320 SM
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: |
|
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Mesir
- Anggaran: Alexandria di Mesir Macedon mengambil alih Babylon di Babylonia Macedon sebagai kota yang terbesar di dunia. [1]
Yunani
- Perdiccas, pemangku raja Macedon, dibunuh di Mesir oleh pembantu-pembantunya, Seleucus, Peithon, dan Antigenes. Ketiga-tiga itu menawarkan keregenan kepada penentang Perdiccas, Ptolemy I Soter, yang merupakan satrap (gabenor) Mesir. Ptolemy menolak tawaran itu dan menjadikan Peithon dan Arridaeus sebagai pemangku raja bersama.
- Antipater, gabenor Macedon, mara ke Syria. Di Triparadisus, Perang Pertama Diadochi ditamatkan. Antipater diperakui sebagai pemangku raja Empayar, dan raja-raja — Phillip Arrhidaios yang tolol, serta bayi Alexander IV — kembali dengannya ke Macedon. Antigonus diperakui sebagai komander tentera Asia, dengan perintah untuk memburu dan menewaskan Eumenes, pembantu Perdiccas yang masih belum ditewaskan. Ptolemy diperakui sebagai satrap Mesir, manakala pembunuh-pembunuh Perdiccas disahkan dalam kawasan kesatrapan masing-masing di Babylon, Media, dan Susiana.
Asia
- Zhou Shen Jing Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
Mengikut topik
Seni
- Zaman abad ke-4 SM (Zaman Klasik Akhir) seni arca tamat di Yunani dan disusuli oleh Zaman Keyunanian (tarikh anggaran).
Biologi
- Theophrastus memulakan kajian botani yang sistematik.
Kelahiran
Kematian
- Anaximenes dari Lampsacus, ahli retorik serta ahli sejarah Yunani
- Perdiccas, jeneral kepada Alexander Agung dan pemangku raja selepas kemangkatan Alexander (dibunuh)
- Zoilus, ahli nahu dan pengkritik Yunani
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno