Wikipedia:Wikipedia bukanlah
- [[:WP:BUKAN]]
Wikipedia merupakan satu ensiklopedia dalam talian, dan disebabkan ia boleh disunting oleh sesiapa pun, ia boleh juga dianggap sebagai satu komuniti dalam talian. Oleh itu, perlu dijelaskan di sini beberapakan perkara yang bukan merupakan Wikipedia.
Ensiklopedia Wikipedia bukanlah segalanya
Maklumat tidak boleh dimasukkan dalam ensiklopedia ini semata-mata kerana ia benar atau berguna. Artikel Wikipedia tidak boleh menjadi penjelasan lengkap tentang semua butiran yang mungkin, tetapi sebuah ringkasan pengetahuan yang diterima mengenai subjeknya.[1] Kenyataan yang boleh dibuktikan dan diperolehi hendaklah dirawat dengan berat yang seimbang. Walaupun terdapat perdebatan tentang kebaikan ensiklopedia dari beberapa kelas penyertaan, pernyataan dibawah adalah contoh yang baik dari Wikipedia bukanlah. Contoh di bawah setiap bahagian tidak bertujuan untuk menjadi panduan lengkap.
Sebuah ensiklopedia bercetak
Ini bermakna rencana-rencana di dalam Wikipedia boleh memasukkan gambar-gambar dan pautan-pautan yang berkenaan. Ia tidak terhad kepada stail dan panjang rencana bercetak.
Sebuah kamus
Cubalah membuat rencana yang agak mendalam, bukan sekadar memberi erti atau sinonim sahaja. Masukan kamus sepatutnya dimasukkan ke projek Wiktionary.
Definisi ialah kenyatan ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Pada lazimnya, definisi diwujudkan dalam bentuk ayat penyata seperti dibawa:
- Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib.
Penulisan rencana wikipedia sebaik-baiknya dimulakan dengan pernyataan definisi. Ini adalah kerana sebagai sebuah ensiklopedia, wikipedia cenderung kepada gaya penulisan yang ekonomik, yakni ringkas dan padat. Tetapi, rencana Wikipedia adalah tidak sempurna sekirannya definisi tidak disertai dengan penjelasan. Ini adalah kerana definisi yang diwujudkan untuk sesuatu konsep mungkin terlalu abstrak yang sukar difahami oleh pembaca. Dengan itu, demi pemahaman pembaca yang lebih baik, definisi sebaik-baiknya disertai dengan penjelasan.
Terdapat pelbagi cara untuk menjelaskan sesuatu konsep. Cara yang paling baik ialah menerusi pemberian contoh yang konkrit. Contohnya:
- Pemikiran magis ialah satu bentuk pemikiran yang sentiasa mengkaitkan peristiwa yang berlaku dengan kuasa ghaib. Contohnya, seorang peniaga dikatakan berfikiran magis apabila beliau berkeyakinan bahawa kegagalan bisnesnya adalah disebabkan oleh perbuatan hantu.
Salah satu alasan bagi "definisi harus disertai dengan penjelasan" adalah supaya wikipedia berbeza dengan kamus. Kamus adalah karya yang memasukkan makna perkataan, dan tidak lebih daripada itu. Tetapi wikipedia merupakan ensiklopedia yang bisa memberikan maklumat yang lebih bersamping maksud sesuatu konsep.
Tempat bersosial
Wikipedia ialah ensiklopedia umum, dan bukan merupakan:
- Tempat untuk berdakwah. Kami di Wikipedia sangat menghormati kebebasan untuk beragama dan beribadah. Jadi, anda mesti menghormati kebebasan orang lain untuk menganut kepercayaannya. Jika anda ingin menulis sebuah rencana yang berkaitan dengan unsur-unsur keagamaan, cubalah bersikap berkecuali. Jangan terlalu mengagung-agungkan agama sendiri dan jangan menghentam atau mencaci agama lain.
- Satu forum politik. Kami di Wikipedia menjunjung tinggi hak kebebasan untuk bersuara, tetapi sebuah ensiklopedia harus bersifat neutral dan informatif, serta bukan bersifat pujukan.
- Sebuah bilik sembang (chatroom). Wikipedia bukan tempat untuk bersembang atau chatting, halaman perbualan bukan disediakan untuk itu. Tujuannya untuk perbincangan perkara-perkara yang perlu atau bersangkut-paut dengan hal ehwal Wikipedia.
- Sebuah papan buletin untuk meletakkan mesej. Cubalah menulis rencana-rencana yang berguna dan janganlah menulis mesej-mesej yang merosakkan. Jika ingin mencuba-cuba, gunakan kotak pasir.
- Tempat meletakkan karangan peribadi. Wikipedia bukan merupakan jalan menyatakan pandangan anda terhadap sesuatu perkara, dan bukan juga tempat untuk menerbitkan hasil asli penyelidikan anda. Ia merupakan tempat untuk mengumpul maklumat dan fakta yang telah diketahui oleh manusia.
- Tempat meletakkan iklan. Janganlah meletakkan iklan sebuah produk di Wikipedia. Pengguna diperboleh menaruh pautan di halaman yang memperkatakan produk tersebut, tetapi janganlah berlebihan. Bersikap berkecualilah dan jangan mencaci produk lain. Sila ingat bahawa Wikipedia tidak menyokong mana-mana produk atau syarikat.
- Tempat menulis halaman peminat (fan page). Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia serius, jadi hindarilah daripada menulis rencana yang memuji-muji idola kegemaran anda, terutamanya artis-artis ternama.