Adi Putra

Pelakon lelaki Malaysia kelahiran Singapura
(Dilencongkan dari Ady Putra)

Dato' Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia kelahiran Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Langgar (2013), Balistik (2014), Isyarat Cinta (2015), Hanyut (2016), Makrifat Cinta (2018), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022). Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).


Adi Putra

Kelahiran
Mohamed Hadi Putera bin Halim

(1981-02-26) 26 Februari 1981 (umur 43)
WarganegaraMalaysia
Nama lainHadi Putera, Ady Putra
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian1.72 m (5 ka ​7 1116 in)
PasanganDatin Zuhaida Yusof (k. 2006; c. 2017)
2018 ()
Norshahida Dzolkifly (k. 2016; c. 2017)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Yusof Deraman (bapa mertua)€Noor Banoo Khan Mohd (ibu)

Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang? (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Adi juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014).

Sehingga 2017, Adi telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[2]

Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.[3]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Hadi Putera bin Halim pada 26 Februari 1981 di Singapura. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik dan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal Singapura. Adi memulakan kerjaya awalnya sebagai budak penghantar Pizza Hut, kemudian bekerja sebagai kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan seterusnya bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin.[4] Beliau tiba di Kuala Lumpur pada tahun 2002, dan pada mulanya mahu menjadi warganegara Malaysia.

Kerjaya

Perjalanan kerjaya Adi bermula di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria. Pada ketika pertama kali berlakon, beliau pernah dikenali sebagai Hadi Putera. Beliau juga pernah menjadi duta syarikat Triways. Pekerjaan sepenuh masa pertamanya setelah menamatkan khidmat negara ialah sebagai juruteknik pencahayaan untuk siri televisyen Cina MediaCorp.[4] Ketika berusia 21 tahun, beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2 yang turut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Suhailah Salam, beliau kemudian membintangi drama Anak Metropolitan musim kedua, yang mana beliau memegang watak sebagai instruktor gimnasium.[4] Pada tahun 2003, beliau menyertai pertandingan kecantikan yang dianjurkan oleh majalah gaya hidup dan hiburan Melayu Singapura Manja dan dinobatkan sebagai Encik Fotogenik.[4]

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 di mana kerjaya lakonan beliau bermula dan meniti puncak populariti. Beliau melakonkan watak sebagai Zainuddin dalam drama Haryati musim kedua yang dibintangi oleh Lisdawati dan Rusdi Ramli dan bersiaran di TV1. Ini diikuti oleh watak sebagai Carl Zafran dalam Tak Tercapai Akalmu.[5] Ditanya mengenai watak Carl dalam Tak Tercapai Akalmu, Adi berkata: "Saya lakonkan peranan yang berbeza, dari seorang anak yang tidak berterima kasih kepada adik lelaki yang kurang bernasib baik. Jadi memegang watak Carl yang mengalami kesulitan menyatakan perasaannya agak mencabar buat saya."[5]

Pada tahun 2006, Adi berlakon di samping Eja dalam drama Mya Zara yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.[6] Beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang ditayangkan pada 25 Oktober 2007. Dalam filem ini, Adi menjayakan watak Syed Alwi Al-Hadi.[7] Beliau kemudian berlakon bersama Farid Kamil, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Maya Karin dan Fasha Sandha dalam filem aksi arahan Osman Ali, Anak Halal yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.[8]

Adi melakonkan watak sebagai Ridzuan dalam drama Akukah Tanggang? yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz, Almy Nadia dan Fauziah Nawi,[9] Beliau turut menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu tema drama ini, "Kelahiran".[10] Beliau melancarkan album solo pertama, Kelahiran yang memuatkan sebanyak 11 lagu, dikeluarkan pada tahun yang sama.[11]

Sepanjang 2009 dan 2010, Adi tidak berlakon filem, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada drama dan telefilem. Di dalam drama Kala Hati arahan Harris Fadhilah, Adi menjayakan watak utama bersama Dynas. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama Grand Brilliance, Nurul Aini Abu Bakar berkata: "Kami cuba memberikan yang terbaik kepada penonton kami terutama penggemar-penggemar slot ini. Untuk itu, kami telah memilih siri ‘Kala Hati’ untuk mengisi slot ini kerana ianya menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga. Watak utama yang dilakonkan oleh Adi Putra dan Dynas semestinya memberikan impak yang sangat berkesan disamping diperkuatkan lagi oleh pelakon-pelakon yang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya menambahkan lagi perisa di dalam kisah ‘Kala Hati’ ini." Drama ini mengisahkan Faizal, seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.[12] Adi menjayakan watak utama bersama Elly Mazlein dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip ditulis oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.[13]

