Sejarah

Sejarah (Jawi: سجاره) atau tawarikh (Jawi: تواريخ) bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui perkara penyiasatan"[2] Ia adalah penemuan, ajaja, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa.[3][4] Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masakini.[3][5][6][7] Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah.[8][9] Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah.Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad kelima SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya Thucydides, membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema. Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama di dalam pembelajaran universiti.

Historia (Allegory of History)
Oleh Nikolaos Gysis (1892)
The Historian
Oleh E. Irving Couse (1902)
Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.[1]

—George Santayana

Peristilahan

"Sejarah" serapan Arab: شَجَرَة, rumi: syajarah bentuk muanas kata شَجْر syajr "pokok".[10]

"Tawarikh" serapan Arab: تَوَارِيخ, rumi: tawārīkh bentuk jamak kata تَارِيخ tarīkh.[11]

Sejarah menurut pandangan sejarawan

“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”. - Herodotus[12]

“Suatu prose interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau”. - E.H. Carr[13]

“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu”. - Ibn Khaldun[14]

Kaedah pengkajian sejarah

Lihat juga

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno