Wikipedia:Laman pengguna
Peristilahan dan lokasi laman
- Peringatan: "Anda" dalam konteks ini bermaksud yang dikaitkan dengan anda, bukan milik anda.
- Laman pengguna
- Laman pengguna anda mempunyai nama sebegini: Pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah memberikan maklumat asas jika anda mahu, mengenai diri anda ataupun kegiatan-kegiatan anda yang berkenaan Wikimedia. Jika anda tidak mahu tulis apa-apa pun, tidak mengapa, sebaliknya anda boleh melencongkan laman pengguna anda ke arah laman perbincangan pengguna anda demi kemudahan ahli-ahli lain.
- Laman perbincangan pengguna
- Laman perbincangan pengguna anda mempunyai nama sebegini: Perbincangan pengguna:Contoh. (Pautan ini adalah ke laman perbincangan pengguna anda sendiri.) Kegunaan biasanya adalah menulis pesanan dan berbincang dengan ahli-ahli lain. Untuk maklumat lanjut, rujuk Wikipedia:Laman perbincangan.
- WP:UP#SUB
- WP:USERSUBPAGE
- WP:CREATEUSER#SUB
- Sublaman
- Anda boleh membuat sublaman daripada laman pengguna, seperti Pengguna:Contoh/rencana draf biola atau Pengguna:Contoh/ujian dan laman-laman perbincangan yang berkenaan dengan pergi ke laman berpautan merah (tidak wujud) dan mula mengisikan kandungan. Senarai sublaman yang wujud boleh dilihat dengan menggunakan Khas:Indeks awalan (cth: Khas:Indeks awalan/Perbincangan pengguna:Contoh/). Selalunya, anda boleh meletakkan apa sahaja yang boleh terdapat dalam laman pengguna atau perbincangan pengguna ke dalam sublaman, kecuali beberapa perkara (rujuk di bawah) yang mesti diperlihatkan kepada pengguna-pengguna lain jika dicatatkan. Tatatingkat sublaman juga dibenarkan. Anda boleh menyimpan sebanyak mana sublaman yang anda mampu, tetapi sila ingat bahawa Wikipedia bukan hos web percuma, sila gunakan sublaman dengan munasabah. (Rujuk: Wikipedia:Sublaman untuk maklumat lanjut)
- Laman pengguna atau ruang pengguna
- Semua laman ini merupakan laman-laman pengguna atau ruang pengguna anda. Sungguhpun anda tidak "memilikinya", tetapi pokoknya jika digunakan dengan munasabah dan mematuhi garis-garis panduan ini, anda diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengurus dan menyusun atur laman pengguna anda sesuka hati.
Anda juga boleh membuat sublaman yang berakhir dengan .js atau .css untuk menyimpan sebarang skrip pengguna dan ubah suai kulit yang dikehendaki apabila menyunting Wikipedia. Hanya anda dan para penyelia yang boleh menyunting laman-laman itu, namun sesiapa sahaja boleh membacanya.
Makluman perbincangan pengguna
- WP:ORANGE
- WP:NEWMESSAGE
Anda akan diberitahu jika sesiapa menyunting laman perbincangan pengguna anda dan/atau meninggalkan pesanan di situ. Pemberitahuan dan pautan-pautan di bawah dipaparkan secara automatik di semua laman sehingga anda melihat laman perbincangan pengguna anda (atau laman perbezaan antara semakan atau sejarahnya).
Pautan-pautan Khas:MyPage dan Khas:MyTalk merupakan jalan-jalan pintas yang membawa seseorang pengguna ke laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Jika sesiapa ingin melawat laman pengguna atau perbincangan pengguna anda (atau orang lain), maka perlunya pautan laman yang sebetulnya (cth. [[Perbincangan pengguna:Contoh]]). Laman pengguna dan perbincangan pengguna biasanya boleh dilawati dengan mengklik tandatangan pengguna dalam perbincangan, dan pautan-pautan yang ditunjukkan dalam sejarah laman dan perbezaan antara semakan.
Apa yang boleh diletakkan dalam laman pengguna?
Laman-laman pengguna ini tiada kegunaan yang tetap, cuma pada kebiasaannya, laman pengguna seseorang mengandungi serba sedikit tentang diri pengguna itu, sementara laman perbincangannya digunakan untuk meninggalkan pesanan. Asalkan pengguna-pengguna lain boleh mencari laman-laman yang diperlukan dengan cepat dan mudah, para pengguna boleh menyusun atur laman penggunanya dengan bebas dan berakal budi.
Pengguna boleh menyertakan 'notis laman pengguna' pada laman pengguna dan perbincangan pengguna sendiri. Templat {{LamanPengguna}}
di atas sekali laman pengguna jelas mengecamkan sifat laman itu untuk para pengguna, dan juga menolong jika sesiapa mendapati laman yang berlabel ini pada salinan-salinan Wikipedia di tempat lain (lebih lanjut) dan hendak mencari yang asli.Laman pengguna ini boleh dicerminkan (disalin) oleh tapak-tapak sesawang yang lain. Bahan-bahan yang tidak ingin disalin atau diguna semula jangan diletakkan di tapak ini.
Sesetengah jenis bahan mesti tidak terbiar terlalu lama dalam ruang pengguna; rujuk di bawah untuk butirannya. Selain komunikasi, kegunaan ruang nama juga termasuk (tetapi tidak terhad keada):
- Pendedahan suntingan yang besar (tidak wajib tetapi disaran)
- Perkara-perkara lain yang mungkin boleh membanntu kefahaman penyunting lain, seperti akaun alternatif (jika diumumkan)
Jika anda menyunting bagi pihak sesebuah syarikat, pertubuhan, kumpulan, produk atau tokoh (etc.) yang mana anda ingin berterus terang demi menjalin hubungan baik dengan komuniti penyunting.
(Suntingan mestilah sentiasa berkecuali dan mematuhi norma-norma ensiklopedia. Penyunting biasanya berasa sangsi dengan konflik kepentingan dan agenda tersembunyi. Sikap berterus terang akan kepentingan ini memperoleh penghormatan, mengalu-alukan bantuan orang lain serta menunjukkan keinginan untuk menyunting dengan sewajarnya.)
- Catatan-catatan berkenaan kerja dan kegiatan anda di Wikipedia
- Rencana semasa atau dalam rancangan, bidang topik, senarai tugas, peringatan, rencana-rencana yang diusahakan ,anugerah dan pencapaian seumpamanya, kerja gotong-royonhg, usul draf, pendapat (membina) dan usul pindaan pada rencana-rencana atau dasar-dasar Wikipedia, dsb.
- Keterangan panjang lebar bagi hujah-hujah yang dibuat (atau akan dibuat) dalam perbincangan di tempat lain di wiki.
- Kerja dalam proses atau bahan-bahan yang hendak diusahakan semula pada masa akan datang (biasanya dalam sublaman)
- Draf, terutamanya di mana anda memerlukan perbincangan atau pendapat orang lain terlebih dahulu, misalnya disebabkan konflik kepentingan ataupun usul perubahan yang besar
- Draf yang dikarang dalam ruang pengguna anda sendiri kerana laman sasaran itu dilindungi, dan nota-nota bagi bahan kerja untuk rencana (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila).
- Pautan, alatan dan skrip yang berguna
- Arkib ruang pengguna
- Tred laman perbincangan lama, dsb. (Sesetengah kandungan tidak wajar dibiarkan sampai bila-bila jika tidak terpakai.)
- Perihal yang cukup panjang atau cukup aktif untuk memperoleh laman sendiri
- Catatan peribadi yang sesuai dalam komuniti Wikipedia
- Bahan Wikipedia selain rencana seperti jenaka, esei dan sudut pandangan yang munasabah tentang Wikipedia, falsafah peribadi, ulasan tentang hal-ehwal Wikipedia
- Pendedahan hal-hal penting seperti ketidakhadiran atau pembetulan diri yang hendak disampaikan kepada penyunting lain, dsb.
Ucapan tahniah atau takziah bagi peristiwa besar, terutamanya yang berkenaan dengan para penyunting Wikipedia atau peristiwa besar dalam hidup.
(Pastikan pengguna ini hendak semua ini diumumkan dalam wiki, jangan-jangan dia hendak dirahsiakan.)