Selepas sekian lama berehat panjang dari berlakon filem, Adi kembali beraksi menerusi filem HAQ arahan bersama Hor Chee Leong dan Jumaatun Azmi.[14][15] Dalam filem ini, Adi melakonkan watak Badrul Ibrahim. Feride Hikmet Atak dari mSTAR Online mengulas: "Haq sebuah filem yang membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita yang hendak ditampilkan".[16]

Bekerjasama bersama Syamsul Yusof, beliau menjadi pelakon utama bersama Aaron Aziz, Soffi Jikan, Syamsul dan Zizan Razak menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di mana beliau memegang watak Jai, adik kepada Malek lakonan Aaron Aziz.[17] Ady menjayakan watak bersama Sari Yanti dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[18] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama SepanyolCordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor. Adi memegang watak sebagai Indra Putra.[19] Beliau berpasangan bersama Nora Danish dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[20]

Dalam filem aksi jenayah 2013, Langgar arahan sulung Syed Hussein, Adi memegang watak sebagai Nizam, seorang pemuda biasa yang ingin menuntut keadilan atas isteri dan bakal bayinya akibat dibunuh oleh sekumpulan samseng. Filem ini turut dibintangi oleh Namron, Zul Huzaimy, Hans Isaac, Nasrizal Ngasri, Khir Rahman dan Natasha Hudson.[21]

Beliau kembali menjayakan watak Jai dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2,[22] bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.[23]

Pada 9 Januari 2014, beliau berlakon dalam filem aksi jenayah Balistik arahan Silver Chung. Adi menjayakan watak sebagai Nizam, rakan karib Saga lakonan Rosyam Nor dan suami kepada Salina lakonan Rita Rudaini.[24][25] Beliau membuat kemunculan khas dalam filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut arahan Mamat Khalid. Adi berlakon dalam satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2014, Zahira yang mana beliau melakonkan watak Iqbal dan menjadi hero utama Zara Zya yang memegang watak tajuk.[26]

Adi bersama-sama Nasha Aziz serta barisan pelakon lain menjayakan pementasan teater adaptasi dari novel 1938 karya sasterawan Indonesia Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah yang dipentaskan di Istana Budaya dari 10 hingga 18 Mei 2014.[27][28]

Adi menjayakan watak sebagai Iskandar, seorang pemuda yang cacat pendengaran dalam filem drama arahan Bade Hj. Azmi, Isyarat Cinta yang turut dibintangi oleh Liyana Jasmay dan Fizo Omar. Untuk menjayakan peranannya, beliau menghadiri kelas bahasa isyarat.[29][30]

Adi digandingkan kembali bersama Nora dalam filem romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[31][32] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[33][34]

Pada 30 Disember 2015, Adi bergandingan bersama pendatang baharu, Mira Filzah sebagai pelakon utama drama adaptasi novel terbitan Penulisan2U, Cinta Si Wedding Planner yang mengisahkan Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan bertemu dengan seorang lelaki penuh egois, Fariz Adryan (Adi) sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagi Faiz Adryan. Siri ini mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 4.5 juta.[35]

Adi merupakan salah seorang pelakon utama filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 24 November 2016 selepas sekian lama tertangguh.[36] Dalam filem yang diadaptasi dari novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad, beliau memegang watak sebagai Dain Maroola.[37][38] Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Adi berkata Watak Dain sedikit sebanyak memberi cabaran baru buatnya: "Daim hidup sekitar tahun 1800 yang mana, kita tidak mengetahui bagaimana slanga bahasa Melayu yang digunakan pada ketika itu. Saya cuba mencari slanga yang tepat di internet namun tak berjaya menemuinya. Jadi, saya perlu merujuk slanga yang hampir serupa pada tahun itu."[39]

Beliau berlakon bersama Janna Nick, Izara Aishah dan pelakon Indonesia, Irwansyah dalam drama gabungan kerjasama tiga negara–Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dia arahan Eoon Shuhaini yang bersiaran di TV3 dari 14 Oktober 2017 - 11 Mac 2018.[40] Bermula 1 Januari 2018, Adi memegang watak sebagai Alif, seorang pemuda yang dihukum penjara selama 10 tahun, namun kemunculan semulanya tidak diterima masyarakat setelah dibebaskan dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Ben Amir, Tania Hudson dan Wawa Zainal.[41]

Beliau seterusnya muncul dalam filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G,[42] beliau memegang watak Rizal. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018 dan turut dibintangi oleh Nora Danish, Nabila Huda dan Syamsul Yusof.[43][44] Selepas Sejadah Untuk Dia, Adi menjayakan watak sebagai Fikri dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Fasha Sandha. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.[45][46]

Adi menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang dalam filem biografi sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang memulakan penggambaran pada April 2018.[47][48] Syamsul mengulas mengenai pemilihan Adi untuk watak Mat Kilau: "Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik,".[49][50]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Zara Adelia yang dilahirkan pada 18 Oktober 2012 sebelum bercerai pada Mac 2017 dan kemudian bernikah semula pada Januari 2018.[51][52] Adi berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016 sebelum bercerai pada Mac 2017.[53] Adi dalam satu kenyataan di laman Instagram beliau memberitahu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya dan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017.[54][55]

Adi didakwa oleh bekas isterinya, Norshaida Zolkifly kerana menggunakan sijil perkahwinannya secara berniat jahat untuk menjalankan perniagaan di luar negara, menggunakan namanya tanpa persetujuannya. Laporan polis dibuat oleh Norshaida pada 10 Disember 2017.[56] Adi mengumumkan di laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia. Selain beliau, isteri dan anak-anaknya turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia.[57]

Beliau merupakan penyokong tegar Barisan Nasional dan turut menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.[58]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
20071957: Hati MalayaSyed Alwi Al-HadiFilem lakonan pertama, penampilan khas
Anak HalalErzan
2008AkhiratAri
HisteriaCikgu Helmi
20102 Hati, Satu JiwaJuga sebagai peneka produksi
2011HaqBad
KL GangsterJai
Don 2PeguamPenampilan pertama untuk filem Bollywood
2012Aku Terima NikahnyaJohan
2013LanggarNizam
KL Gangster 2Jai
2014BalistikInspektor Nizam
Amir dan Loqman Pergi ke LautMamatPenampilan khas
2015Isyarat CintaIskandar
Suami Aku UstazUstaz HafizJuga sebagai lakon layar
2016HanyutDain Maroola
2017Kanang anak Langkau: The Iban WarriorKopral Omar
2018Makrifat CintaRizal
2022Mat Kilau: Kebangkitan PahlawanMat Kilau
Jerangkung Dalam AlmariFikri
Air Force The Movie: Selagi BernyawaMejar Adnan Zaid Rahmat / Lejen
SeratusPembaca Surat KhabarPenampilan khas
2023SyaabanShabbyJuga sebagai pengarah, penulis dan penerbit

