Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
Kandungan
|
Pemformatan
|
Reka letak
|
Senarai
|
Undang-undang
|
Garis panduan berkaitan
|
|
Projek saudara Wikimedia adalah wiki awam yang dikendalikan oleh Wikimedia Foundation, termasuk [Wikipedia]]. Laman ini menyenaraikan panduan merangkumi hubungan Wikipedia dengan projek saudara lain, termasuk memaut dan menyalin kandungan di antara keduanya.
Wikipedia menggalakkan pautan daripada rencana ke laman di projek saudara bila ia mungkin menjadi berguna kepada pembaca, dan pautan antarabahasa ke edisi Wikipedia bahasa lain bila wujud.
Terdapat lima cara untuk memaut ke projek saudara (tidak termasuk pautan antara edisi Wikipedia):
[[b:Dam|''Dam'']]
menghasilkan Dam),{{Wikibooks|Dam}}
, seperti ditunjukkan di kanan,{{Wikibooks-inline|Dam}}
, yang menghasilkan:Tempat dan format terbaik untuk meletakkan pautan ke projek saudara bergantung kepada keadaan. Sebagai contoh, jika suatu perkataan dalam teks mungkin agak asing bagi sesetengah pembaca, pautan dalam baris ke Wiktionary boleh membantu pembaca memahami maksudnya. Pautan ke projek saudara pada laman nyahkekaburan lazimnya menggunakan tempat grafik besar seperti {{Sisterlinks}} di bahagian atas laman.
Dalam senarai dan rencana biasa, jika tiada bahagian berkait langsung mengenai laman di projek saudara, maka pautan lazimnya diletak pada bahagian pautan luar (jika menggunakan pautan gaya pautan luar) atau apa jua bahagian terakhir jika menggunakan templat grafik, seperti disebut dalam panduan reka letak. Pautan saudara jarang sekali diletakkan di bahagian Lihat juga, yang merupakan tempat untuk pautan dalam Wikipedia BM.
Jika terdapat banyak templat pautan saudara atau templat lain di bahagian kanan bawah rencana. cuba guna cara lain, misalnya gaya pautan luar, atau gunakan {{Sisterlinks}} untuk menggabungkan semua pautan projek saudara dalam satu templat. Pilihan lain ialah menukar kedudukan mana-mana templat ke tempat yang lebih sesuai.
Wikikamus Kamus bebas | Wikiberita Sumber berita bebas | Wikipetikan Koleksi petikan kata | |||
Wikibuku Buku teks dan manual bebas | Wikispecies Panduan spesies | Wikisumber Perpustakaan bebas | |||
Wikiversity Beta Bahan pelajaran bebas | Commons Koleksi multimedia bebas | Meta-Wiki Penyelarasan projek Wikimedia | |||
Wikivoyage Panduan perjalanan bebas | Wikidata Pangkalan pengetahuan bebas | MediaWiki Pembangunan perisian bebas |
Di atas merupakan senarai projek saudara Wikipedia Bahasa Melayu. Bagaimanapun, ketika ini hanya Wikikamus (Wiktionary) dan Wikibuku (Wikibooks) tersedia dalam versi bahasa Melayu, manakala Commons dan Meta-Wiki adalah projek multi-bahasa. Wikinews, Wikiquote dan Wikisource versi BM pula dalam peringkat ujian.
Laman templat projek saudara menyenaraikan templat yang boeh digunakan untuk memaut rencana Wikipedia dengan laman sesuai di projek saudara Wikimedia.
Untuk mencalonkan pemindahan laman di Wikipedia ke projek saudara yang lebih sesuai, templat {{Pindah}} boleh digunakan.
Projek | Bentuk panjang | Jalan pintas |
---|---|---|
Wikipedia | [[wikipedia:]] | [[w:]] |
Wiktionary | [[wiktionary:]] | [[wikt:]] |
Wikinews | [[wikinews:]] | [[n:]] |
Wikibooks | [[wikibooks:]] | [[b:] |
Wikiquote | [[wikiquote:]] | [[q:]] |
Wikisource | [[wikisource:]] | [[s:]] |
Wikispecies | [[wikispecies:]] | [[species:]] |
Wikiversity | [[wikiversity:]] | [[v:]] |
Wikimedia Foundation | [[wikimedia:]] | [[wmf:]] |
Wikimedia Commons | [[commons:]] |
|
Wikimedia Meta-Wiki | [[meta:]] | [[m:]] |
Wikimedia Incubator | [[incubator:]] |
|
MediaWiki |
| [[mw:]] |
Bugzilla | [[mediazilla:]] | [[bugzilla:]] |
Log masuk disatukan ialah satu mekanisme yang membolehkan pengguna masuk log sekali sahaja di kebanyakan projek saudara Wikimedia Foundation. Ini memudahkan pengguna menggunakan identiti tunggal di seluruh projek Wikimedia dengan mendaftar sekali sahaja. Kelebihan lain termasuklah mengelakkan penyamaran identiti dan status log masuk automatik bila melawat projek saudara. Pengguna boleh mencipta log masuk bersatu dengan pergi ke Khas:MergeAccount di projek di mana mereka telah memiliki akaun, dan mengikuti arahan yang diberikan.