Alban Lafont

Pemain bola sepak Perancis

Alban Marc Lafont (lahir 23 Januari 1999) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Nantes secara pinjaman dari Fiorentina.

Alban Lafont
Lafont bersama Toulouse pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhAlban Marc Lafont[1]
Tarikh lahir (1999-01-23) 23 Januari 1999 (umur 25)[2]
Tempat lahirOuagadougou, Burkina Faso
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Nantes (dipinjam dari Fiorentina)
Nombor1
Kerjaya remaja
2008–2014AS Lattoise
2014–2015Toulouse
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2015–2018Toulouse98(0)
2018–Fiorentina34(0)
2019–Nantes (pinjam)23(0)
Pasukan kebangsaan
2015Perancis B165(0)
2015Perancis B172(0)
2016Perancis B184(0)
2017–2018Perancis B195(0)
2017–2019Perancis B207(0)
2019–Perancis B215(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Februari 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2019

Selepas mencatatkan progres melalui akademi AS Lattoise, Lafont menyertai Toulouse pada tahun 2014 sebelum beliau menjadi penjaga gol paling muda yang pernah beraksi di Ligue 1 apabila beliau melakukan penampilan sulungnya pada tahun berikutnya. Beliau seterusnya tampil dalam 100 perlawanan untuk Toulouse dalam semua kejohanan sebelum berpindah ke Fiorentina pada 2018.

Lafont juga mewakili pasukan antarabangsa Perancis di pelbagai peringkat umur dan tampil mewakili pasukannya ke kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017.

Kerjaya kelab

Toulouse

Lafont telah memulakan kariernya bersama kelab amatur AS Lattoise dengan beraksi di posisi pemain tengah menyerang sebelum mengubah posisi kepada penjaga gol.[3] Beliau menghabiskan masa selama enam tahun bersama Lattoise sebelum menyertai kelab Ligue 1, Toulouse pada tahun 2014.[4]

Musim 2015–16

Lafont menghabiskan masa selama lebih daripada setahun di akademi Toulouse sebelum pengendali kelab iaitu Dominique Arribagé memberikan peluang kepada beliau untuk melakukan penampilan sulung dalam perlawanan Ligue 1 pada 28 November 2015 semasa menentang Nice.[5][6] Dengan itu, beliau seterusnya menjadi penjaga gol paling muda yang pernah beraksi di Ligue 1 di kala beliau berusia 16 tahun dan 310 hari sekali gus meleburkan rekod yang dipegang oleh Mickaël Landreau.[7] Dengan menggantikan Ali Ahamada dan Mauro Goicoechea sebagai penjaga gol utama Toulouse, Lafont berjaya mencatatkan jersi bersih pada dua perlawanan kompetitifnya yang pertama sebelum akhirnya dibolosi pada aksi menentang Lorient pada 5 Disember 2015 yang berakhir dengan kekalahan 3-2. Pada Januari 2016, Lafont telah disenaraikan sebagai pemain bawah-20 tahun terbaik pada kedudukan ke-34 oleh penerbit Itali, La Gazzetta dello Sport dan tampil sebagai salah seorang penjaga gol dalam senarai itu selain pemain Milan, Gianluigi Donnarumma.[8] Selepas mengekalkan kedudukan selesa dengan mengutip sepuluh mata apabila kemasukan Lafont ke dalam skuad utama, Toulouse akhirnya berjaya mengelakkan penyingkiran pada hari terakhir musim hasil sumbangan lapan perlawanan yang mencatatkan jersi bersih tanpa dibolosi sepanjang 24 perlawanan yang disertai oleh beliau untuk kempen kali ini.[9] Pada 30 Jun 2016, beliau telah menandantangani kontrak baru bersama Toulouse yang menetapkan beliau sebagai pemain kelab itu sehingga tahun 2020.[10]

Musim 2016–17

Lafont kekal sebagai penyarung jersi nombor satu Toulouse pada musim berikutnya. Beliau memulakan kempen dengan berjaya mengekalkan jersi bersih ketika aksi menentang Marseille pada minggu pembukaan.[11] Pada 22 Oktober , beliau telah dinamakan sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan" berikutan prestasinya yang cemerlang semasa terikat seri tanpa jaringan menentang Angers. Perlawanan itu menjadikan jersi bersih keempat yang dicapai oleh Lafont dalam sepuluh penampilan liga untuk kempen ini.[12] Tiga jersi bersih yang lain terhasil ketika perlawanan menentang Marseille, Saint-Étienne dan juara bertahan, Paris Saint-Germain.[13] Empat hari kemudian, Lafont melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Coupe de la Ligue yang juga mencatatkan jersi bersih ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas kelab dari Ligue 2, Auxerre.[14] Seterusnya, beliau melakukan penampilan pertamanya dalam saingan Coupe de France pada 8 Januari 2017 dalam aksi kekalahan 2-1 kepada Marseille pada masa tambahan. Pada bulan berikutnya, beliau menjadi penjaga gol termuda dalam masa 30 tahun untuk beraksi dalam 50 perlawanan liga ketika pasukannya mengikat PSG 0-0.[15] Beliau menamatkan kempen ini dengan 38 penampilan dalam semua kejohanan di samping berjaya mencatatkan sebelas jersi bersih sekali gus menyaksikan Toulouse menghuni tangga ke-13 liga.[16]