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2005JumintenMediacorp Suria
Dakapan Senja
2006Kasih Rela Ku Pujuk
2007Kalis CintaBorhanTV3
2008Kehangatan LantanaHakim
Kelahiran TeristimewaAbdul Muhaimin
2009Paku Di Dinding HatiFazliAstro Prima
Anak Cucu TokwanMansorTV2
2010EmilyUria HannanTV3
MencintaimuAirilTV1
Qasidah Buat LailaAstro Oasis
Aku Cinta Padamu
2011Mengurai RinduTV3
Air Mata SalinaFakar
Karma SalinaFakar
Flamenco di HatikuIrsyad/AzhanAstro Prima
Sumpahan AnjasmoroZahidTV3
Kasih Suraya
Cinta Zanita
2012Di Langit LazuardiRaufTV9
Maharku UntukmuPuteraTV3
JauhFikriAstro Citra
Lailatul QadarHasbullahTV9
Fantasi Si LailaTV2
2013Siapa Aku di Hatimu
Ijab dan QabulImranTV3
Serindu Taj MahalShahrizal
20153 Hari Menanti MatiShahrul
2016TerokaBorhan
Cinta Si Wedding Planner RayaFariz Adryan
Permata RasulSalahuddin AlayubiAstro Oasis
JauhFikriAstro Ria
2017D'KayanganMahadiTV1
2018MentariKhalidTV3
KelirBadrulTV1
2019Aku Belum Mahu MatiIrfanTV3
2021Epilog: Aku Yang Kau Gelar IsteriEzlan
RabakAzri
2022Kasih DiaRashdanTV2
Kerana Dia IsteriHalimi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2002Cinta Bollywood 2SheikhMediacorp SuriaDrama lakonan pertama
Anak Metropolitan 2Khairul
2003E.C.Yusri
2004Haryati 2ZainuddinTV1
2006Tak Tercapai AkalmuCarl Zafran
Mya ZaraAzlanTV3
Kerana Dosa KelmarinTV1
2007Kasih SuciLukeTV3
Spa QNasir
2008Akukah TanggangRidzuan
Abadi Sebuah CintaIrwan
Mat JeninMat JeninTV9
KL Menjerit The SeriesShahrolAstro Ria
Jangan Main Belakang
7 Tahun Menggendang CintaTV1
2009Kala HatiFaizalTV3
IssandraIrfanTV2
2010Na O MeiRezaTV3
ChintaAmar/Rasul Iman
Nur Kasih di Jabal RahmahHarunTV1
2011Bidadari Dari RaudhahKhir
Suria Di CordobaIndra PutraAstro Prima
Mantera AnjasmoroZahidTV3
Samson & DelailaTengku Samson
Tentang DhiaZikir
Kala Terbit CintaMunirTV AlHijrah
2013Sehangat AsmaraZainal AriefAstro Mustika HD
Teduhan KasihEhsanTV3
Cinta QasehWahyu
Ammara BatrisyaRayyan
2014ZahiraSyed Iqbal
2015Cinta Si Wedding PlannerFariz Adryan 
2016Lambaian RamadanAdam
2017My Sweet LavenderAmirulTV9
DiaZaidTV3
2018Sejadah Untuk DiaAlifAstro Oasis
Teratai KembojaFikriTV3
Bahagia Bukan BidaanNik Zachary
2020Bicara CintaRais
2021Aku Yang Kau Gelar IsteriEzlan
2022PA Lelaki KerekIrshadTV Okey
2024Lelaki ItuSyed MirzaTV3

Teater

TahunTajukWatak
2005RubiahAlang[59]
2010Sri MersingDamak 
2013AkulahDato’ Seri Hilal Ashwad
2014Di Bawah Lindungan Ka'bahHamid

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2018Ketuk-Ketuk RamadanArtis undanganTV1

Diskografi

Album

TajukMaklumat album
Kelahiran (Akukah Tanggang)

Single

TahunTajuk lagu
2011
"Tentang Dhia"
2012
"Tiada Kasih Tiada Cinta"
"Dia Untukku"

Aktivisme

Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Neelofa, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[60][61]

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
2011Anugerah Bintang Popular Berita Harian Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Artis Lelaki Anggun BergayaMenang
Anugerah Skrin ke–15Pelakon Lelaki Terbaik FilemKL GangsterTercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik DramaAirmata Nur SalinaTercalon
2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Watak Jahat dalam Filem / Drama PopularTercalon
Artis Lelaki StailoTercalon
Gandingan Serasi di Layar (bersama Nora Danish)Tercalon
Anugerah Seri Temasek 2013Anugerah Harapan Seri TemasekMenang
2013Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Artis Lelaki StailoTercalon
Anugerah Skrin ke–17Pelakon Lelaki Terbaik FilemLanggarTercalon
Anugerah Melodi ke–3Anugerah Artis SensasiMenang
2014Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zara Zya)Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Paling SeksiMenang
2015Anugerah Skrin ke–19Pelakon Lelaki Terbaik FilemIsyarat CintaTercalon
2017Anugerah Skrin ke–21Pelakon Lelaki Terbaik FilemHanyutTercalon
2018Anugerah Skrin ke–22Pelakon Lelaki Terbaik Drama RantaianTeratai KembojaTercalon
2022Festival Filem Malaysia ke-32Pelakon Lelaki TerbaikAir Force The Movie: Selagi BernyawaTercalon
Mat Kilau: Kebangkitan PahlawanMenang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktor Filem PopularTercalon

Darjah kebesaran

Adi Putra dianugerahkan dengan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' pada 24 Oktober 2017.[62][63]

Penghargaan Malaysia

Rujukan

Pautan luar