- Percubaan (biasanya dalam sublaman)
- Laman percubaan templat, penanda yang kurang dikenali atau kegunaan pakar (termasuk LaTeX), dsb., seperti kotak pasir peribadi.
Laman untuk menguji bot dan skrip tanpa mencemari laman.
Laman pengguna dan sublaman pengguna boleh ditransklusikan supaya bertindak seperti templat, dan boleh diuji sedemikian rupa.
- Sedikit kandungan autobiografi
- Contohnya, bahasa-bahasa yang anda fasih (rujuk Wikipedia:Babel) atau bidang-bidang pengetahuan yang anda paling tahu.
- Sejumlah kecil bahan tidak berkenaan yang berpatutan
Sebilangan pengguna mempunyai kandungan Wikipedia dan projek saudara seperti gambar-gambar (kegunaan bebas) dari Wikimedia Commons, rencana Wikipedia kegemaran, atau petikan kegemaran mereka.
Laman-laman yang digunakan terang-terangan untuk promosi, bersyarah atau bergaduh tentang hal-hal yang tiada kena-mengena biasanya dianggap tidak mematuhi kriteria ini. Misalnya: résumé lima laman dan iklan band muzik anda boleh dianggap melampau; cukuplah dengan ringkasan tiga baris bahawa anda bekerja dalam bidang X dan mempunyai kugiran bernama Y.
- Pendedahan suntingan yang besar (tidak wajib tetapi disaran)
Anda juga dialu-alukan untuk menyertakan pautan ringkas ke dalam laman web peribadi anda, namun anda tidak wajar menyerikannya dengan sebarang kata-kata promosi yang berbunga-bunga.
Laman pengguna juga digunakan untuk tujuan pentadbiran, untuk memastikan para pengguna sedar akan sekatan, amaran, atau tindakan-tindakan lain jika ada, serta memberitahukan hal-hal yang mungkin mempengaruhi rencana-rencana yang anda pernah usahakan atau terlibat dengan isu-isu editorialnya. Penyelia juga boleh menyunting laman pengguna anda, misalnya untuk menghadiahkan barnstar kepada anda ataupun mengajukan komen dan soalan kepada anda. Walaupun anda diberi cukup kebebasan untuk menyunting laman pengguna anda, namun ada hal-hal yang tidak wajar disingkrikan (lihat di bawah).
Ruang pengguna dan ruang utama
Pokoknya, butiran peribadi anda tidak patut diletakkan dalam ruang nama utama (untuk rencana ensiklopedia sahaja), dan rencana-rencana ensiklopedia tidak patut berpautan dengan mana-mana laman ruang pengguna.
Seandainya anda atau sesuatu yang berkait rapat dengan anda mempunyai rencana dalam ensiklopedia, itu sentiasa dianggap sebagai berasingan sama sekali dengan anda sebagai penyunting. Anda mesti membaca panduan konflik kepentingan dengan cukup teliti dan cuba mengelak daripada menyunting perihal diri anda atau hal-hal yang berkait rapat dengan anda di dalam sebarang rencana.
Bahan peribadi dan melanggar privasi
Sesetengah ahli meletakkan maklumat peribadi seperti butiran hubungan (e-mel, MSN, dsb.), gambar foto, nama sebenar, lokasi, maklumat tentang bidang kepakaran atau minatnya, yang disukai dan tidak disukai, dsb. Setelah diletakkan, maklumat ini tidak mungkin kekal peribadi lagi, dan boleh disalin ke mana sahaja dan juga digunakan untuk mengganggu anda pada masa akan datang. Anda diingatkan supaya berfikir panjang sebelum meletakkan maklumat peribadi pada laman pengguna anda kerana anda mungkin tidak akan dapat menariknya semula nanti sungguhpun anda berubah pendirian..
Bahan peribadi yang melanggar privasi, baik yang diletakkan oleh anda sendiri atau orang lain, boleh disingkirkan daripada mana-mana laman atas permintaan oleh para penyelia.
Kotak pengguna
Semua kotak pengguna boleh didapati di sini.
Apa yang tidak boleh diletakkan dalam laman pengguna?
- See also the policy section Wikipedia:Biografi orang hidup#Ruang bukan rencana.
- WP:UP#NOT
- WP:UPNO
- WP:UPNOT