada tahun sama ini juga

Tanaman vanila bertapak di Hindia Timur Belanda dibawa masuk oleh Merchal dan kemudiannya meluas ke sebahagian Indonesia apabila Yasman berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan pada 1850. Vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke Bali, Acheh dan Sumatera Barat. Vanila dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.

Pada tahun 1836, Charles Morren dari Belgium berjaya menemui suatu kaedah pendebungaan buatan ini dengan menggunakan tangan, namun kaedah ini terganti dengan suatu teknik dikembangkan Edmond Albius, seorang hamba dan pakar hortikultur Réunion pada 1841.[11]

Kegunaan

Terdapat 100 jenis spesis vanila tetapi hanya sedikit sahaja yang dikenal pasti mempunyai nilai komersil iaitu:

  • Andrews
  • Vanilla tahitensis J.W Moore

Negara pengimport dan pemprosesan utama bagi vanila adalah Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah yang memerlukan banyak bekalan. Namun begitu, negara-negara pengeluar seperti Madagascar, Indonesia, Tahiti, Comoros, dan India tidak dapat menghasilkannya secara komersil kerana faktor kemiskinan, pengetahuan, kepakaran dan tiada sokongan kerajaan.

Rujukan