Aksara Tifinagh

Tifinagh (ejaan lama: ⵜⵊⵉⵏⵗ, ejaan baharu: ⵜⵉⴼⵉⵏⴰⵖ; Arab: تيفيناغ tīfīnāgh, tulisan Rumi: Tifinaɣ) adalah suatu sistem tulisan berabjad huruf digunakan untuk menulis bahasa-bahasa dituturkan masyarakat Barbar[1] yang mendiami kawasan Afrika Utara.

Tifinagh
Jenis
BahasaBahasa Barbar Piawai Maghribi dan bahasa-bahasa serumpun lain
Tempoh masa
1980 hingga kini
Aksara induk
petroglif Gurun Sahara
  • Libyco-Berber
    • Tifinagh
      • Tifinagh
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Tfng, 120
Alias Unikod
Tifinagh
Julat Unikod
U+2D30–U+2D7F

Tulisan ini dibahagikan kepada dua kaedah:

  • Tifinagh Tuareg (ⵜⵊⵉⵏⵗ ⵜⵎⵛⵇ Tifinagh Tamasheq) digunakan dalam bahasa-bahasa Tuareg di sekitar kawasan pertemuan sempadan Mali, Niger, Algeria, Libya dan Burkina Faso;
  • Tifinagh Baru (ⵜⵉⴼⵉⵏⴰⵖ ⴰⵎⴰⵢⵏⵓ Tifinagh Amaynu) dikembangkan Institut Diraja Budaya Amazigh Maghribi untuk bahasa-bahasa setempat di negara tersebut.

Sistem tulisan Tuareg

Cara penulisan ini tidak menekankan bunyi vokal lalu hanya bunyi konsonan asas sahaja yang diutamakan, ia boleh diibaratkan seperti tulisan bahasa Arab yang sering tidak bertanda harakat dalam kegunaan seharian luar bidang pembelajaran.

Sistem tulisan baharu

Kaedah baharu ini diperkenalkan pada tahun 1960 hasil kerja Akademi Barbar yang bersidang di Paris, Perancis mengambil ilham daripada cara tulisan puak-puak yang menduduk di Rif utara Maghribi dan Qaba'il di utara Algeria.

Beza ketaranya ada di mana ia turut menampilkan huruf berasingan mewakili bunyi vokal. Contohnya, nama "Wikipedia" itu sendiri ditulis mengikut nama bahasa setempat sebagai "ⵡⵉⴽⵉⴱⵉⴷⵢⴰ"[2] Wikibidya sedangkan sistem Tuareg mungkin akan menulis ia sebagai "ⵡⴽⴱⴷⵢ" atau Wkbdy jika dirumikan terus kembali.

Jadual perbandingan

PadananIPASistem
Tuareg[3][4][5][6]
Sistem
Maghribi
RumiArab
aاæ
bب
dد
ض
dj
eə
fف
gگ
ɣغ
hھ
ح
iي
jʒ
kک
khخχ
lل
mمm
nن
ny(ڽ‎)
ngڭ (ڠ)
qقqⵆ , ⵈ
rرr
ڕ
sس
ص
šشʃ (Mali)[7]
tت
ط
uو ,ۉ
wۉ
yيⵢ , ⵉ
zⵌ , ⵣ
ژ
ž (Mali)[7]
ǧ (Niger)[8]
ʕ (Mali)[7]

Rujukan

Pautan luar