Musim 2017–18

Pada Februari 2018, selepas meneruskan prestasi yang cemerlang bersama Toulouse, Lafont telah dinamakan oleh CIES Football Observatory sebagai pemain harapan kedua terbaik di bawah usia 20 tahun. Hanya Gianluigi Donnarumma merupakan pemain yang dinilai lebih cemerlang daripada beliau manakala pemenang anugerah Golden Boy, Kylian Mbappé di tempat ketiga.[17] Beliau melakukan penampilannya ke-100 untuk kelab pada 29 April 2018 dengan beraksi menentang Rennes pada perlawanan liga yang tamat dengan kekalahan 2-1. Beliau berjaya mencatatkan 12 jersi bersih untuk musm ini dan menyaksikan Toulouse berjaya merebut kemenangan pada pusingan play-off menewaskan Ajaccio sekali gus membantu kelab untuk mengelakkan penyingkiran ke divisyen kedua.[18]

Fiorentina

Pada 2 Julai 2018, Lafont menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Itali, Fiorentina dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 7 juta euro termasuk bonus.[19] Penampilan sulungnya hadir pada 26 Ogos apabila beliau beraksi menentang ChievoVerona yang berkesudahan Fiorentina menang besar 6-1 pada hari ulang tahun Fiorentina ke-92.[20][21] Beliau selanjutnya melakukan 38 kemunculan pada musim itu tetapi kempen kali ini agak berbeza apabila koleksi penyelamatan bola yang cemerlang oleh Lafont telah dipadan dengan beberapa siri kecuaian oleh dirinya.[22]

Dipinjam ke Nantes

Pada 29 Jun 2019, selepas kehilangan tempat kepada Bartłomiej Drągowski, Lafont kembali ke Perancis untuk menyertai kelab Nantes menerusi pinjaman selama satu musim penuh sebagai pengganti kepada pemain Nantes yang baru berpindah, Ciprian Tătărușanu.[23][24]

Kerjaya antarabangsa

Lafont telah mewakili pasukan kebangsaan Perancis di pelbagai peringkat umur. Beliau telah melakukan enam penampilan untuk pasukan bawah-16 Perancis dan mengetuai pasukan itu pada tiga perlawanan berlainan. Beliau seterusnya melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-17 Perancis pada 20 Oktober 2015 ketika menentang Ireland Utara dengan mencatatkan jersi bersih pada perlawanan itu. Namun, Lafont tidak terpilih untuk mewakili Perancis ke Kejohanan Eropah 2017 kerana Toulouse menagih akan khidmatnya pada dua baki perlawanan terakhir Ligue 1 yang bergelut untuk mengelakkan penyingkiran.[25]

Pada September 2016, Lafont telah disenaraikan ke dalam skuad pasukan bawah-18 Perancis oleh pengurus Bernard Diomède untuk menghadapi Kejohanan Limoges 2016.[26] Beliau tampil sebagai penjaga gol utama Perancis dan menamatkan kejohanan itu di tangga teratas selepas meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan dan mencatatkan satu perlawanan seri.[27] Beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan bawah-20 pada tahun berikutnya. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama pasukan bawah-20 ketika menentang England pada 25 Mac.[28] Pada bulan Mei tahun yang sama, beliau telah disenaraikan untuk mewakili skuad Perancis yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017 yang berlangsung di Korea Selatan.[29] Sepanjang kejohanan itu, peranan penjaga gol saling berganti antara beliau dengan Paul Bernardoni sebelum kempen pasukannya berakhir di pusingan 16 selepas kecundang kepada Itali.[30]

Kehidupan peribadi

Lafont telah dilahirkan di ibu negara Burkina Faso iaitu Ouagadougou. Bapanya merupakan orang Perancis manakala ibunya pula ialah orang Burkina Faso.[31] Ibu bapanya bercerai semasa beliau berusia sembilan tahun dan Lafont berpindah ke Perancis untuk tinggal bersama bapanya di Herault. Ibunya pula terus tinggal di Burkina Faso sebelum dia menjadi Ahli Parlimen Pergerakan Kemajuan Rakyat di Dewan Perhimpunan Burkina Faso.[32][33] Lafont berasal daripada keluarga atlet. Datuk sebelah keluarga ibunya bermain bola sepak selama sepuluh tahun sebelum berkhidmat sebagai presiden Ouagadougou Shooting Star manakala ibunya merupakan seorang pemain kebangsaan bola baling. Bapanya juga bermain sukan tenis.[34] Pada Januari 2016, saudara Lafont antara 30 yang terbunuh dalam serangan Ouagadougou apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di restoran Cappuccino.

Pada 25 September 2016, Lafont menjadi pemain termuda untuk dijemput sebagai tetamu ke dalam program bola sepak Perancis, Téléfoot.[35][36]

Statistik kerjaya

Sehingga 8 Februari 2020.[37]
KelabMusimLigaPiala[a]Piala LigaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Toulouse2015–162400000240
2016–173601010380
2017–1838010302[b]0440
Jumlah9802040201060
Fiorentina2018–1934040380
Nantes2019–202302000250
Jumlah kerjaya15508040201690

Pencapaian

Individu

  • Penjaga gol termuda beraksi di Ligue 1: 2015 (pada usia 16 tahun dan 310 hari)

Catatan

Pautan luar

Templat:Skuad FC Nantes