Verkhovna Rada

parlimen Ukraine

30°32′12.6″E / 50.447306°N 30.536833°E / 50.447306; 30.536833

Verkhovna Rada Ukraine (Bahasa Ukraine: Верхо́вна Ра́да Украї́ни, singkatan Ukraine ВРУ), selalunya dipanggil Verkhovna Rada atau hanya Rada, ialah parlimen satu kamar Ukraine. Verkhovna Rada terdiri daripada 450 timbalan, yang diketuai oleh seorang pengerusi (speaker). Verkhovna Rada bersidang di Bangunan Verkhovna Rada di ibu kota Ukraine Kyiv. Timbalan yang dipilih pada pilihan raya parlimen Ukraine pada 21 Julai 2019 telah dirasmikan pada 29 Ogos 2019.[11]

Verkhovna Rada Ukraine
Верховна Рада України (Ukraine)
Logo
Logo
Parlimen Ukraine ke-9
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1991[1]
Didahului oleh
Soviet Tertinggi
Kepimpinan
Pengerusi
Ruslan Stefanchuk,
Sluha narodu
sejak 8 Oktober 2021
Timbalan Pengerusi Pertama
Oleksandr Kornienko[2], Sluha narodu
sejak 19 October 2021
Timbalan Pengerusi Kedua
Olena Kondratiuk, Batkivshchyna
sejak 29 Ogos 2019
Struktur
Ahli450
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
Pemerintah (240)

Disokong oleh (41)

  •      Untuk Masa Depan (21)
  •      Dovira (20)

Pembangkang (105)

  •      Platform Pembangkang — Sepanjang Hayat (34)[a]
  •      Solidariti Eropah (27)
  •      Batkivshchyna (24)
  •      Holos (20)
    •      Keadilan (11)[b]
    •      Holos (9)

Lain-lain (35)

Kosong (29)

  •      Kosong (29)
Pilihan raya
Sistem pengundian
Pengundian selari:
Pemenang undi terbanyak (225 kerusi)
Perwakilan berkadar senarai parti (225 kerusi) dengan 5% ambang pilihan raya
Pilihan raya terakhir
21 Julai 2019
Pilihan raya seterusnya
Selewat-lewatnya 29 Oktober 2023
Tempat persidangan
Bangunan Verkhovna Rada, Kyiv, Ukraine[7]
Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
Catatan kaki
Disebabkan oleh campur tangan tentera Rusia di Ukraine (2014-sekarang) dan pengilhakan Krimea, hanya 424 daripada 450 kerusi parlimen telah dipilih dalam Pilihan raya 2019, meninggalkan 26 kekosongan. Bilangan kerusi kosong telah meningkat kepada 27 pada Jun 2020.[8][9][10]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Verkhovna Rada telah diubah daripada sistem badan perwakilan republik yang dikenali di Kesatuan Soviet sebagai Soviet Tertinggi (Majlis Tertinggi) yang pertama kali ditubuhkan pada 26 Jun 1938 sebagai sejenis badan perundangan RSS Ukraine selepas pembubaran Kongres Soviet RSS Ukraine.[12]

Konvokesyen ke-12 Soviet Tertinggi RSS Ukraine (dipilih pada 1990) mengeluarkan Pengistyiharan Kemerdekaan Ukraine,[12] memperkenalkan unsur-unsur ekonomi pasaran dan  liberalisasi politik, dan secara rasmi menukar penbilangan sesinya,[12] mengisytiharkannya sebagai konvokesyen pertama "Verkhovna Rada Ukraine".[12] Parlimen semasa adalah konvokesyen kesembilan. Kerana Perang di Donbas dan pengilhakan unilateral Krimea oleh Rusia, pilihan raya untuk kawasan pilihan raya yang terletak di Donbas dan Crimea tidak diadakan pada pilihan raya 2014 dan 2019; maka komposisi semasa Verkhovna Rada terdiri daripada 424 timbalan.

Dalam pilihan raya terakhir untuk ke Verkhovna Rada, sistem pengundian bercampur digunakan. 50% kerusi diagihkan di bawah senarai parti dengan 5% ambang pilihan raya dan 50% melalui pemenang undi terbanyak di kawasan pilihan raya ahli tunggal.[13][14] Kaedah 50/50 pilihan raya campuran digunakan pada pilihan raya 2002, 2012, 2014 dan 2019; namun, pada 2006 dan 2007, pilihan raya diadakan di bawah sistem berkadar sahaja.[15] Mengikut undang-undang pilihan raya yang menjadi sah pada 1 Januari 2020, pilihan raya seterusnya ke Verkhovna Rada (ditetapkan untuk 2023) sekali lagi akan diadakan di bawah skim berkadar.[16]

Nama

Nama Rada (Bahasa Ukraine: Рада) bermaksud "Majlis", "Rede". Institusi ini berasal dari zaman Rus' Kyiv, dan kemudian mewakili majlis boyar dan pendeta tinggi.[17] Pada abad ke-17 dan ke-18, Cossack Dnieper menggunakan istilah untuk merujuk kepada mesyuarat di mana keputusan utama dibuat; Cossack memilih majlis baru dengan undi popular.[18]

Republik Rakyat Ukraine antara 17 Mac 1917 dan 29 April 1918 mempunyai Rada Pusat.[19] Republik Rakyat Ukraine Barat dan pemerintah Ukraine dalam buangan masing-masing mempunyai UNRada (Rada Kebangsaan Ukraine).

Verkhovna, bentuk feminin bagi kata sifat "верховний" bermaksud tertinggi, berasal daripada perkataan Ukraine "верх" bermaksud "atas".

Nota

Rujukan

Pautan luar

Penglihatan awal

Untuk menetapkan penglihatan awal templat, |state= parameter boleh digunakan:

  • |state=collapsed: {{Verkhovna Rada|state=collapsed}} untuk menunjukkan templat dikecutkan, iaitu, tersembunyi selain dari palang tajuknya
  • |state=expanded: {{Verkhovna Rada|state=expanded}} untuk menunjukkan templat dikembangkan, iaitu dapat dilihat sepenuhnya
  • |state=autocollapse: {{Verkhovna Rada|state=autocollapse}}
    • menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
    • menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman

Jika parameter |state= tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default= dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse. Templat:Parliamen di Eropah