Wilayah Yala

provinsi di Thailand
(Dilencongkan dari Yala)

Yala (Thai: ยะลา; Bahasa Melayu: Jala; Tulisan Jawi: جالا; Reman: Nibong) merupakan sebuah wilayah (changwat) Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat laut ikut jam) ialah Songkhla, Patani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Negeri Perak dan Kedah, Malaysia di bahagian selatan.

Yala
ยะลา
Nibong
Jalo
Wilayah Yala
จังหวัดยะลา (Cạngh̄wạd yalā)
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiجالا
 • Tulisan Thaiนิบง (Nibng)
Logo rasmi Yala
Wilayah Yala di dalam peta Thailand
Wilayah Yala di dalam peta Thailand
NegaraThailand
Pentadbiran
 • GabenorKritsada Bunrat
Keluasan
 • Jumlah4,521.1 km2 (1,745.6 batu persegi)
 • PemeringkatanKe-48
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah493,767
 • PemeringkatanKe-59
 • Kepadatan110/km2 (280/batu persegi)
  • PemeringkatanKe-47
HDI
 • HDI (2009)0.687 (medium) (Ke-70)
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod kawasan073
Kod ISO 3166TH-95
Pendaftaran kenderaanยะลา, เบตง (Betong)
Laman sesawangwww.yala.go.th

Geografi

Wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu.

Sejarah

Pada asalnya, Yala, bersama dengan Narathiwat ialah sebahagian daripada kerajaan Patani yang berada di bawah pengaruh kerajaan Sukhothai dan kemudian Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeterai dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala, terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.

Demografi

Yala merupakan satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; lebih kurang 68.9% ialah Muslim.

Simbol

Lambang wilayah Yala memaparkan seorang pelombong bijih timah dengan alat-alat pertukangannya seperti pengumpil, cangkul dan bakul. Yala pada asalnya merupakan sebuah bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan tungsten.

Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk pokok Red Saraca (Saraca declinata) dan bunga Bullet Wood (Mimusops elengi).

Kawasan pentadbiran

Yala terbahagi kepada 7 kawasan pentadbiran (Amphoe) dan satu kawasan kecil (King Amphoe) yang dibahagikan lagi kepada 56 daerah swapraja (tambon) dan 341 buah kampung

PetaNomborNamaThaiMelayu
1Mueang YalaเมืองยะลาJala, Jolor
2BetongเบตงBetung
3Bannang SataบันนังสตาBenang Setar
4Than ToธารโตAir Kedung
5YahaยะหาJohar
6RamanรามันReman
7KabangกาบังKabae, Kabe
8Krong PinangกรงปินังKampung Pinang

Kekecohan

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza daripada kaum etnik Thai.[perlu rujukan]

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan ke dalam trak polis akibat ditangkap atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.[perlu rujukan]

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.[perlu rujukan]

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno