Marcus Thuram

Marcus Lilian Thuram-Ulien (lahir 6 Ogos 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Perancis.[2][3] Beliau merupakan anak kepada pemenang Piala Dunia, Lilian Thuram.

Marcus Thuram
Maklumat peribadi
Nama penuhMarcus Lilian Thuram-Ulien[1]
Tarikh lahir (1997-08-06) 6 Ogos 1997 (umur 26)
Tempat lahirParma, Itali
Ketinggian1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor9
Kerjaya remaja
2007–2010Olympique de Neuilly
2010–2012AC Boulogne-Billancourt
2012–2014Sochaux
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2015–2017Sochaux37(1)
2017–2019Guingamp64(12)
2019–2023Mönchengladbach111(34)
2023–Inter Milan5(2)
Pasukan kebangsaan
2014Perancis B174(1)
2014–2015Perancis B185(2)
2015–2016Perancis B1915(3)
2016–2017Perancis B2011(3)
2019Perancis B215(0)
2020–Perancis12(1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Septemeber 2023

Kerjaya kelab

Sochaux

Thuram telah memulakan kerjayanya di kelab akademi Sochaux-Montbéliard. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 2 pada 20 Mac 2015 menentang Châteauroux selepas menggantikan Edouard Butin pada minit ke-83.[4] Secara jumlahnya, beliau telah beraksi dalam 43 perlawanan bersama Sochaux dan menjaringkan satu gol ketika aksi menentang Tours yang berakhir dengan kekalahan 3-1 pada 14 April 2017.[5]

Guingamp

Pada 5 Julai 2017, Thuram telah menyertai kelab Ligue 1, En Avant de Guingamp dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[6] Pada Ogos 2018, beliau telah menarik perhatian ramai semasa menentang penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Buffon yang merupakan rakan sepasukan ayahnya ketika di Parma dan Juventus.

Thuram menjaringkan gol pada masa tambahan permainan menerusi tendangan penalti pada 9 Januari 2019 sekali gus menyingkirkan juara bertahan, PSG pada perlawanan suku akhir Coupe de la Ligue yang berakhir dengan kemenangan 2-1 di Parc des Princes.[7] Pada 20 hari kemudian, beliau menjaringkan gol penyamaan perlawanan semasa menentang Monaco yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan separuh akhir. Walaupun beliau gagal menyudahkan tendangan penaltinya apabila diselamatkan oleh Danijel Subašić semasa aksi penentuan penalti, namun Guingamp akhirnya meraih kemenangan dan meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir.[8]

Borussia Mönchengladbach

Pada 22 Julai 2019, Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan bahawa Thuram telah menandatangani kontrak selama empat tahun. Nilai perpindahan yang dibayar kepada Guingamp seperti yang dilaporkan ialah sebanyak 12 juta euro.[9] Beliau telah diberikan jersi bernombor 10 yang dipakai sebelum ini oleh Thorgan Hazard selepas dia berpindah ke Borussia Dortmund.

Thuram melakukan penampilan sulungnya untuk Gladbach pada 9 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang kelab 2. Bundesliga, SV Sandhausen dan beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika melakukan penampilan kelimanya pada 22 September dengan menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya memperoleh kemenangan 2–1 ke atas Fortuna Düsseldorf.[11]

Pada 31 Mei 2020, Thuram menjaringkan dua gol bagi menundukkan 1. FC Union Berlin 4-1. Beliau telah melutut selepas menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu untuk mendedikasikan kepada protes yang sedang hangat di Amerika Syarikat berikutan kematian George Floyd.[12]

Kehidupan peribadi

Thuram merupakan anak kepada bekas pemain antarabangsa Perancis, Lilian Thuram dan abang kepada pemain bola sepak, Khéphren Thuram.[13] Beliau telah dilahirkan di Parma, Itali semasa bapanya beraksi untuk kelab itu. Nama beliau diambil sempena nama seorang aktivis dari Jamaica, Marcus Garvey.[14][15]

Statistik kerjaya

Sehingga 13 Jun 2020.[16]
KelabMusimLigaPiala[a]Piala LigaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Sochaux2014–1510000010
2015–161503010190
2016–172110020231
Jumlah3713030431
Guingamp2017–183232100344
2018–1932932323813
Jumlah641253327217
Borussia Mönchengladbach2019–203110226[b]23914
Jumlah kerjaya13223105626215432

Pencapaian

Antarabangsa

Perancis B19
  • Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19: 2016

Individu

  • Rookie of the Month Bundesliga: September 2019, Oktober 2019, November 2019[17]

Catatan

Pautan luar

  • Marcus Thuram di French Football Federation (archived) (dalam bahasa Perancis)