1000000000 (nombor)

1,000,000,000 ialah nombor asli selepas 999,999,999 dan sebelum 1,000,000,001.

Senarai nombor – Integer

100000000 1000000000 10000000000

KardinalSatu bilion
OrdinalKesebilion
Pemfaktoran29 · 59
Binari111011100110101100101000000000
Heksadesimal3B9ACA00

Dalam simbol saintifik, ia ditulis sebagai 1 × 109. Kuantiti fizikal juga dapat dinyatakan menggunakan awalan SI giga.

Pengungkapan

Terdapat seberapa istilah digunakan untuk angka besar ini:

  • bilion (Jawi: بيليون, ejaan lama: بلون) - serapan bahasa Inggeris: billion, perkataan ini dahulunya boleh merujuk kepada dua angka berlainan sama ada "satu juta juta" (1,000,000,000,000) dalam bahasa Inggeris British ataupun "satu ribu juta" seperti mana disebut di atas dalam bahasa Inggeris Amerika Syarikat.[1]
  • milyar/miliar[2] (Jawi: ميليار) - serapan Belanda: miljard meminjam Perancis: miliard (sariboe millioen)[3] yang lebih khusus dipakai di Indonesia.
  • zilion atau zilyun (Jawi: زلون) - didapati pada manuskrip tertentu seperti ‘Alam al-Hussab (1889) karya Ahmad Khatib al-Minangkabawi.[4]
  • ribu juta

Rujukan