Yasin Sulaiman

Penyanyi lelaki Malaysia

Mohammad Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-16. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]

Yasin Sulaiman
Kelahiran
Mohammad Yasin bin Sulaiman

(1975-10-30) 30 Oktober 1975 (umur 48)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penerbit
  • Komposer
  • Penulis lirik
  • Pencipta lagu
  • Pelakon
  • Pendakwah bebas
Tahun aktif1995–kini
Anak-anak2
SaudaraDr. Mohamed Zain Sulaiman (abang)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia (2000–2003)
Hush Entertainment (2002–kini)
Pengkarya berkait
Kumpulan Brothers
Vince Chong
Waheeda
Joe Flizzow

Kerjaya

Brothers (1995–kini)

Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar[2] yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan Empat ahli Brothers yang lain Tempatnya digantikan Pelakon Putera Rayyan Kini Pembaca Berita RTM Sahee Samsuddin Muka Baharu Pelakon & Bekas Pestera Hero Remaja 2020 Imran Aqil. [4][5]

Kerjaya solo (2001–kini)

Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila[6] yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".

Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016.[7][8]

Kehidupan peribadi

Yasin berdarah kacukan Melayu dan Australia dan fasih berbahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada tahun 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Pada 2009, Yasin pernah mendedahkan bahawa beliau mengalami gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau juga pernah mengaku menghadapi krisis identiti ketika mula-mula bergerak secara solo dalam kerjaya nyanyian.[9][10]

Isu

Pemilikan ganja

Pada Mac 2022, Yasin ditangkap di rumahnya di Kota Damansara dalam satu serbuan oleh pihak polis yang menemui berbilang pokok ganja yang disyaki kepunyaannya, di samping peralatan penanaman dan paket daun ganja.[11] Dengan itu, Yasin disabitkan berdasarkan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.[12]

Diskografi

Album studio

TajukMaklumat albumPensijilanJualan
Mimpi Laila
  • Dikeluarkan: 2001
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Salsabila
  • Dikeluarkan: 2002
  • Label: Hush Entertainment
  • Format: Cakera padat, kaset
Arus Qudus
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati.

Album bersama Brothers

TajukMaklumat albumPensijilanJualan
We Are...
  • Dikeluarkan: 1997
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Satu Perjuangan
  • Dikeluarkan: 1998
  • Label: Warner Music Malaysia
  • Format: Cakera padat, kaset
Brothers Reunited
  • Dikeluarkan: 2005
  • Label: Hush Entertainment
  • Format: Cakera padat, kaset
Sabar
"—" menunjukkan tiada maklumat pensijilan dan jualan didapati.

Lagu-lagu

TahunTajuk laguAlbum
2001"Mimpi Laila"Mimpi Laila
"Rindu Padamu"
"Aisyah"
2002"Salsabila"Salsabila
"Kerna Dia"
"Musytaqun"
(featuring Waheeda)
2003"Alhamdullilah"
(featuring Too Phat & Dian Sastrowardoyo)
Single
2006"Berkobar-Kobar"
(featuring Vince Chong)
2009"Arus Qudus"Arus Qudus
"Kau Yang Mengetahui"
"Mimpi Kedamaian"
2015"Kawan Lama Salam Hari Raya"
(featuring David Teo & Atikah Suhaime)
Single
2016"Muzik"
2022"Bebaskan Aku"

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2000Syukur 21DanielFilem pertama
2001No ProblemPenyanyi
2002Mendam BerahiPenampilan khas

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2012Wasiat RinduTV2

Anugerah dan pencalonan

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar