Lia Aziz

Nor Alia Farzana Abdul Aziz (lahir 27 Januari 2003) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awalnya di media sosial, beliau menerima penghargaan meluas menerusi single sulungnya, "Kucu Kuca" yang dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak Separuh Nyawa.[1][2] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.[3][4]

Lia Aziz
Kelahiran
Nor Alia Farzana Abdul Aziz

(2003-01-27) 27 Januari 2003 (umur 21)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2019–kini
PasanganArash Azimi Anuar (k. 2022)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Rusa Music
Pengkarya berkait
Asfan Shah, Khai Bahar

Kerjaya

Lia memulakan kerjaya muziknya pada usia 16 tahun dan sering menyanyikan lagu saduran popular di Instagram. Bakatnya menarik perhatian syarikat rakaman Rusa Music dan menawarkannya peluang menjadi penyanyi rakaman.[1] Dalam temubual bersama Harian Metro pada Disember 2020, Lia berkata, video nyanyian yang pernah tular di media sosial ialah lagu "Empat Dara". "Pada mulanya, bimbang juga nak buat keputusan untuk menerima tawaran menjadi penyanyi kerana saya masih remaja dan kurang pengalaman. Ditambah, saya pun banyak menyanyi di Instagram sahaja," katanya.[1]

Di bawah payung Rusa Music, Lia melancarkan single pertamanya, "Kucu Kuca" pada 24 Mac 2021 yang berkonsepkan pop, ciptaan vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz.[5] Lagu ini dipilih sebagai muzik tema untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Pergilah Derita" menampilkan duet bersama Asfan Shah. Lagu ini menjadi lagu tema drama Cukup Derita Itu lakonan Ruhainies dan Hisyam Hamid.[6]

Lia juga berkecimpung dalam bidang lakonan dengan memebintangi drama web Rusa After Class yang ditayangkan di saluran YouTube Rusa Music dan laman Facebook Hotlink. Ia turut dibintangi oleh Azzam Sham, Adilia Hilda, Reedzwann, Beby Acha dan Sheryl Shazwanie.[7]

Bakat

Lia meminati genre muzik pop dan R&B. Beliau juga menjadikan Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai idolanya dalam bidang muzik.[6]

Kehidupan peribadi

Lia dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Beliau kini melanjutkan pengajian diploma dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[8][9]

Diskografi

Single

TajukTahun
"Kucu Kuca"2020
"Pergilah Derita" (duet bersama Asfan Shah)2021
"Kaulah Syurga" (duet bersama Khai Bahar)2022

Single promosi

TajukTahunCatatan
"Dong Dong Qiang"2022Lagu Tahun Baharu Cina. Bersama Ayie (Floor 88), Harry Khalifah, Sarah Suhairi, Beby Acha dan Adilia Hilda.[10]

Filemografi

Drama web

TahunTajukPerananSaluran
2019–2021Rusa After ClassLiaYouTube

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2022Big Stage (musim 4)Dirinya sendiri/PesertaAstro Ria

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya TercalonKeputusan
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Wanita PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar