Kyiv

ibu negara Ukraine

30°31′24″E / 50.45000°N 30.52333°E / 50.45000; 30.52333

Kyiv[4][5] (bahasa Ukraine: Ки́їв[6][7] disebut [ˈkɪjiu̯] , Bahasa Rusia: Киев disebut [ˈkʲi(j)ɪf] pernah diInggeriskan kepada Kiev[6][8][9]) ialah ibu negara dan bandar terbesar Ukraine. Bandar ini memiliki penduduk sekitar 2.6 juta orang.

Kyiv
Київ
Kiev (nama lama)
Kyevo-Pecherska Lavra, Universiti Kebangsaan Kyiv, Verkhovna Rada, Rumah dengan kimera, Tugu Bohdan Khmelnytsky, Medan Kemerdekaan
Kyevo-Pecherska Lavra, Universiti Kebangsaan Kyiv, Verkhovna Rada, Rumah dengan kimera, Tugu Bohdan Khmelnytsky,
Medan Kemerdekaan
Bendera Kyiv
Jata Kyiv
Peta Ukraine dengan Kiev diserlahkan
Peta Ukraine dengan Kiev diserlahkan
Negara Ukraine
PerbandaranPerbandaran Kyiv
Diasaskan482 Masihi (rasmi)[1]
Raions
Senarai (10)
  • Darnytskyi Raion
  • Desnianskyi Raion
  • Dniprovskyi Raion
  • Holosiivskyi Raion
  • Obolonskyi Raion
  • Pecherskyi Raion
  • Podilskyi Raion
  • Shevchenkivskyi Raion
  • Solomianskyi Raion
  • Sviatoshynskyi Raion
Pentadbiran
 • Datuk bandarVitali Klitschko
Keluasan
 • Ibu negara848 km2 (327 batu persegi)
Aras
179 m (587 ft)
Penduduk
 (1 Januari 2021)
 • Ibu negara 2,962,180[3]
 • Kepadatan3,299/km2 (8,540/batu persegi)
 • Metro
3,475,000 (1 Januari 2,021)[2] di kawasan metropolitan
Zon waktuUTC+2 (EET)
 • Musim panas (DST)UTC+3 (EEST)
Poskod
01xxx-04xxx
Kod kawasan+380 44
Kod plat kenderaanAA (sebelum 2004: КА,КВ,КЕ,КН,КІ,KT)
Bandar kembarAnkara, Athens, Belgrade,
Brussel, Budapest, Chicago,
Chişinău, Edinburgh, Florence,
Helsinki, Kraków, Kyoto, Leipzig,
Minsk, Munich, Odense, Paris,
Pretoria, Riga, Rom,
Santiago de Chile, Sofia,
Stockholm, Tallinn, Tampere, Tbilisi,
Toronto, Toulouse, Warsaw,
Wuhan, Vienna, Vilnius, Pereira, Yerevan
Laman sesawanghttp://www.kmv.gov.ua

Katedral Sofia di Kiev ialah sebuah bangunan warisan dunia yang dilindungi oleh UNESCO bermula dari tahun 1990.

Penamaan

Kota ini disetujui mendapat nama sempena pengasasnya Kyi (Bahasa Ukraine: Кий, Rusia: Кий (sebelum 1918: Кій)), seorang putera raja dalam kalangan masyarakat puak Polan timur yang menduduki dedua belah tebing Sungai Dnipro; bahasawan Rusia Oleg Trubachyov menggalurkan nama ini kepada bahasa Slav Timur *Kyjevŭ gordŭ ("kubu Kyi") turunan Proto-Slav *kyjevъ,[10] tetapi galuran ini dipertikaikan kesahihannya. Ahli linguistik Kanada Jaroslav Rudnyckyj pula mengaitkan nama ini dengan akar Proto-Slav *kyjь sekaligus menurunkan kepada кий kyj "tongkat" dalam bahasa Ukraine sekaligus Ки́їв Kyiv boleh ditafsirkan sebagai "kubu pancang".[11]

Manuskrip pertama menamakan kota ini secara langsung ialah sepucuk surat berbahasa Ibrani bertarikh s. 930 TM dalam kalangan masyarakat Yahudi kota tersebut sebagai קייוב׳, Qiyyōḇ;[12] pemeta-pemeta Islam seperti Abu Zayd al-Balkhi dan Ibrahim al-Istakhri (pada 951 M[13]) pada kurun-kurun berikutnya menggunakan nama كويابةKūyābah.[14] Orang-orang Tatar Kirim memberi nama منقرمنMankerman dari من قرمنman kerman "kota tinggi".[15]

Sejarah

Golongan manusia terawal Kiev mula menetap pada zaman Paleolitik lewat (Zaman Batu).[16] Masyarakat Kiev ketika Zaman Gangsa membetuk sebahagian budaya Cucuteni–Trypillia berdasarkan artifak-artifak yang ditemui di sini. Pada awal Zaman Besi, beberapa puak menetap Kiev dan melaksanakan pertanian, penternakan dan berdagang dengan masyarakat Scythia serta masyarakat-masyarakat purba di pesisir utara Laut Hitam.[16] Penemuan kepingan wang Rom dari abad kedua ke keempat Masihi menunjukkan kegiatan perdagangan dengan wilayah timur Empayar Rom.[16] Warga budaya Zarubintsy dinilai sebagai leluhur terus golongan Slav puba yang kemudiannya menubuhkan Kyiv.[16]

Para penyelidik bercanggah pendapat berkenaan waktu tertubuhnya Kyiv; waktu penubuhan tradisi/rasmi ialah 482 Masihi. Data-data arkeologi mencadangkan penubuhan pada abad keenam atau ketujuh,[17][18] dengan sesetengah pengkaji menentukan penubuhan pada lewat abad kesembilan.[19]

Galeri

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno