Aishwarya Rai

Aishwarya Rai Bachchan (lahir 1 November 1973) ialah seorang pelakon wanita India dan pemenang pertandingan kecantikan Miss World 1994. Melalui kerjaya lakonannya yang berjaya, beliau telah menubuhkan dirinya sebagai salah seorang selebriti yang paling popular dan berpengaruh di India.[1] Rai telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk dua Anugerah Filmfare, dan mendapat penghormatan dengan Padma Shri oleh Kerajaan India pada tahun 2009 dan Ordre des Arts et des Lettres oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2012. Beliau sering disebut sebagai media sebagai "wanita yang paling cantik di dunia".[2][3]

Aishwarya Rai
Kelahiran (1973-11-01) 1 November 1973 (umur 50)
Nama lainAishwarya Rai Bachchan
Pusat pendidikanUniversiti Mumbai
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1994–kini
PangkatMiss World 1994
PasanganAbhishek Bachchan (k. 2007)
Anak-anak1
Kepujian

Semasa di kolej, Rai melakukan beberapa pekerjaan pemodelan. Berikutan penampilan di beberapa iklan televisyen, beliau memasuki pertandingan Miss India, di mana beliau memenangi tempat kedua. Beliau kemudiannya dinobatkan sebagai Miss World 1994, selepas itu dia mula menerima tawaran untuk berlakon filem. Beliau memulakan kerjaya lakonan dalam filem Tamil 1997 arahan Mani Ratnam Iruvar dan mendapat keluaran tayangan filem Hindi pertama dalam Aur Pyaar Ho Gaya pada tahun yang sama. Kejayaan komersial pertamanya ialah drama romantis Tamil Jeans (1998), yang mana beliau mencapai kejayaan yang lebih luas dan memenangi dua angerah Pelakon Wanita Terbaik di Filmfare untuk persembahannya di Hum Dil De Chuke Sanam (1999) dan Devdas (2002).

Rai mendapat penghargaan kritis untuk menjayakan watak seorang artis ghairah dalam filem percintaan Tamil Kandukondain Kandukondain (2000), heroin Tagore, Binodini, dalam filem Bengali Chokher Bali (2003), wanita yang mengalami depresi dalam Raincoat (2004), Kiranjit Ahluwalia dalam filem drama British Provoked (2006), dan seorang jururawat dalam drama Guzaarish (2010). Kejayaan komersial terkenal Rai ialah filem romantik Mohabbatein (2000), filem pengembaraan Dhoom 2 (2006), romantik sejarah Jodhaa Akbar (2008), cereka sains Enthiran (2010), dan drama romantik Ae Dil Hai Mushkil (2016).

Rai berkahwin dengan pelakon Abhishek Bachchan pada tahun 2007; pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan. Peranan luar layarnya termasuk tugas sebagai duta jenama untuk beberapa pertubuhan amal dan kempen. Beliau ialah Duta Muhibah untuk Program Bersama PBB mengenai AIDS (UNAIDS). Pada tahun 2003, beliau ialah pelakon India pertama yang menjadi ahli juri di Festival Filem Cannes.[4]

Kehidupan peribadi

Aishwarya Rai sebelum ini berpacaran dengan pelakon Salman Khan dan hubungan mereka terputus dan kemudiannya beliau jatuh hati dengan pelakon terkenal Abhishek Bachchan.[5]

Pada 20 April 2007, Aishwarya Rai menjadi menantu kepada keluarga Bachchan apabila beliau memilih aktor Abhishek Bachchan sebagai pasangan hidupnya. Perkahwinan pasangan ini dijalankan di rumah kediaman keluarga Abhishek sendiri yang dihadiri oleh ribuan peminat, media dan juga rakan-rakan seangkatannya.[6]

Aishwarya Rai Bachchan telah melahirkan anak perempuan pada 16 November 2011 dan berita gembira ini diumumkan oleh Amitabh Bachchan melalui Twitternya. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa gambar yang telah disebarkan di Internet serta Facebook iaitu sebagai Aishwarya berada di hospital bersama anaknya adalah palsu. Bachchan kemudiannya mengatakan bahawa gambar Aishwarya Rai bersama anaknya akan disebarkan di seluruh media sebaik sahaja, Aishwarya keluar dari hospital. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa nama anak Aishwarya harus dimulakan dengan huruf B selepas melihat astrologi.

Kerjaya

Rai telah dianugerahkan Padma Shri dan beliau juga telah berlakon dalam banyak filem. Antara filem Box Office yang dilakonkan oleh beliau ialah Dhoom 2, Guru, Enthiran, Pink Panther 2, dan sebagainya. Beliau juga telah menjadi duta LOREAL, LUX dan sebagainya. Aishwarya telah diperkenalkan di dunia perfileman oleh pengarah Mani Ratnam melalui filem Iruvar.

Filemografi

Anugerah

Rai telah menerima sepuluh pencalonan Anugerah Filmfare, dan telah memenangi dua piala Pelakon Wanita Terbaik untuk Hum Dil De Chuke Sanam (1999) and Devdas (2002).[7][8][9] Pada tahun 2009, beliau dianugerahkan Padma Shri, anugerah awam India tertinggi keempat, oleh Kerajaan India atas sumbangannya kepada seni.[10][11] Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahkan Ordre des Arts et des Lettres (Chevalier), perintah negara Perancis

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Lisa Hanna
Miss World
1994
Diikuti oleh:
Jacqueline Aguilera
Didahului oleh
Ruffa Gutierrez
Miss World Asia dan Oceania
1994
Diikuti oleh:
Choi Yoon-young