Alassane Pléa

Alassane Alexandre Pléa (lahir 10 Mac 1993) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang dan sayap untuk Borussia Mönchengladbach dan pasukan kebangsaan Perancis.[2]

Alassane Pléa
Pléa beraksi untuk Nice pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhAlassane Alexandre Pléa[1]
Tarikh lahir (1993-03-10) 10 Mac 1993 (umur 31)
Tempat lahirLille, Perancis
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Mönchengladbach
Nombor14
Kerjaya remaja
2002–2008Ascq
2008–2010Wasquehal
2009–2012Lyon
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2012–2014Lyon7(0)
2014Auxerre (pinjam)15(3)
2014–2018Nice112(36)
2018–Borussia Mönchengladbach61(22)
Pasukan kebangsaan
2010Perancis B184(1)
2011–2012Perancis B1915(2)
2012–2013Perancis B206(3)
2014Perancis B211(0)
2018–Perancis1(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:28, 5 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Oktober 2019

Kerjaya kelab

Lyon

Pléa melakukan penampilan sulungnya untuk Lyon pada 7 Oktober 2012 dalam perlawanan Ligue 1 menentang Lorient selepas menggantikan Bafétimbi Gomis pada minit ke-90 dalam aksi yang berkesudahan seri 1-1.[3]

Nice

Pléa meninggalkan Lyon dan menyertai Nice pada musim panas tahun 2014 untuk meneroka peluang beraksi dengan lebih kerap dalam perpindahan yang bernilai 450,000 paun sterling.[4] Semasa berada di bawah pengedalian pengurus Claude Puel, beliau telah berpindah posisi ke bahagian tengah. Beliau mula mengasahkan bakatnya di bawah kendalian Puel dan bakatnya menjadi lebih tajam apabila di bawah bimbingan pengurus baru, Lucien Favre.

Pada 20 Oktober 2016, Pléa menjaringkan gol tunggal permainan semasa menentang Red Bull Salzburg pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa. Perlawanan itu merupakan kemenangan pertama Nice dalam kejohanan Eropah yang diadakan di gelanggang lawan setelah sebelum mencatatkan 15 perlawanan di tempat lawan tanpa meraih sebarang kemenangan.[5] Pada tiga hari kemudian, beliau menjaringkan hatrik di Ligue 1 semasa menewaskan Metz 4-2 sekali gus membolehkan Nice mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan jurang perbezaan empat mata.[6]

Pada 20 Februari 2017, Pléa menjalani pembedahan artriskopi pada bahagian lutut kanannya di Lyon lalu memaksanya untuk berehat selama lima bulan. Pada lapan hari sebelumnya, beliau mengalami kecederaan pada lutut kanannya ketika separuh masa pertama perlawanan Ligue 1 menentang Rennes sekali gus memaksanya untuk dikeluarkan pada minit ke-43. Pada 21 Februari 2017, beliau merupakan penjaring terbanyak bagi pasukan Nice pada saingan Ligue 1 di samping menjadi penjaring gol kelima terbanyak dalam kalangan pemain Ligue 1 untuk musim 2016-17 iaitu dengan sebelas gol dihasilkan.[7][8]

Sambil beraksi dengan Mario Balotelli, beliau ternyata seorang pemain sayap yang terbaik dengan menjaringkan 27 gol dan sembilan bantuan jaringan sepanjang musim 2016-17 dan 2017-18.

Borussia Mönchengladbach

Pada Julai 2018, Pléa telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Borussia Mönchengladbach. Nilai perpindahan yang perlu dibayar kepada Nice dilaporkan sebanyak 25 juta euro.[9] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama kelab ketika menentang BSC Hastedt pada pusingan pertama DFB-Pokal pada 19 Ogos 2018 di samping menjaringkan hatrik pada perlawanan itu yang menyaksikan Gladbach membelasah pasukan lawan dengan skor jaringan 11–1.[10][11] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada 1 September semasa pasukannya terikat seri 1-1 bertemu Augsburg.[12] Beliau mengakhiri musim sulungnya bersama Gladbach dengan menjaringkan 12 jaringan gol liga dan 15 jaringan gol pada semua kejohanan.[13]

Pada musim berikutnya, Pléa dipuji kerana telah meningkatkan sudut kreatif pada kemahiran serangannya apabila beliau menyumbang kepada lapan jaringan gol dan tujuh bantuan gol pada 22 kemunculan Bundesliga beliau yang awal. Semasa menentang RB Leipzig pada 1 Februari 2020, Pléa telah menjaringkan gol pembukaan permainan sebelum dibuang padang apabila dilayangkan kad kuning yang kedua pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 setelah Gladbach mendahului lawan 2-0.[14][15] Pada 31 Mei, beliau menjaringkan gol kesepuluhnya pada saingan liga musim ini dan membantu kepada dua jaringan gol Marcus Thuram pada perlawanan mengecewakan 1. FC Union Berlin 4-1.[16]

Kerjaya antarabangsa

Pléa dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Mali.[17] Beliau merupakan pemain belia antarabangsa Perancsi dan telah mewakili pasukan bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Beliau telah mewakili pasukan bawah-19 Perancis ke Kejohanan Eropah 2012.

Pada November 2018, Pléa telah dipanggil oleh skuad senior buat kali pertama selepas kecederaan yang melanda Anthony Martial dan Alexandre Lacazette untuk menghadapi perlawanan menentang Belanda dan Uruguay. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika menentang Uruguay selepas menggantikan Olivier Giroud pada minit ke-80 permainan dalam aksi yang berkesudahan Perancis menang 1–0 di gelanggang sendiri.[18]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 5 Jun 2020.[19]
KelabMusimLigaPiala[a]Piala LigaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Lyon2012–131000002[b]00030
2013–146000003[b]191
Jumlah7000005100121
Auxerre2013–141531000163
Nice2014–15333101000353
2015–161960000196
2016–17251111115[b]13214
2017–183516102111[c]44921
Jumlah11236314216513544
Borussia Mönchengladbach2018–193412133515
2019–202710105[b]03310
Jumlah612223506825
Jumlah kerjaya19561644226623175

Antarabangsa

Sehingga 20 November 2019.[20]
Pasukan kebangsaan Perancis
TahunKmnclnGol
201810
Jumlah10

Catatan

Pautan luar